19 Jun 2009

10 wakil PAS tolak k'jaan perpaduan

Sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini di lobi Parlimen.

Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin yang tidak berada bersama sepuluh MP tersebut mengesahkan ketiak dihubungi CinaIslam bahawa beliau menyokong sepenuhnya kenyataan tersebut dan beliau telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut namun terpaksa meninggalkan Parlimen lebih awal atas urusan lain di Perak.

Mereka mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Mereka juga menegaskan kembali pentingnya PAS berpegang teguh pada keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu yang ingin menguatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media (foto kiri).

Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut: Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, tidak hadir kerana berada di luar negara, manakala Nasharuddin (Bachok) pula menghilangkan diri sejak dibidas Nik Aziz petang semalam.

Mesyuarat ukhuwah

Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

Menurut Bernama lagi, Nik Aziz beliau belum dihubungi Nasharudin berhubung gesaannya agar timbalan presiden itu meletakkan jawatan, termasuk sebagai ahli parlimen Bachok.

Nik Aziz juga dipetik berkata Pakatan Rakyat ketika ini yang sebenarnya kerajaan perpaduan.

"Kenapa perlu nak cari yang lain (kerajaan perpaduan)? Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan 'Islamophobia' oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya dan inilah dianya kerajaan perpaduan," katanya.

Pada mesyuarat hari ini, semua penyandang jawatan parti dalam PAS negeri dikekalkan kecuali jawatan setiausaha yang kini disandang Zaki Ibrahim, menggantikan Datuk Takiyuddin Hassan.

Bekas bendahari Pemuda PAS itu juga timbalan speaker DUN Kelantan yang menarik diri saat akhir daripada bertanding jawatan ketua Dewan Pemuda PAS. Malaysiakini.

32 ulasan:

citiding berkata...

PAS cari jalan mati
jika berjinak-jinak dengan UMNO.
Syabas Tok Guru Aziz.

Tanpa Nama berkata...

Presiden dan timbalan harus bertanggungjawab sepenuhnya atas perkara ini,MP dan pimpinan yg lain banyak tugas berat yang harus dilaksanakan segera demi kepentingan rakyat dan parti bukan buang masa melayan perkara begini,mohon pada Allah diberi jalan keluar dengan selamat dan dpermudahkan.Nasa keluarlah dari persembunyian,hadapi kenyataan,pohon maaf pada mursyidul am dan ahli parti,insyallah nama baik enta akan kembali jernih,mudah2an

Tanpa Nama berkata...

benar kata tok guru, kerajaan pr merupakan kerajaan perpaduan, kenapa harus bersekongkal dengan parti umeno yang banyak tipu muslihatnya, diwaktu mengalami kemerosotan undi nak berpakat dengan pas, dah ok balik.., pas akan ditendangnya...selain itu umeno juga menyuntik islamaphobia dikalangan mereka yang bukan beragama islam sedangkan didalam pakatan rakyat masing2 menghargai dan menghormati perbezaan agama dan kepelbagaian etnik.., tidak seperti umeno yang hanya tahu menghunus keris..., yang mana keris itu lah yang akan menikam mereka kembali... mana nasharudin ni.., dah hilang pulak.., ke dah kena culik ngan umeno be-end...

ubatkuat berkata...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

DOSA YG DITINGGALKAN OLEH PEMERINTAH TERHADAP MEMALI ADALAH FAKTOR PERSONEL SAYA YANG KUAT UTK MENENTANG GAGASAN KERAJAAN PERPADUAN,,BUKAN DISEBABKAN TAK MENGHORMATI PENDIRIAN PRES,,,TETAPI PEMERINTAH SEBENARYA ADA HUTANG YG PERLU DILUNASKAN KEPADA MEMALI

ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR

member pencen keramat berkata...

