Beberapa hari terakhir ini saya menerima banyak SMS dan membaca banyak posting dalam blog menjangkakan akan berlaku pembubaran DUN Perak dalam waktu terdekat. Sehingga ada yang mengandaikan ianya akan diumukan pada hari ini.
Setakat makluman yang saya ketahui bahawa memang telah berlaku satu pertemuan dengan pihak Istana di Kuala Lumpur pada petang kelmarin di mana Dr. Zambry Abdul Kadir dan rombongan antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Kerajaan Negeri telah diterima mengadap di Istana Changkat di Kuala Lumpur.
Namun tidak ada pengesahan apakah yang dibincang dan apakah keputusan dari perbincangan itu.
Oleh itu saya memohon dari semua pihak khususnya para penyokong Pakatan Rakyat supaya tetap bersabar dengan keadaan sekarang ini. Segala andaian dan pengumuman yang tidak ada asas dan sumber yang tidak jelas saya harap diabaikan bagi mengelakkan kembimbangan dan penyebaran berita yang tidak benar dan meresahkan masyarakat.

13 ulasan:
Betul ke. Bile tu? Kami tak sabar nak tahu perkembangan selanjutnya.
Salam YB,
Rakyat pun dah muak dok harap DUN dibubarkan, kelam rasanya...so kita tunggu PRU-13 le... Yg dok nampak skrg UBN nak buat juga usul undi tak percaya pada MB. Lepasni bertali arus le cabar mencabar di mahkamah sbb Ganesan tu Speaker haram, mana layak nak pengerusikan sidang?
Jangan terlalu mengharap. Saya bimbang lain yang kita tunggu, lain pula yang akan kita terima, kerana musuh kita bertindak dalam senyap. Kita bertindak ibarat bertelur sebiji riuh sekampung. Kalau tidak, apa maknanya Zamry dan kuncu2nya mengadap Sultan.
selagi takda pembubaran DUN,selagi masalah tu tak selesai...jgn dgr kenyataan beberapa kerat menteri UBN tahap tadika yang sengal.Kehendak majoriti RAKYAT lebih utama...
Kita diajar oleh Rasulullah agar mengamalkan sifat sabar dalam segala hal. Perkara seperti ini haruslah ditangani dengan bijaksana tetapi memberi impact dan menguntungkan Islam. Ambil pengajaran dari sejarah Nabi Musa dan Nabi Ibrahim. Akhirnya ramai yang beriman kepada Allah. Dalam hal sekarang ini, undang-undang menjadi penentu. Doakan agar berpihak kepada kebenaran.
...Puak puak umno/BN pi jumpa sultan nak suruh sultan jangan bubar DUN, tapi sultan tengah pening kepala pasai selagi DUN tak bubar masaalah tak boleh selesai. pening..pening...
AKU kata dah..tok sah duk berharap sangat..mana mungkin Najib nak gantung diri sendiri..walaupun UMNO tu set2 yg x dak inteligent akal..tapi aku ingat tak samapi bodoh sangat nak bubar dun..frust menogeng lagi la nampaknya!!
Salam... pada pikior teman ler YB kalo tak bubar pun paling lama dua tahun lebih jer lagi.. lepas tu tau ler dema.... yang penting YB & team jangan mengalah dengan taktik sumbang dema tu... bior terjerut balik batang tengkuk dema tuu...
buat ape nak buat sidang tergempar hanya utk buat undi tak percaya pd Nizar. Dah kata mugabe tu, MB yg berkuasa. Undi tak percaYA TIDAK AKAN JADI melainkan utk si mugabe kerana dia kata dia yg berkuasa sekarang nie..
jgn2 depa pakat nak buat sidang tergempaq...
Sejak MERDEKA minda org MELAYU di perbodohkan..Rakyat diminta patuh pada 5 prisip RUKUN NEGARA...KELUHURAN PERLEMBAGAAN telah di nodai..Jangan ingat minda RAKYAT boleh di perbodohkan DULU...KINI...dan...SELAMA-LAMANYA.
Apa ni text colour purple... sakit mata den baca.. tukar hitam balik..
text kaler purple tu pasai hg punya komputer tu nak kena servis daaaa...
Catat Ulasan