Adakah ianya merupakan satu strategi atau muslihat Umno apabila mengumumkan bahawa Umno/Bn tidak meletakkan calonnya di Dun Penanti? Semuanya akan terjawab pada hari penamaan calon tidak beberapa lama lagi. Jika ianya merupakan satu muslihat umno, kita harus puji kehebatan Najib di dalam mengatur strategi ini.
Jika sememangnya Umno/Bn nekad tidak akan menyertai Pilihanraya Kecil Dun Penanti nanti, itu juga merupakan satu kehebatan malahan keajaiban buat Umno di bawah Najib. Satu rekod tercipta di bawah pemerintahan Najib dan pastinya akan dikenang sampai bila-bila hatta ketika Umno disemadikan.
Saya tidak dapat bayangkan ketika ini bagaimana besarnya ketawa Pak Lah apabila Umno di bawah Najib awal-awal pemerintahannya sudah mula `mengibarkan bendera putih' kepada musuh politiknya. Pak Lah pasti terkenang sewaktu era pemerintahannya, segala kelemahan beliau dikorek sedalam-dalamnya dan beliau dianggap terlalu lemah memimpin Umno sehingga tergadai 5 buah negeri ke tangan PR. Segala kekuatan PR dan kebangkitan rakyat menentang rejim Umno/Bn ketika itu dianggap kelemahan Pak Lah. Namun, harus diingat selemah-lemah Pak Lah pun, Pak Lah sanggup mati dalam gelanggang berdepan dengan musuh. Bagaimana pula dengan Najib sekarang? Kepada ahli-ahli Umno/Bn yang masih berharap agar pengganti kepada Pak Lah ini adalah yang terkuat, gagah, berani dan bersih, elok lupakan sahaja pengharapan anda semua. Terbukti anda gagal menemui pemimpin yang anda hajati kerana pemimpin seperti itu hanya ada di seberang sana iaitu di dalam PR.
Apabila Umno/Bn menyatakan tidak akan meletakkan calonnya di Dun Penanti, ini bererti Umno/Bn tidak berniat untuk membela rakyat di Penanti atau telah berpuas hati dengan kebaikan calon PR di situ. Jika Umno/Bn menganggap PR tidak boleh menguruskan kebajikan rakyat dengan baik, sudah pasti inilah peluang terbaik Umno/Bn untuk meletakkan calonnya yang dikatakan lebih baik. Tetapi ini tidak dilakukan, maka bererti Umno/Bn mengakui bahawa PR sememangnya mampu mewakili rakyat di kawasan tersebut.
Andaian bahawa Umno/Bn sebenarnya takut bertanding di Dun Penanti juga boleh diterima akal. Umno/Bn sudah tentu tidak mampu mengalami `luka' parah sekali lagi setelah beberapa tragedi yang berlaku terhadap Umno/Bn sejak kebelakangan ini. Bukan soal wang ringgit yang dikatakan membazir jika Umno menyertai pilihanraya tersebut kecuali jika Umno/Bn merasakan wang ringgit lebih penting dari kebajikan rakyat di Dun Penanti. Mungkin juga Umno/Bn merasakan wang ringgit lebih penting dari maruah Umno/Bn itu sendiri. Kemungkinan juga Umno/Bn lebih berselera dengan Perak daripada Penanti, maka Umno/Bn kini lebih menumpukan strategi mereka di Perak sekarang.
Kepada PR khususnya di Penanti, tenaga dan kekuatan bersama haruslah digembeling agar kemenangan di Dun Penanti nanti akan menjadi sumber kekuatan dan semangat juang rakyat di Perak pula. Ujian terhadap kesepakatan PR terutamanya di antara PAS dan PKR akan diuji di Penanti dan ianya akan berterusan sehingga ke Perak. Calon Dun Penanti bagi PR adalah dari PKR, oleh itu PAS serta DAP mesti menunjukkan semangat yang tinggi bagi membantu calon PKR tersebut. Begitu juga di Perak, MB Perak adalah Adun dari PAS, maka PKR serta DAP wajib mempertahankannya. Sekiranya di Dun Penanti berjaya mempamirkan semangat kerjasama yang kuat di kalangan PR, percayalah di Perak kita pasti mendapat kemenangan, InsyaAllah.
WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:
Umno yang di kepalai oleh Najib dah kehilangan telur akibat di bom dgn bom c4. Umno buh la startegi mcm na pun kekalahan dlm tangan. Dulu Umno buh tunggul pun boleh menang skrg zaman dah berubah beb. Pembangkang lak kalau buh tunggul boleh menang, Hidup hidup hidup PR !!!!
Bukan Pak Lah je yang ketawa, 1 Malaysia pun ketawa. kah! kah! kah! kah! kah! kah!
PERDANA MENTERI RAKYAT !!!!!!!
Derama terbaik tahun ini !!!
Hero terbaik!!!
Plot cerita terbaik !!!
aku setuju kat atas ni cakap...1 malaysia ketawa
najib tak letak calon,untuk meraih undi sempati nanti apabila terdapat calon BN yang meninggal dunia,pantun untuk najib..
bertanding kalah..tak bertanding salah
rosmah digelar rendang tak berbuah..
sampai botak..najib kenangkan masalah..
jgn sampai diterkam hantu altantuya....hehe
teruskan perjuangan utk menegakkan keadian tanpa di kongkong sang penguasa yg rakus menelanjangkan demokrasi di tanah air yg kita cintai..berjuang dan terus berjuang utk membenamkan SEKULARISME hingga akhir hayat..terkenang lak MARHUM UST.FADZIL NOOR YG DIIBARATKAN SEPERTI BAPA PEMODENAN PAS
Perjuangan PR adalah untuk rakyat...jadi seluruh rakyat harus mempertahankan perjuangan PR.Untuk BN apa sudah jadi....ini sudah pecah rekod..63 tahun sangat hebat...pasai apa kat Penanti gementarrrr.......kata pepatah kalau tak berani dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai......PR terus berjuang untuk rakyat....
Demi untuk menjaga diri dari banyak cerita cerita ajaib najib, beliau sanggup mengadai maruah UMNO. Najib merasakan dari namanya akan disebut sebut dalam kempen pilihanraya dipenanti, lebih baik BN tidak perlu bertanding di penanti, beliau tahu telah banyak kesalahan yang dia sendiri lakukan, apabila BN tidak bertanding maka harapan najib pehak pembangkang juga tidak ada isu untuk diperkatakan dipenanti. Adalah bagi najib lebih baik menaja seorang calon bebas untuk dipertaruhkan dipenanti. Najib sedar pada masa kini untuk berhadapan dengan pembangkang amat menyukarkan kerana isu isu untuk menentang pembangkang tiada untuk memikat hati pengundi dipenanti malah pembangkang lebih banyak isu berkenaan dirinya dan parti umno untuk diketahui pengundi penanti, dari dirinya dan kedudukanya akan goyah lebih baik tiada calon BN dipenanti.
Sungguh malu ahli umno mempunyai presiden seperti ini yang mana mementingkan diri dari maruah parti. Nampaknya umno mahu melindungi presiden mereka dari dicemar, mereka cuba membersihkan diri presiden mereka kerana tiada sanjungan dari rakyat malah ada rakyat maseh keliru dan tertanya tanya banyak isu yang belum terjawab olih najib.
sepatutnya ahli umno mesti mempertahankan parti bukanya mempertahankan seseorang dari dalam parti. Perlu di ingat kepada ahli ahli umno adalah suatu pertanda parti ini akan terkubur jikalau sikap ini terus berada didalam umno. Jadi sebelum terlambat dari sekarang ahli ahli umno perlu melakukan sesuatu supaya memohon untuk menjadi ahli didalam mana mana parti didalam PAKATAN RAKYAT semuga YB, tuan, puan, saudara, saudari maseh lagi ada parti dan maseh bolih lagi berpolitik didalam parti yang mempunyai sokongan yang kuat dari rakyat lebih lebih lagi pada PRU 13 nanti, ayuh cepat sebelum terlambat, borang diberi percuma.
Bak kata aku. Bila dalam perjalan tup-tup tayar bas bocor. Aku ganti tayar baru dan teruskan perjalanan. Bila dah nak sampai ke destinasi enjin lak rosak. Aku beli bas baru, dan suruh penumpang aku naik bas baru cap PAS. Habih cerita.
Catat Ulasan