Kami member pencen Lembah Keramat berdiri teguh dibelakang Tuan Guru Nik Aziz,Cukuplah sekali kita joins bersama UMNO pada tahun 1972 dan ditendang pada tahun 1977 dan perit dah oiiiiiiiiiii
Nasa dah hilang macam orang PKR yang 2 ADUN di Perak last-last muncul kat TV tak lama lagi bersama Najib, Kita lihat dan dengar lah nanti berjuang untuk perut sendiri.

Tanpa Nama berkata...

makcik pun berpendapat begitu .....tak perlu lah nak berpadu dgn orang yg cakap tak serupa bikin.sama2 lah kita di belakang tok guru kita yang teguh pada perjanjiaan.TAKBIR!

zackeye berkata...

Ini adalah satu tindakan yang positif dan berpendirian tegas. Dengan menanda tangani satu kenyataan menolak cadangan perpaduan dengan UMNO itu menunjukkan majoriti pemimpin dan ahli PAS tidak bersetuju dengan cadangan dan tingkah laku ustaz Nasharuddin.
Sebagai ahli sebuah parti yang mengamalkan demokrasi iaitu mengikut suara ramai eloklah secara berhemah menarik balik cadangan dan berjumpa TGNA untuk memohon maaf. Malah permohonan maaf itu perlu kepada seluruh warga PAS kerana diperingkat akar umbi telah menjadi kacau bilau bukan saja diperli oleh UMNO dan media malah kecoh diantara ahli sendiri dan ada terdengar sudah ada ahli yang tawar hati nak berjuang.
Idea dan pendapat memang patut digalakkan dan PAS sendiri tidak akan menyekat percambahan pendapat. Tapi salurannya mesti lah betul supaya tidak menimbulkan kontroversi. Memohon maaf juga tidak mesti menggambarkan yang kita kalah tetapi akan menaikkan martabat kita sebagai orang yang menghormati demokrasi dan mendengar rintihan suara akar umbi.

inamadia berkata...

Kepada semua ahli PAS, sebelum nak lemparkan sebarang tuduhan pada Ustaz Nasharuddin, cuba dengar betul-betul setiap intipati dan patah perkataan yang Ustaz Nasharuddin keluarkan.Saya tak nampak sebarang kesilapan beliau, saya dapatkan semua maklumat, baca, tengok video berulang kali, bermula sebelum muktamar, selepas muktamar hingga jawapan terbarunya kepada pelbagai soalan media, bahkan yang saya nampak beliau cukup berhati-hati dan cermat dalam mengeluarkan kenyataan. Cuma media hanya mengeluarkan bahagian yang mereka rasa boleh menembak saf perjuangan PAS terutama pimpinannya.Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua dan memberikan petunjuk kepada siapa di antara kita yang membuat kesilapan.Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Tanpa Nama berkata...

Najib, Najib, dah tahu PAS dah bertunang dengan DAP dan PKR kenapa nak merisik risik lagi. Dalam budaya Melayu kita tak merisik gadis yang dah bertunang juga kita tak kacau wanita yang dah jadi isteri orang.
Mungkin Rais Yatim yang ahli dalam pepatah dan adat Melayu bolih beri penerangan lanjut

Tanpa Nama berkata...

KALAU TANPA NAMA MENGATAKAN KERAJAAN PERPADUAN ADALAH PAKATAN RAKYAT, TERBUKTI SALAH. KERAJAAN PERPADUAN ADALAH KERAJAAN YANG BERPADU. MAKSUD BERPADU IALAH APABILA 2 PIHAK YANG BERBALAH BERSATU DI BWH SATU BUMBUNG. JADI ANGGAPAN TANPA NAMA TU HANYA SATU PANDANGAN BIAS. WALLAHUALAM

abaabil berkata...

