19 Jun 2009

APABILA MUKHRIZ BERCAKAP TENTANG HUKUM ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

NAIK terputus urat kentut saya menahan ketawa apabila menonton berita malam tadi. Terpaculnya Mukhriz Tun Mahathir di muka TV dan bercakap seperti Ketua Pemuda Pas lagaknya yang membicarakan tentang hukum `perpaduan' di dalam Islam. Saya ingatkan Mukhriz ni tahu pasal `berpadu' sahaja (seperti gambar di atas), rupa-rupanya anak Tun Mahathir ini juga boleh dianggap `ustaz' kalaupun bukan Ulamak.

Beliau memberikan `dakwah'nya untuk memperingatkan terutamanya orang-orang Pas bahawa perpaduan di dalam Islam itu WAJIB. Tidak pula beliau sebut samada perpaduan itu merangkumi semua bangsa dan agama. Masakan beliau hendak sebut begitu kerana beliau sendiri ada berkata tidak perlulah Pas hendak berbincang dengan Umno jika dibawa sekali PKR dan DAP. Mengapa takut sangat jika Pas mahu berbincang dengan Umno disertai juga oleh PKR dan DAP? Umno juga boleh menjemput sama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain parti komponen mereka untuk sama-sama berbincang. Tentu ada `udang di sebalik batu' atau `kutu di sebalik serban'.

Beliau juga menganggap perpaduan itu penting dan disuruh oleh agama, ini bermaksudyang menentang perpaduan itu menyalahi agama. Wah! hebat syarah calon Ketua Pemuda Umno yang tewas ini. Mukhriz mungkin merasakan rakyat lupa siapakah tokoh pemecah belah rakyat terutamanya orang-orang Melayu dan Islam selama ini. Umno berpecah sehingga diharamkan suatu ketika dahulu di bawah siapa Presidennya? Wujudnya perpecahan Melayu yang besar sehingga tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46 angkara siapa? Kemudian, siapakah yang menzalimi dan memfitnah tokoh politik Melayu DS Anwar Ibrahim sehinggakan beliau dipecat dari Kerajaan dan parti seterusnya mengakibatkan umat Melayu berpecah dengan lebih teruk lagi? Tahukah Mukhriz, betapa Kelantan sebuah negeri yang hampir 100 % Melayu Islam ini telah dianak tirikan ketika negeri tersebut mulai diperintah oleh Pas sehingga sekarang, dan siapakah pemimpin yang terlalu berusaha untuk merampas Kelantan? Di bawah siapakah ketika kerajaan merampas royalti minyak di Terengganu sewaktu Pas berkuasa? Bukankah Terengganu sebuah negeri Melayu yang seharusnya dibantu oleh kerajaan?

Jika Mukhriz tidak tahu atau sudah lupa siapakah tangan yang punya angkara semua itu, beliau boleh bertanya kepada ayahandanya Tun Mahathir. Mukhriz juga boleh bertanya kepada ayahandanya siapakah yang memecah-belahkan Umno sehingga terpaksa Presiden Umno ketika itu Pak Lah mengundur diri. Adakah ini diertikan dengan perpaduan pada pandangan Mukhriz? Jika inilah yang dimaksudkan dengan perpaduan, amat tepat dan bijak sekali Pas menolak untuk bersama-sama Umno bagi merealisasikan Kerajaan Perpaduan itu. Kecualilah Pas mempunyai agenda lain, Wallahu Aklam. / wfauzdin.blogspot.com.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada UMNO semua nya Wajib bila dah tersepit.

yes berkata...

Ha ha ha semuanya nak jadi ustaz sekarang, semua yang berserban besar, yang bertopi panama, yang bersongkok, yang berambut panjang dan yang tak berambut, masing masing ingin nak jadi ustaz.
Serupalah ceritanya bagaimana orang Melayu memilih menantu . Pada suatu masa dulu ibu bapa bangga jika anak mereka di pinang olih lebai, kemudian mereka bangga bila dipinang olih guru, kerani,ADO dan akhir akhir ini businessman jadi pilihan.Agaknya tak lama lagi akan sampailah giliran ustaz semula.
Ha ha ha , dunia memang berputar seperti roda.

Tanpa Nama berkata...

itulah pepatah ada mengatakan ayam berkokok ponggong penuh dengan tahi..

Hamba berkata...

Agak2nya bagi si Mungkeeriz ni, membunuh penduduk Memali tu dulu adalah usaha perpaduan UMNO yg sungguh "islamik". Kalau setakat anak kpd bekas PM yg pernah menghina Nabi dan hukum islam, baik dia ni duduk diam2 kat rumah dan kira duit2 yg keluarga dia dah songlap daripada sibuk2 nak berhujah ttg islam dan kerajaan perpaduan... Manusia jenis ni serta bapak dia tu musuh kpd islam sebenarnya. Mukhriz... dancing le sampai pagi... rakyat tak marah lee tp jgn sibuk2 nak bercakap pasal islam...

Tanpa Nama berkata...

Orang macam Mukhriz tu elok di buang ke dalam laut supaya di makan ikan jerung.
Bapa borek anak rintik. Dah la penyamun kekayaan rakyat.
A moron and a scumbags like Mukhriz must be kicked out and the whole family to be sent to Zimbabwe.

fateenrafhan berkata...

salam..maaf, boleh sy tahu, ape hubungan saudara Mukhriz dgn wanita tersebut?

denaihati berkata...

PAS tidak mahu bertuankan AnWAR....PAS ada kekuataan untuk berdiri sendiri.

ubatkuat berkata...

RENTIKANLAH KERAJAAAN PERPADUAN,,,

Ex-UMNO berkata...

Pakatan Rakyat sudah berada dalam posisi yang sangat baik. UMNO mengtahui kedudukan mereka berada dalam keadaan merbahaya.

Pakatan Rakyat harus ber hati2 dan sentiasa waspada. UMNO sentiasa membuat 'serangan' secara halus.

'Serangan halus' mereka ini telah berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Strategi UMNO seterusnya ialah 'menyerang' Pakatan Rakyat itu sendiri. Sekarang serangan sedang belaku hebat sehingga menyebabkan PAS bergoncang teruk dibuatnya.

Kemungkinan jika mereka gagal 'menyerang' PAS, mereka akan 'menyerang' PKR pula. Dalam PKR, ramai yang lemah semangat dan mudah di pujuk rayu dengan wang ringgit.

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu la nak bersama2 UMNO. Dah terlalu banyak peristiwa dan sejarah hitam yg dilakuan oleh UMNO terhadap PAS. Kekalkan PR. Kami sokong 100%.

anakjatiperak berkata...

Dancing dengan sape tu YB?artis ker?teman tak kenal sangat artis ni. teman kenal ulama sahaja.Mukhriz jawab kan saya..isteri anta ker tu?hebat!!!!

anakjatiperak berkata...

dancing dengan sape tu YB?artis ker?teman tak kenal sangat artis ni.tapi kalau ulama kenal ler.
Mukriz jawab gambar tu ye...lepas ni jangan cakap hukum Islam jika perempuan itu bukan isteri anta..Rakyat tak caye kat awak

zackeye berkata...

Alhamdullillah ada anak muda UMNO dah pandai berhujah secara Islam. Tapi dia mesti ingat berhujah berlandaskan Islam mestilah ikhlas. Kalau tak ikhlas takut jadi m... Bersama orang beriman dia kata mereka beriman tapi bila bersama orang tak beriman mereka kata kami cuma berolok-olok saja.
Kalau nak berpadu pun boleh tapi mesti ada satu tujuan yang baik dan benar. Kalau pasal nak mengatasi kegawatan ekonomi boleh bermula dengan menubuhkan satu jawatan kuasa mentadbir ekonomi dianggotai oleh semua parti yang mendokong demokrasi diMalaysia. Biar sama-sama menganalisis dan mencadangkan langkah ekonomi yang patut diambil oleh negara supaya kegawatan cepat selesai. Ikhlas mesti ada. Kalau tidak hentikan sajalah.

mat sabung berkata...

Maaf " bukan kutu disebalik serban, ttp kutu disebalik rambut yg botak " ..

Abdullah Ngah berkata...

Apa yang hendak dihairankan, kan umat Islam yang ada atas bumi Allah ini terbahagi kepada 73 puak,cuma satu puak sahaja yang diterima oleh Rasulullah SAW.

SIS bukan puak yang diterima oleh Rasulullah SAW, kerana berusaha menghapuskan poligami yang diharuskan dan sunnah Rasulullah SAW.

Sebab itu umat Islam macam Tun Mahathir boleh menari dengan perempuan bukan Isterinya. Bukan setakat menari dengan perempuan lain, malah boleh buat lebih daripada itu lagi.

Termasuk hina islam, mempersenda sendakan hukum Hakam Islam. Jadi apa hendak dihairankan dengan tindakan Mukhriz yang bercakap pasal Islam kerana islam yang dicakapkan itu ialah Islam lebralisme yang dijadikan pegangan Umno.

Kalau ulamak ada yang jahat apalah sangat dengan orang Umno macam Mukhriz Mahathir.

Anak bapak. Kata burung hantu: Bapak begitu anak pun begitu.

Tanpa Nama berkata...

NI MALAYSIA NK BERPOLITIK KA? X NAK BERPOLITIK? SEMUA NAK JOIN SEKALI.... BAIK PAKAI UNDANG2 RAJA BALIKKKKKKK....... BOSAN POLITIK MALAYSIA LAA..

Tanpa Nama berkata...

setelah berjaya merompak kerajaan pakatan rakyat di Perak dengan cara yang amat HINA, apakah patut nak bincang perpaduan dengan UMNO!!!!

Tanpa Nama berkata...

jangan fitnah, isterinya tuu....

Tanpa Nama berkata...

JAWAPAN ISU KERAJAAN PERPADUAN.

Mungkinkah TGNA telah diberi penerangan yang silap??..
(jika anda benar2 ingin memahami isu ini dgn ikhlas, ikuti siri2 link dibawah dgn penuh teliti)

Bahagian 1: http://www.youtube.com/watch?v=h7E21yBnZUE
(Apa itu Kerajaan Perpaduan?...1:43 hingga 5:31)
(Apa kewajaran?.... 6:06 hingga 9:42)
* perbincangan sebeginilah yg diharapkan oleh tghh bila lontaran idea telah dibuat....seterusnya menggarap kefahaman menyeluruh, barulah akan masuk peringkat bincang utk laksana atau tidak (slps timbang buruk baik kpd islam).

Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=mKStOkJgISA&feature=related
(peluang menguasai? 0:50 hingga 1:15 & 2:40 hingga 2:43)
(kenapa timbul selepas krisis perak? untuk 'test market'... 4:11 hingga 6:04)

Kenapa "KERAJAAN PERPADUAN?", BUKAN "KERAJAAN CAMPURAN" dengan umno?
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 2/4 : http://www.youtube.com/watch?v=KXUdW-f-ycs&feature=related
(4:07 hingga 4:53)... Idea kerajaan perpaduan dah dilontar lame dah 6:30
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 3/4 : http://www.youtube.com/watch?v=FgyCwXoRRns&feature=related
(5:40 hingga 6:25)

mesti libatkan semua parti / pihak (termasuk dap & pkr....bukan syarat baru, tghh dah sebut sblm ni)
http://www.youtube.com/watch?v=CbzAnLxp6us&feature=related

Adakah TGNA diberi maklumat salah? (wallahua'lam)
http://www.youtube.com/watch?v=7jmtQbWt8G4
(buktinya ada dlm klip tu sendiri..tgk pd minit ke 1:40 hingga 1:52 - TGNA sebenarnya setuju dgn konsep kerajaan perpaduan)

TGHH terpaksa tarik balik sbb ramai tak faham (termasuk ahli pas totok yg "kuat bertakbir tapi pas tak kuat, sbb dia hanya kuat takbir tp kerja tak jalan"-Ust Idris Ahmad)
http://www.youtube.com/watch?v=joJ5khSWNg8&feature=related

Setelah anda mengikuti klip ke-6 (pd minit ke 1:40 hingga 1:52), anda akan nampak TGNA sedang menyetujui 'apa yg ditentangnya'..
kepada sesiapa yg telah 'TERSILAP BRIEFING' kat TGNA, tolong betulkan semula situasi yg sedang berkecamuk ini DEMI ISLAM.
"yang pahit itu biasanya ubat"...

walLahu'aklam

member pencen keramat berkata...

minta YB Jerlun selalulah turun padang lihat kawasan nya di Jerlun. Orang Jerlun teramat sangat memerlukan bantuan. Jangan YB lihat ditepi jalan aje turunlah ke kampung-kampung seperti di Pida-pida kawasan DUN Air Hitam. Jangan dok siok di KL aje

masdarwahid.blogspot.com berkata...

HOSPITAL SARAWAK HANYA UNTUK SI KAYA

MASDARWAHID.BLOGSPOT.COM

Tanpa Nama berkata...

SYOK USTAZ MUKHRIZ NARI? LENGGANG LENGGOK RANCAKNYA TARI KINI AKU LEBIH PANDAI MENARI, CKP PASAL DAKWAH MEMANG AKU PANDAI DARI DULU LAGI, CUMA AKU SUKALA MENARI...PIIIIIIIIIIIIIRAH

Tanpa Nama berkata...

Apalah pak ustaz nie, Timbalan Menteri nak peluk sambil menari pun tak boleh, macamana nak maju,tak kan nak pakai serban aje, mana ada kelszzz..

Mukriz cuma nak tunjuk hebat aje, nanti tak lah malu di mata dunia,lagi pun kan negara kita akan mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Nanti bila negara dah mencapai negara maju, anak cucu kita pulak akan tunjukkan kehebatanya menari berpeluk sambil berbogel. baru lah sesuai dengan status negara maju, bak kata pepatah, duduk sama tinggi...menari sama bogel, tak gitu orang - orang umNO...?

Tanpa Nama berkata...

Apalah pak ustaz nie, orang umNO nak berpeluk sambil menari pun tak boleh, macamana nak maju..

Tanpa Nama berkata...

Pepatah Mat Salleh kata "like father,like son". Penyakit ini dah turun pada anak dia. Dulu Ayah dia komen tentang TGNA sampai berbakul-bakul.Hang
Mukriz jangan dok cakap tentang Ugama Islam lah.
Aku tengok hang ni , banyak cakap. Hang elok dok
diam sudahlah.Inilah masaalah dalam UMNO. Lepas ayah berhenti,depa lantik anak untuk ambil alih.
Bagi peluang oranglah pulak. Ayah mungkin bagus,tapi anak belum tentu lagi.