18 Jun 2009

Ustaz Halim tegaskan tidak pernah bincang kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR, 17 Jun : - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Untuk makluman, Ustaz Halim berbahas hari ini dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2009.Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam.

Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan.

Kenyataan Ustaz Halim kemudian disambut oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) yang menyifatkan kenyataan Najib adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Kit Siang seterusnya menyatakan, kenyataan Najib itu sebenarnya tidak terkesan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya umpan sahaja.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, dilaporkan menyambut baik kesediaan Najib mengadakan perbincangan mengenai isu kerajaan perpaduan.

Katanya, merupakan reaksi serius pertama dari perdana menteri terhadap cadangan kerajaan perpaduan itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat bercakap bagi pihak PAS tetapi perlu membawa perkara itu kepada presiden dan pihak parti.

Namun begitu, katanya, PAS terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak.

Terdahulu, Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 di ibu negara semalam.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.

Harakahdaily.

13 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Offtopic:

Selamat datang ke Melaka.

Tanpa Nama berkata...

xde sebarang bentuk perbincangan maupun kerjasama dengan umno.itu semua mengarut.umno lebih najis dr najis mughallazoh

Tanpa Nama berkata...

walau apapun yg terjadi sya tetap menyokong parti pas ....TAKBIRRRR.

Maria Firdaus berkata...

Assalamualaikum,

Sy rasa PAS perlu ambil tindakan segera berhubung kes ini... Pimpinan tertinggi perlu memutuskan segera isu ni. Pihak media sekarang menyerang PAS habis habisan kali ni.. Kena cepat bertindak supaya rakyat tidak keliru.

Wassalam

hairan berkata...

kita tengok la apa akan jadi...

pendapat aku, pas tak akan sampai bila2 belajar dari sejarah dan pengalaman mereka dan sebab itu pas akan terus berada di takuk yg lama

dan kita tengok lah nanti, umno yang sakit tenat tapi KEMUNGKINAN PAS YG AKAN MATI DAHULU...

wait n c

Tanpa Nama berkata...

saya minta nasha keluar dari pas........boneka umnoooooooo

Ex-UMNO berkata...

Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.

Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.

Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

salam Yb
sy merupakan anak jati Perak dan sedang menuntut tahun akhir di UiTM Shah Alam.sy adalah pengundi di dun kamunting dan parlimen taiping.disini saya ingin memberikan sedikit pendapat saya mengenai UG ni.saya berasa gembira dan bersyukur setelah membaca kenyataan TGNA yang berkata NASA boleh keluar dan masuk UMNO.mmg itu yang saya tunggu selama ni.saya dan bosan dengan UG ni.NASA ni dah kemaruk sangat ker nak masuk UMNo.lompat parti sudah mcm 2 ekor katak 2.parlimen bachok retain lagi.lepas 2 x aman la hidup dia sampai mati.mmg saya marah dan bengang sangat.apa nak jadi dengan korang ni.mereka yang gila nak berpeluk dengan UMNO ni dah x ingat ker ap yang UMNO dan buat kat negeri kita YB.penat2 kita menangkan PR dan tubuh kerajaan di Perak senang2 jer korang rompak lantik mamak 2 jadi MB.aper pun yang jadi bg saya MB perak tetap dato seri Nizar.lepas 2 plak ader la 3 4 kerat dalam Pas yang nak UG ngan UMNO.korang dah lupa ker apa yang UMNO dah buat kat PAS di kelantan,terengganu dan terbaru perak.bagi saya NASA,MUSTAFA ALI,HADI AWANG,HASSAN ALI semua ni mmg x boleh pakai.Sampah jer.x der perjuangan yang ikhlas dan tulen.x malu ke kat bangsa lain.cina dan india dah sokong kita tapi kita sendiri yang cari pasal.wlaupun saya bukan ahli PAS tapi saya tetap undi PAS dan PR.maser muktamar hari 2 sy harap sangat Dato Husam menang.tapi NASA yang menang.ni ler jadinyer.bagi saya HADI,NASA,MUSTAPA dah patut digugurkan jer dari majlis tertinggi PAS.x guna simpan lama2.nanti takut jadi racun.kalo boleh saya mahu dato TG Nik Aziz jadi presiden,dato Husam timbalan presiden dan abang mat sabu jadi setiausaha agung.yang 3 naib presiden sekarang iaitu mahfuz,dato tuan ibrahim dah salahuddin dah baik dan sempoi dah....dato nizar plak saya mahukan sepenuh perhatian dia di Perak ni dan jadi MB kepada semua rakyat perak.so dia x pegang jawatan tertinggi di PAS pusat.ini ialah dream team saya YB.kalau boleh la....wassalam

Ex-UMNO berkata...

Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.

Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.

Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.

Unknown berkata...

Sebagai emimpin sepatutnya depa faham akan kehendak mejoriti ahli. Bukannya dok melayan isu yg akan menjadi racun dalam PR dan PAS itu sendiri. Tak yah dok bincang2 lagi...kalau ras perlu pi masuk umno saja. tutup kes. dan dari dalam sana boleh nampak sendiri umno mau Islam atau sebaliknya.

serupasekala berkata...

MUKA BARU DALAM PAS KHAS NYA PEMEGANG JAWATAN PENTING PERGI LA JUMPA TG NIK AZIZ BAWA BERBINCANG.

ORANG BARU TAK SETARA MANA PUN KHIDMAT PADA PARTI BERBANDING TG NIK AZIZ.

TAK USAH MENCELA TG NIK AZIZ DI BELAKANG. JUMPA DEPAN BUAT RUMUSAN HALA TUJU PAS SEKARANG.

JANGAN PANDAI MENGKRITIK DAN MENGADAKAN SIDANG AKHBAR SAHAJA.

PIKIR LE AHLI AHLI PAS YANG LAIN.

KALU PUAK DEMO NAK TENGOK PAS NI BERSATU KEMBALI.

azlishukri berkata...

kembali kepada al-Quran, bukankah mudah. jika Allah suruh kita bersatu, maka bersatulah.

Tanpa Nama berkata...

TGNA ORG BERPENGALAMAN DAN NO 1 DALAM PAS,
NASA BARU SETAHUN JAGUNG JGN LAH JADI ANAK TANGGANG YANG LUPA IBU PULAK. JANGAN LAH EGO BILA DAH TERPILIH KURANG SEPARUH DARIPADA PERWAKILAN SEBAGAI TIMB.PRESIDEN.

59% PERWAKILAN TOLAK NASA.

HORMAT LAH PADA TGNA. WALAK LAH PADA PEMIMPIN