25 Jun 2010

Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa

11 Rejab 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.

Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Malaysiakini/-

6 ulasan:

yes berkata...

Syukur, Tun sudah tidak memerentah lagi pada masa ini.

Tanpa Nama berkata...

amat malanglah dan teramat duka cita jika masih bertuan kerajaan Bn Laknatullah, sedang Allah secara terang amat jelas sekali mengatakan JUdi adalah haram, marilah kita sama-sama berdoa dan menolak bala yang akan menimpa kta dengan menolak kerajaan BN Laknayullah ini yang semakin hari semakin lemas terkapai-kapai untuk terus berkuasa

Tanpa Nama berkata...

salam,
minta izin utk share.
tkasih

Tanpa Nama berkata...

Kesian kaum cina semalam, bila ada individu berkata di media yang judi bola perlu diluluskan kerana kaum cina nak berjudi. Bila masa ada agama yg benarkan judi, mabuk dan melacur. Kaum cina perlu ambil tindakan atas kenyataan ini yg mengambarkan judi dan arak diluluskan kerana mereka.

allo bro... lulus judi... org berjudi... bila kalah judi pinjam along... kalah lagi anak bini tak makan... along dtg, potong jari... buat kes polis... membebankan mahkamah.

Use ur head la bro!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau haram kena haramkan, baru boleh isytiharkan negara islam

Tanpa Nama berkata...

Mahathir ni memang lah semacam anti Islam ,tapi pasai dia berkuasa tak ada orang nak ambil tindakan.Berapa kali dia menghina Islam ,tapi siapa yang ambil tindakan mengunakan peruntukan undang-undang yg sedia ada?Nil.Apa boleh buat penguasa undang-undang pilih bulu maka bermaharajalela lah Mahathir.Tunggu hukum Allah diakhirat sajalah.