KUALA LUMPUR: Seramai 67 bayi merdeka, 37 daripadanya lelaki dan 30 lagi perempuan dilahirkan di 11 hospital kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dari 12.01 tengah malam tadi sehingga 12 tengah hari tadi.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi dengan 13 bayi diikuti Hospital Selayang (12), Hospital Kuala Lumpur (11), Hospital Sungai Buloh (8), Hospital Ampang (6), Hospital Serdang (6), Hospital Banting (4) Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam (3) Hospital Kajang (3) dan seorang di Hospital Kuala Kubu Bharu.
Daripada jumlah itu empat kelahiran dicatatkan melalui pembedahan cesarean masing-masing satu di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah.
Hospital Ampang juga turut mencatat kelahiran seorang bayi lelaki membabitkan warga Myanmar.
Bayi pertama Selangor dilahirkan dengan berat 3.1 kg pada pukul 12.10 minit pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Hospital Kuala Lumpur pula menyambut kelahiran bayi pertama mereka Muhammad Adam Iskandar Abdul Aziz seberat 2.46 kg pada 12.17 pagi bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tiada kes kematian sama ada ibu mahupun bayi dilaporkan sehingga ini di semua 11 hospital kerajaan berkenaan.
Di KUALA TERENGGANU lapan bayi merdeka dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bermula dari pukul 12.41 hingga 6 pagi ini.
Bayi pertama dilahirkan lelaki pukul 12.41 seberat 2.29 kilogram oleh seorang guru yang mengajar di Sabah, Nafisah Ismail, 32, secara normal.
"Kami gembira dengan kelahiran bayi kami yang pertama ini dengan nama Fawwaz Hasbullah," kata suami wanita berkenaan Hasbullah Abu Bakar, 34, ketika ditemui di wad bersalin hospital itu.
Beliau yang tinggal di Kampung Tebakang, Manir dekat sini berharap apabila besar nanti anaknya menjadi seorang hafiz al-Quran dan yang mentaati ajaran agama.
Sementara itu jurucakap wad bersalin hospital itu berkata, selain lapan bayi yang dilahirkan itu sehingga jam 6 pagi, lebih ramai bayi merdeka dijangka akan dilahirkan hari ini. BERNAMA
mStarOnline/-

2 ulasan:
dulu bayi yang lahir zaman jepun, beras pun tiada, sekarang bayi yang lahir zaman UBN gula pun tiada dan minyak petrol serta susu naik harga pula... erti merdeka 1 malaysia menyusahkan rakyat...
MENNNDEKA..!!! MENNNDEKA..!! MENNNDEKA..!!
RTM1 pagi ni melalui rancangan APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA - Jam 10:05 pagi 30 Ogos 2009):
Tetamu Jemputan:
Datuk Datin Paduka Hjh Fatimah Abdul Majid.
DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI - Menteri Pertahanan.
Salah satu Perkara yang diUtarakan: MALAYSIA MERDEKA TANPA MENUMPAHKAN SETITIK DARAH PUN..!!!
Bila citer pasal "MENNNDEKA".. Paling menyedihkan bila banyak pihak mendakwa bahawa MALAYSIA MERDEKA TANPA MENUMPAHKAN SETITIK DARAH PUN..!!!
(Kenyataan ini dipopularkan oleh Orang Politik - kunun-kunun mereka sahajalah Pejuang Kemerdekaan)
Kenyataan tersebut sangat mengguris perasaan.. Saya tak dapat bayangkan perasaan kaum keluarga Anggota Tentera/Polis yang tercedera, putus-kaki, Isteri menjadi Balu, Anak-anak menjadi Yatim ..sementara org politik sibuk mewarwarkan bahawa MALAYSIA MERDEKA TANPA MENUMPAHKAN SETITIK DARAH PUN..!!!
