10 Julai 2009

Pertemuan Ustaz Azizan & Lim Kit Siang: Masalah di Kedah selesai

Irwan Muhammad Zain & Saadon Aksah Foto Nasir Sudin
Thu Jul 09, 09 9:25:10 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Segala masalah yang timbul dalam Pakatan Rakyat Kedah sudah selesai jelas Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang menjelaskan satu jalan penyelesaian telah dicapai demi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah.

Untuk mencapai tujuan tersebut sebuah sekretariat Pakatan Rakyat Kedah ditubuhkan untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul selepas ini.

"Masalah yang timbul telah selesai dan semua pihak (DAP dan PAS) telah menjelaskan apa yang berlaku.

"Ini soal 'rumahtangga' kita selesai sendiri tak perlu orang lain nak risau dan heboh-heboh," jelas beliau.

Azizan juga menjelaskan dalam pertemuan tersebut, beliau telah menerangkan mengenai isu kuota rumah kepada Lim Kit Siang dan pemimpin DAP yang turut hadir.

Pemimpin DAP, tegas beliau dapat memahami apa sebenarnya berlaku dan menerima penjelasan beliau termasuk soal kuil yang turut dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.

Menjelaskan mengenai isu pusat penyembelihan babi, Azizan menjelaskan pihak kerajaan negeri telah mencapai kata sepakat bersama Persatuan Penyembelih Babi di Kedah untuk membina satu pusat penyembelihan yang berteknologi tinggi.

"Pusat penyembelihan baru itu nanti berteknologi tinggi dan ia tidak akan menganggu penduduk dalam soal bau busuk dan persekitaran," jelas beliau dalam satu sidang media bersama Lim Kit Siang di sini petang semalam

Sementara itu, Lim Kit Siang dalam sidang media itu menjelaskan DAP Kedah telah membentangkan memorandum isu yang menjadi perhatian rakyat dalam pertemuan hampir sejam bersama Menteri Besar Kedah itu.

Beliau turut gembira dengan hasil pertemuan tersebut kerana ia memberikan gambaran Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam masa yang singkat.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga menjelaskan, beliau akan memastikan akan ke Kedah sebulan sekali untuk memastikan kerjasama antara Pakatan Rakyat dapat dikukuhkan lagi.

"Segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan bijak dan saya gembira dengan pertemuan ini.

"Hasil pertemuan ini ialah mengambil satu tindakan yang boleh mengatasi masalah yang dihadapi rakyat," jelas beliau.

Beliau juga menjelaskan, kerjasama kukuh antara parti dalam Pakatan Rakyat akan diteruskan untuk memastikan Barisan Nasional dapat ditumbangkan dalam Pilihan Raya umum ke 13 nanti. - azm-HarakahDaily.Net-

10 ulasan:

pria malaya berkata...

alhamdulillah..inilah yg sebaiknya...
Kedah dah settle..penang pulak dgn kata ada masalah, cepat2 la settle ye....

no hal la, rakyat still beri mandat n kepercayaan kpd Pakatan rakyat utk menjadi alternatif yg terbaik..:)

Putra IJ80 berkata...

Harapan kite smue begitu lah selesai dalam erti kata yg.sebenarnya.

Tapi....peringatan "PERAKEXPRESS" ini tidak bole di abaikan.

quote"Najib merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR Kedah dan Jamal adalah diantara balaci-balaci yang digunakannya. Dan tugas Jamal adalah untuk membuat hubungan dengan ADUN-ADUN PKR Kedah untuk melompat menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Umno. Modus operandi mereka hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak.

Satu ADUN DAP sudah mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas. Ini menjadikan komposisi ADUN diKedah ialah BN 14, Bebas 1 dan PR 21. Sekiranya BN berjaya menarik 4 lagi ADUN PKR untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Umno, menjadikan BN 14, Bebas 5 dan PR 17........
.Dan dengan itu, apa yang berlaku di Perak…akan berulang di Kedah.unquote.

Tak de angin masakan pokok bergoyang.
ikut pepatah dolu dolu....

wallahhuaklam.

zuhairy berkata...

syukurlahhh...DAP Kedah tu kalut sangat. Dengan uncle kit siang senang je deal..hehehe

Bangsa Cina Malaysia berkata...

insyaallah hubungan baik PAS-DAP-PKR AKAN BERKEKALAN

Tanpa Nama berkata...

kalu dah selesai , syukur pada Allah... konsep musyawarrah penting dalam mntadbir ... PAS dan DAP buktikn melalui pertemuan 2 pemimpin ini....Hidup PR utk rakyat

Tanpa Nama berkata...

Salute kat Dato` Seri Ustaz Azizan baru setahun lebih handle Kedah dah berani robohkan pusat penyembelihan babi atas sebab-sebab tertentu. BN/UMNO memerintah Kedah lebih 50 tahun pun tak berani buat camtuh. Apa pun Ustaz Azizan memang berwibawa dan melakukan sesuatu dengan tegas dan benar demi kesejahteraan rakyat. Kalau DAP tak suka, pusat penyembelihan dan kandang babi moleklah di buat di kawasan majoriti Cina. Apa pun semua dah selesai sekarang ni.

Tanpa Nama berkata...

awat utusan meloya dengan berita hairan. juga pemberita 3 1/4 puak tv3.
berita orang nak berbaik-baik ni sikit aja ceritanya.
berita yang konon nak gadoh, bukan main gah lagi.
DAH MEMANG DASAR HATI PERUT BUSUK HANYIAQ.
CUCI DENGAN AYAQ ZAM-ZAM PUN TAH BERSIH DAH

Tanpa Nama berkata...

biasala lagikan lidah tergigit
www.budu2u2.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Ustaz Azizan dengan tidak cepat melatah dengan anasir jahat yang ingin menggugat kesejahteraan PR.

Sekarang BN sudah hilang satu point untuk di gebangkan semasa proses kempen di Manek Urai.

Syabas, PR!!!!!!

Pelita Di Dalam Kaca berkata...

DAP adalah kafir zimmi.
Dicadangkan dipertingkatkan/diaktifkan perbincangan, dialog dan muzakarah antara sesama pemimpin tertinggi dalam PR untuk menerangkan dengan lebh jelas mengenai keindahan dan keadilan Islam sebagai sistem yang terbaik untuk Malaysia.Pemimpin tertinggi PAS dicadangkan proaktif dan mengambil inisiatif dalam hal ini.
Wassalam.