23 Februari 2009

Kenapa hanya Khalid ?

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Peguam Negara membuat keputusan segera bagi mendakwa kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar berkata, kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor itu perlu didakwa dan dibicarakan segera.

Katanya, langkah segera wajar dilaksanakan memandangkan SPRM telah memiliki bukti kukuh dalam kes tersebut.

‘‘Pihak berkuasa perlu mengambil perhatian ke atas kes yang berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan kepentingan umum.

Inilah perangai juru cakap agen UMNO dan BN yang cuma nampak kuman diseberang laut namun gajah didepan mata langsung tidak kelihatan.

Sebelum dari ini BPR yang sekitar 2 bulan baru berubah menjadi SPRM diajukan bukan ratusan malah ribuan laporan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpim UMNO atasan dan bawahan.

Semuanya telah cukup dengan bukti dan siap dengan rakaman suara, gambar , surat dan sebagai. Namun kenapa senyap tanpa berita.

Kalau di Jepun seorang Menteri meletakkan jawatan kerana kelihatan seperti mabuk dalam satu sidang akhbar, di Malaysia cukup memalukan, lagi banyak kes dilaporkan rasuah, makin lamalah menteri itu berada dikerusinya.

Kalau hendak jagi pengampu, biarlah berpada-pada, dan jangan jadi macam "anjing" suruhan.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa dah jadi ngan laporan rasuah terhadap khir toyol yang berlambak-lambak dulu... x nak siasat skali ker???

Tanpa Nama berkata...

Ugutan, mehnah & fitnah pastinya bakal diterima setiap pemimpin kebenaran..
Sedangkan Rasulullah dilempar, diugut & ditawarkan kuasa, harta & wanita, apalah sgt kita umat akhir zaman ni.. wallahua'lam

Budak Perak berkata...

nk heran ape..
kal0 tuka nme agensi rasuah mcm mne p0wn ttap jd anjing bn gak..

Brahim Nyior berkata...

Saya tetap berpendapat,SPRM tidak patut mengamalkan tindakan kes terpilih. Ini akan menjejaskan nama SPRM yang hanya dilihat bertindak terhadap pihak 'lawan' BN.

Dakwaan rasuah terhadap Khir Toyo, Mahadzir Khalid di'senyap'kan begitu sahaja.

Saya rasa KP SPRM lagi teruk!

Tanpa Nama berkata...

anak kp psrm seorang juruterbang mas pernah didakwa di australia kerana gambar lucah kanak-kanak. sila rujuk blog-blog berkaitan.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Abis tu kes khir toyo ni apa cerita? :-


1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.


12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Tanpa Nama berkata...

bosan...akhirnya raayat juga yg jadi mangsa,tak cukup makan.!!!

penhijau berkata...

sebanarnya kes khalid sengaja di buat oleh umno, punya nak cari kesalahan..
tengok apa pertuduhan mereka.

1) guna kereta peribadi untuk urusan MB.. apa salahnya .bodoh punya umno,, kalu dia guna kereta rasmi utk kegunaan peribadi kot2 baru lah salah

2) guna dana kerajaan bagi lembu untuk rakyat..
satu kali lagi bodoh dan memalukan..apa ke masalahnya.. bukan dia ambik lembu tu dia guna untuk diri sendiri, atau semua 100 ekor lembu tu Dato'Khalid makan sorang2 dia..tapi dia bagi dekat rakyat...apa ke bangangnya umno nie

Brahim Nyior berkata...

Wow!

Maklumat Pemudapaskemahang memang hebat.

Sumber mana? Jika ada bukti seperti didakwa, laporkan saja ke SPRM.

Masalahnya, mau ke SPRM menyiasat?

Aku rasa rakyat dah mula tak percaya dengan integriti KP SPRM ni.

Tanpa Nama berkata...

sebab beliau GAGAK, tak layak jadi MB, buat malu pakatan kita je,,,

Tanpa Nama berkata...

Apalah you anakijok kata kat orang GAGAK ...
Esok2 you dapat anak ke anak sedara ke GAGAP you suka tak? .. Tuhan nak tunjuk bukan lama!

Tanpa Nama berkata...

tak pa lah najib n the geng...korang buat la apa2 pun...tangkap la semua ..dakwa la semua pemimpin PR...dgn rasuah ke..apa ke...tp rakyat kebanyakan bukan nya bodah.selama hari ni pun rakyat telah melihat bagaimana ketua2 cawangan UMNO di kampung2..boleh hidup mewah..boleh dirikan rumah besar di kelilingi rumah2 papan di kg walaupun tak bekerja dan tidak mempunyai kerja..itu belum lagi ketua2 bahagian dan ajk bahagian UMNO..leh jadi JUTAWAN SEGERA bila memegang jawatan itu..INGAT BN..INGAT UMNO,,,rakyat tak bodoh dan tak boleh di gula2kan lg..TUNGGGUUUU>>>>PRU13 bukan lama lagi....rakyat akan membalas semua perbuatan ANDA.lg korang korek setiap inci keburukan pemimpin PR..lagi jelas KEBURUKAN KORANG YANG KORANG TONJOLKAN....

Tanpa Nama berkata...

apa la punya toyol nie...slh laku org ko nampak..salah laku sendiri buat xtaw je erk..ko tunggu la bla pr dh amik pusat t,segala slh laku pemimpin atasan bn akn di bongkarkn..ko jangan isaw erk...oooppss!!!bini ko skali pun akan kena daaaaaa...