Di sini saya merayu semua pihak yang senantiasa menyebut bahawa MALAYSIA MERDEKA TANPA MENUMPAHKAN SETITIK DARAH PUN..!!! Mengkaji semula sejarah negara bermula daripada Portugis Menawan Melaka 1511.
Kerana sejak Portugis Menawan Melaka 1511 lah.. perjuangan kemerdekaan negara bermula, sejak itulah TUMPAHAN-DARAH senantiasa berlaku rasanya tak terkira bilangan Pahlawan-Pahlawan yang terbabit dalam Pertumpahan-Darah seperti:
Tok Gajah,Tok Bahaman, Mat Kilau and the Gang = Pahang
Panglima Si-Bongkok, Panglima Putih, Panglima Salleh = Johor
Rentap = Sarawak
Tok Janggut = Kelantan
Dol-Said = Negeri-9
Panglima Datu Mat Salleh, Antanum= Sabah
Datuk Maharaja Lela= Perak
Dan ramai lagi para Ulamak yang Berjihad untuk KEMERDEKAAN.
Majoriti mereka ini adalah Ulamak..
Majoriti mereka ini dipanggil Pengkhianat, Pemberontak, Pengganas dsbnya oleh Penjajah
Malaysia di JAJAH sejak 1511(400 Tahun).. Sejarah PERJUANGAN KEMEDEKAAN diwarwarkan hanya dikira 1957(52 tahun dulu)..????
Para-Pejuang Kemerdekaan sebelum 1957 langsung tak diambil kira, kalo diambil kira pun hanya utk dipanggil Pemberontak, Pengkhianat ...
Para-Pejuang Kemerdekaan yang disanjung, diwarwarkan hari ini hanyalah mereka2 yg "dijemput" oleh pihak British untuk berunding.. begitu berkesan dakwah-songsang "mereka" ini..
Di sini juga aku merayu semua pihak yang senantiasa menyebut bahawa MALAYSIA MERDEKA TANPA MENUMPAHKAN SETITIK DARAH PUN..!!! Mengkaji semula Syarat-syarat yang dikenakan oleh British untuk Malaysia Merdeka.... salah satunya adalah Memutihkan Kawasan HITAM.. dan waktu ini banyak berlaku Tumpahan-Darah.. Kasihanilah kepada semua anggota keselamatan negara termasuk ATM/PDRM dll agensi Keselamatan yang Cedera, Mati, Isteri menjadi Janda, Anak-anak menjadi Yatim, Ibu-bapa kehilangan anak dan sebagainya.. bagi Memutihkan Kawasan Hitam untuk memenuhi Syarat British.
"MALAYSIA MERDEKA TANPA MENUMPAHKAN SETITIK DARAH PUN..!!!" adalah Penyelewengan FAKTA SEJARAH yang paling memalukan, memilukan, mengelirukan, menyedihkan, berkepentingan dan berniat JAHAT.
Ianya telah dijadikan senjata Perang-Saraf oleh pihak lawan... tengok saja bila berlaku ketegangan seperti isu Sipadan/Ligitan/Ambalat dll.. senjata-perang-saraf ini selalu digunakan oleh pihak lawan.
Negara kita dijajah sejak 1511 oleh Portugis,Inggeris,Jepun,Inggeris.. tetapi sejarah Perjuangan Kemerdekaan Malaysia yang diwarwarkan oleh orang politik hanya diambil sejak 1957..????????? memang melucukan...
Saya khuartir generasi akan datang memerlukan Negara Lain untuk menceritakan fakta sebenar mengenai sejarah Negara Sendiri...Memalukan!!!!!
“Pulau Pinang negerinya baru
Capitan Light menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
Duduk mengalir air mata”
Ada tentera berkhidmat 30tahun belum dapat apa-apa pingat, Siti Nurhaliza menyanyi tak sampai 3tahun dapat AMN..
walaubagaimana pun..jerit Mennndeka!!!! Mennndeka!!!! Mennndeka!!!!!.
Catat Ulasan