28 Ogos 2009

17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu- Datuk Kamaruddin

Email Oleh : newsforwarder®™
by SOFI WAHAB


1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ulasan sebenarnya telah lama disedari oleh pihak kita.ttp media semua dimiliki oleh k'jaan yg sedia ada makanya dikelabui oleh mereka.itu cuma segelintir saja yg tercatat di sini hakikatnya terlalu byk.cntoh.kg baru kl yg dihuni oleh melayu akan dibgnkan bangunan setaraf kondominium mewah dan dimana melayu jati kg.baru akan dpt tgk shj tp tak dapat dihuni juga spt kita dpt tgk klcc tp tiada lgsg melayu niaga krn ditekan dr segi sewa tapak yg mahal.

Hamba Allah berkata...

ni baru sedikit banyak lagi kalu nk senarai tak cukup rasa... nasib la orang melayu..

http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=metro0909

http://www.panduankwsp.com/index.php?ref=metro0808

Tanpa Nama berkata...

Tambahan:
Hapuskan tulisan Jawi, akibatnya terlalu ramai orang Melayu tak boleh baca al-quran, dan sebab itu ramai sanat yang tak sembahyang.

Tanpa Nama berkata...

macam biasa,umno gadai melayu,jual Islam lepas tu tuduh PAS dan mereka2 yg tak sebulu dengannya .

Pemimpin UMNO tak pernah mengaku dan belajar dari kesilapan.
Teguran dan nasihat dianggap musuh .Itulah pemimpin UMNO dari dulu kini dan mungkin selamanya.

Tanpa Nama berkata...

UMNO masih degil untuk berubah. Tunggu akhirnya pimpinan semua perbuatan khianat terhadap agama dan bangsa akan tersiar jua. Saya amat yakin.... PRU 13. TUNGGUUUUUU..