Alhamdulillah, dengan kenyataan TGNA, saya dah dapat amik stand tersendiri berhubung dengan isu UG ni. Saya juga syukur kerana individu seperti TGNA masih menjadi tulang belakang kepada PAS. Dari dulu lagi TGNA hanya berkias supaya dapat difahami oleh golongan tertentu, namun bila mesej masih tak difahami, barulah beliau tegur direct. Ape pun, manusia biasa memang tidak lari daripada melakukan kesilapan, dan kesilapan ini dimanipulasikan sepenuhnya oleh pihak musuh kita. Tidak salah kalau menarik balik kenyataan mengenai UG, asalkan 'perpaduan' yang telah wujud selama ini kembali jernih. Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Terbukti kini bahawa ramai penyokong dan juga pemimpin Pas kurang cerdik dan tertutup mindanya. Tidak bolih berbeza pendapat dengan cara yg baik dan mudah untuk musuh melaga2kannya. Sayang seribu kali sayang!

ubatkuat berkata...

SALAM BUAT MUSLIMIN/MUSLIMAT

kembaliah wahai sekelian pendokong pas.. bersatu demi menentang musuh kita yg nyata MEMAINKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN DEMI SURVIVAL MEREKA,,,,lupakan sengketa dan berbaiah semula dgn pemimpin ulama demi kedatangan kemenangan kita bila PRU ke 13 nanti,,INSYAALAH

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
nak tanya ckit siapa yang lebih power..mursyidul am PAS ke atau Presiden PAS? saya nak ubatkuat yang jawab atau lain2...

Tanpa Nama berkata...

akum.aku nak tanya fasal ape anti-perpaduan?

serupasekala berkata...

SYABAS.

ORANG PENTING DALAM PARTI TERMASUK WAKIL PARLIMEN TELAH BERSUARA.
INI MENANDAKAN KONFLIK UG SUDAH HAMPIR SELESAI.

MACAM NI LA. KALAU TAK IKUT PERATURAN PARTI ORANG MACAM NI PATUT BERSUARA LANTANG MENYOKONG TOK GURU DEMI MENJERNIHKAN KEADAAN DALAMAN PAS KHUSUSNYA KESETABILAN PAKATAN AM NYA.

SYABAS ATAS PENDIRIAN ANDA MENYOKONG TG NIK AZIZ.

SAYA SOKONG TG NIK AZIZ.

Tanpa Nama berkata...

kalau anti perpaduan adakah kita anti perpecahan?

Tanpa Nama berkata...

askum
apalah salahnya untk berbincang....baru cadang nak bincang tentang kerajaan perpaduan dh kecoh...baru cadang....bukannya nak setuju ke tak itu belum agi...masyaallah....org yang anti UG ni org yg ada kepntingan tertentu di mana Allah sahaja yg mengetahuinya....aku sebagai org melayu menyokong kuat sekuat2nya UG ini....amin..

Tanpa Nama berkata...

10 org nilah patut di singkirkan sebab lebih bermuka muka bukan untuk mencari pedamaian sebalik mengapu-apu supaya nik aziz rasa betul apa yang dia buat. sepatutnya berdian diri.sbb islam menyuruh kita diam dari berkata-kata jika kata-kata mendatangkan mudarat.

Tanpa Nama berkata...

ketahuilah bahwa tak lama lagi ust nasharudin jadi menteri umeno.

PAPA GOMO berkata...

''WARKAH UTK ANWAR DARI RAKYAT MALAYSIA''

KAMI RAKYAT MAHUKAN KEBENARAN
SILA HADIRKAN DIRI PADA
Julai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta
USAH TANGGUH2 LAGI

[SMS]
017-2802211
012-9533565
+17037252544(US)

[Email]
anwar.ib@gmail.com
anwar.ibrahim@aicassociates.com
ai55@georgetown.edu

DIHARAPKAN MENGELAK DARI MENGHANTAR SMS YANG BERBAUR UGUTAN DAN ANCAMAN KEPADA TERTUDUH KES LIWAT INI.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

1 JULAI HARI KEBENARAN

http://www.gomounited.com/2009/06/warkah-buat-anwar-al-juburi.html

Tanpa Nama berkata...

hhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

salam yb,
harap yb tidak termasuk didalam sekutu 10 mp ini,

adalah amat malang sekali bagi sebuah parti yang bertunjangkan islam mempunyai pemimpin seperti 10 orang mp ini. ini kerja batu api. bukan kerja untuk menyatukan kembali percanggahan pendapat antara pemimpin tertinggi.perjumpaan tertutup bersama presiden semalam telah menjelaskan segalanya. strategi pas takkanlah nak kena bagitahu secara umum, sekali lagi saya menyatakan adalah amat malang pas mempunyai 10 orang mp ini yang sepatutnya menjadi penolong kepada presiden.satu perkara lagi... kalau tak silap ana, ucapan dasar presiden semasa muktamar yang lepas telah diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan muktamar. ucapan dasar presiden itu hendaklah difahami betul2.adakah didalam ucapan dasar itu disebut unity goverment atau tidak? adakah ianya disebut dengan perkataan lain yang boleh membawa maksud yang sama?sukalah ana mengingatkan bahawa ucapan dasar itulah yang akan menjadi garis panduan pengurusan parti sehinggalah muktamar yang berikutnya.
peringatan sekali lagi bahawa Unity Goverment ini adalah salah satu strategi yang tidak menjadi strategi lagi dek kerana kedunguan pemimpin mulut lembik( harap YB faham).
wallahua'lam

smail
United Kingdom

EditorKiri berkata...

Saya merasakan tindakan 10 MP kalau termasuk Nizar 11 MP yang kebanyakan AJK PAS Pusat adalah melanggar adab jamaah dan berniat jahat. Sepatutnya perkara ini tidak berbangkit di Media kerana mereka boleh menggunakan hak mereka sebagai AJK PAS untuk bantah perkara berkenaan dalam mesyuarat PAS Pusat Ahad ini.

Tindakan ini menimbulkan keraguan dan mewujudkan persepsi buruk ahli seolah-olah AJK PAS pusat mensabotaj idea Presiden tanpa memberi peluang Presiden menjelaskan idea beliau.

EditorKiri berkata...

Tindakan 10 Ahli Parlimen yang kebanyakkannya AJK Pas Pusat melanggar adab parti dan berniat jahat ketika mengemukakan memorandum bantahan itu secara terbuka kepada media. Sepatutnya perkara ini tidak berbangkit dimedia kerana mereka boleh gunakan hak mereka sebagai AJK untuk bantah perkara berkenaan dalam mesyuarat Pas pusat Ahad ini.

Tindakan mereka itu menimbulkan keraguan dan mewujudkan persepsi buruk ahli seolah-olah AJK Pas Pusat mensabotaj idea Presiden tanpa beri Presiden peluang untuk menjelaskan idea beliau.

Tindakan mereka juga, tidak dibincang diperingkat Kawasan terlebih dahulu, tetapi menggunakan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen dan ini tidak selari dengan pandangan pimpinan kawasan yang bersetuju bahawa isu ini dibincang secara tertutup melalui mesyuarat Pas Pusat Ahad ini dan mesyuarat Pakatan Isnin ini.

EditorKiri berkata...

Tindakan 10 Ahli Parlimen yang kebanyakkannya AJK Pas Pusat melanggar adab parti dan berniat jahat ketika mengemukakan memorandum bantahan itu secara terbuka kepada media. Sepatutnya perkara ini tidak berbangkit dimedia kerana mereka boleh gunakan hak mereka sebagai AJK untuk bantah perkara berkenaan dalam mesyuarat Pas pusat Ahad ini.

Tindakan mereka itu menimbulkan keraguan dan mewujudkan persepsi buruk ahli seolah-olah AJK Pas Pusat mensabotaj idea Presiden tanpa beri Presiden peluang untuk menjelaskan idea beliau.

