19 Jun 2009

Zaki Setiausaha PAS Kelantan yang baru.

KOTA BAHARU, 18 Jun :- Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesemua jawatan utama di Perhubungan PAS Kelantan kekal kecuali setiausaha dilantik muka baru iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menggantikan Dato' Takiyuddin Hassan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya III, Dato' Mohd Amar Abdullah.

Bendahari, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah. Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Haji Abdul Fatah Harun.

"Hari ini mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan," katanya.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan ketika dihubungi merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Pesuruhjaya melantiknya sebagai setiausaha baru PAS Kelantan.

5 ulasan:

miyagi berkata...

Assalamualaikum YB. Nampaknya YB salah tulih nama idola saya tu. Minta tlg dibetulkan ye. Terima kasih.

zizi3131 berkata...

Salam YB betul kan nama TGNA ,,nama nya yang betul NIK Aziz Nik Mat bukan NIk Azizi Nik Mat.

Tahniah YB Kelaboran , jalankan amanah yang Tok Guru beri.

http://tumpatdaily.blogspot.com

ubatkuat berkata...

SALAM BUAT MUSLIMIN/MUSLIMAT

SAYA BERDOA SEMOGA ALLAH MEMIMPIN SAF PIMPINAN PAS KELANTAN UTK MEMACU KELANTAN KE ARAH DAULAH ISLAMIAH YG SYUMUL DAN MAKMUR

ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR

WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

Perkembangan kurang sihat dalam organisasi. Saya amat mengharapkan PAS Kelantan memikirkan kembali keputusan pilihanraya 2004, apabila satu pihak mula mendominasi.

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH KERANA DATO' TAKIUDDIN MEMBUAT ULASAN TERTENTU SEBELUM MUKTAMAR LEPAS?