Tindakan mereka juga, tidak dibincang diperingkat Kawasan terlebih dahulu, tetapi menggunakan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen dan ini tidak selari dengan pandangan pimpinan kawasan yang bersetuju bahawa isu ini dibincang secara tertutup melalui mesyuarat Pas Pusat Ahad ini dan mesyuarat Pakatan Isnin ini.

Tanpa Nama berkata...

Perbezaan pendapat dan pandangan adalah perkara biasa dlm gerakan dan jemaah islam,Usah kita kusutkan suasana yg ada dan memberikan advantage pada pihak musuh,Kalau kita dengar jawapan TGHH di UK tempohari untuk isu UG ini perkara ini telah pun selesai.Media umno je yg kecoh,Jgn kita menjadi sebahagian media itu.Siapalah kita jika dibandingkan TGNA dan TGHH.Mereka adalah pemimpin dan guru kita.Usah menyalah sana dan menyalah sini.Jadilah kita org yang beradab memberi komentar.Wassalam.

pastiislambangkit berkata...

ASALAmualaikum........
kami rakyat kelate tak suka UMNo.....
tak payah berpadu ataupun perpaduan dengan UMNO...
puak-puak umno ni jahat....

KAMI SOKONG TOK GURU NIK AZIZ...
TAKBIR!!!!!ALLAHUAKBAR.....
salam

ubatkuat berkata...

SALAM MUSLIMIN/MUSLIMAT

JAWAPAN TERHADAP SOALAN TANPA NAMA(3 23 AM)

pada aku dua2 tak power hanya ALLAH swt aje yg maha power.....ikutlah ulama kerana tindak tanduk mereka akan ditanya nanti diakhirat sana,semua orang termasuk aku kau dia ente dan sebagainya adalah KHALIFAH dibumi ini ,,tak semestinya pemimpin masyarakat tetapi memimpin keluarga serta diri sendiri,,pada aku utk WALAA lebih terbuka dengan pemimpin eloklah berbaiah dengan ulama kerana mereka adalah warisatul anbiya,,uniknya PAS baik presid/Muusyid al am adalah golongan Ulama,,yg seorang menjadi pentadbir parti dan seorang lagi memberi nasihat/teguran kiranya ada permasalahan dalaman parti..dah elok dan molek dah pimpinan mereka berdua cuma kekeliruan pasti timbul jugak akibat agenda anasir luar bagi mempengaruhi keharmonian parti pas

WALLAH HU ALAM

TAKBIR,TAKBIR,TAKBIR

PUTRI berkata...

MELETUP pulak hari ini...Mustafa Ali kata Pas tak mahu dah bekerjasama dengan Umno pasal Kerajaan Perpaduan BUAT MASA INI. FULL STOP. Presiden Pas yg suruh ckp camtu atau tak, Wallahu Aklam. Katanya nak adakan pertemuan bila Presiden Pas balik dr luar negeri, tapi belum apa2 Mustafa Ali dah buat keputusan. Harap2 muktamad bahawa Pas tidak akan adakan Kerajaan Perpaduan dengan Umno.

ubatkuat berkata...

SALAM BUAT SEMUA

penyelesaian nya adalah TIDAK ADA KERAJAAN PERPADUAN,,HORMATILAH PENDIRIAN TOK GURU,,PASTI ADA YG TERSIRAT/TERSURAT KE ARAH MENOLAK KERAJAAN PERPADUAN INI

MOHON PETUNJUK PADA ALLAH SWT

WASSALAM

mrcharm berkata...

Assalamualaikum Sdr2 pembaca sekelian!.
Saya ni nak tanya lar sedikit pada mereka yang namanye orang Melayu ni. Agak-agak dah cukup kuat ker jika berpecah belah ni? Tak kira lar UMNO ker, Pas ker dan PKR ker, hebat sangat dah ker Parti kau orang ni. Saya melihat kerenah kau orang cukup-cukup meluat. Ingat Tanah Melayu ni boleh jadi tanah pusaka kau orang kalau tak dijaga dengan betul tau... Ingat ker kau orang semua? Yang UMNO dah nak berkawan, hulur salam persahabatan, nak kuatkan UKHWAH sebab dah nampak bila Melayu tak bersatu akan hancur kuasa Melayu dan Perlembagaan Negara diperlekeh. Pekak dan buta ker telinga serta mata kau orang semua akan realiti didepan mata nih. Cina dan India makin lantang, Cina & India yang berkawan dengan UMNO makin tiada langsung perasaan setiakawan macam Zaman Tunku, Tun Tan Siew Sin & Tun Sambanthan, kerana masa itu mereka lemah, ekonomi pun masih nyawa-nyawa ikan, maka bagai melukut ditepi gantang menyokong penuh dan Taat Setia sebab hendakkan taraf kerakyatan. Tapi sekarang mereka dan lain, mereka dah ada semuanya harta kekayaan melimpah ruah, pekan-pekan dan bandar bandar mereka yang punya, yang mereka tiada KUASA POLITIK, Ingat jika mereka ada HANCUR Tanah Melayu ni tau. Sedar ker wahai Bangsa ku Melayu ni?.
Hebat konon terpekik terlolong dalam Parlimen pun nak tunjuk belang, sedar ker untuk siapa semua ini, sapa yang akhirnya akan kedepan. Ingat lar Wahai Bangsaku Melayu, janganlar asyik berkelahi, bermasam muka, tunjuk degil ingat die saja yang alim, kita je betukl orang lain semua salah, Apa punya perangai semua ni? Ini ker yang dikatakan Umat Nabi Muhammad SAW? Sedangkan Nabi tak mahu mengaku seseorang itu umatnya selagi orang itu, tidak sayangkan kawan SeIslamnya. Jadi relakah ANDA semua tergolong didalam kelompok itu? Yang hebat-hebat Agama pun sama, sebab nak jaga PARTI nya tolak Mahabbah KeIslaman yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.
Saya nak tanya lagi betul ker kau orang boleh kuat mendapat majoriti sokongan orang Melayu ni? Jangan dok nak labun lar, baca dan amatilar serta analisa posisi peratusan penduduk Malaysia antara kaum. Kalau Kau orang dah buta dan dungu mungkin tak faham maknanye, ianya jelas dan terang, bila Melayu berpecah menjadi tiga (3) kelompok, maka makin tenat dan hancur lar. Kalau kau orang nak menafikan lagi, mari berdebat dengan saya. Saya cuba nak sedorkan sedikit kedunguan ANDA, dan jangan nak meroyan yang Melayu ni boleh terus utuh untuk memerintah Tanah Melayu hingga bila-bila. PAS & PKR tolong sedar jangan dok lena digula-gula oleh bangsa lain yang menyokong ANDA. Mereka menyokong sepertilah juga ibarat melukut ditepi gantang seperti dizaman Tunku dulu!. Ingat ker !!!.. Saya yang lahir lepas merdeka pun masih kenal erti Ketuanan Melayu, kerana dengan Ketuanan Melayu sajalah Agama Islam boleh terus kukuh di bumi bertuah ini. Akhir kata, jangan diperlekeh, dicemuh, dipandang sebelah mata dan dimakihamun konon talian hayat UMNO spt kata Dr. Lolo yang mungkin giler sikit dan baghal ( maaf kasar saya bercakap nih, sbb Malu betina Islam mengata saudara SaAhamanye)duduk lah dan berpakat lar baik-baik, dalam ISLAM cukup syumul dalam erti persaudaraan dan ukhwah nih. Kenapa disebabkan Idelogi PARTI, ia diketepikan?
Sedar.. sedar ...dan sedar lar wahai bangsaku MELAYU.... Tanah Air MU wajib dijaga dan diwariskan ke anak-cucu dengan sebaik mungkin tanpa cacat celanya. Sekian. Kepada yang terguris dan terluka saya minta maaf zahir & batin. Ikhlas dari Azhari Hj Abu, Timbalan YDP, Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak.