18 Jun 2009

Umno perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 17 Jun : - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu kata beliau isu tersebut tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan PAS kerana ia merupakan satu padangan peribadi pemimpin tertentu sahaja.

"Kerana itulah pemimpin Pakatan Rakyat pun tidak tahu, begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Jadi bagaimana nak hubungkaitkan dengan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Bawalah dulu benda itu dalam mesyuarat parti, kemudian dalam Pakatan, kalau PAS dan Pakatan Rakyat bersetuju lainlah masalahnya.

"Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, kalau semua pihak setuju, maka setiap wakil sama ada dari PAS, KeADILan dan DAP mungkin ada yang bakal menjadi menteri.

Kata beliau sekiranya perkara itu boleh berlaku barulah benar-benar dikatakan sebagai kerajaan perpaduan.

"Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

"Begitu juga PAS dengan Pakatan Rakyat juga nampak bercelaru. Ini bererti mereka menganggap telah berjaya memecah belahkan PAS.

"Tetapi Alhamdulillah dapat dibendungkan dengan kenyataan saya sebelum ini," tambahnya.

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilaporkan percaya PAS ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetus presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Harakhadaily.

17 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

"Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini."

kenyataan ini salah satu taktik "Pisau Tersarung dalam Senyuman"

Tanpa Nama berkata...

saya sedih & kecewa terhadap aper yang terjadi sekarang di peringkat pimpinan parti..

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua.
Betul kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz itu Kertas Cadangan perlu dibawa terlebih dahulu ke dalam mesyuarat kepimpinan Pas, apabila mendapat bersetujuan, maka berundinglah pula dengan PKR dan DAP, kalau semua setuju majukan pula ke meja perundingan dengan BN. Setelah semuanya mendapat kata sepakat teruskan sahaja cadangan tersebut, kalau keputusan sebaliknya pula tutuplah buku tersebut dan buka buku baru dengan semangat baru bersama pakatan.

Tidak mungkin gagasan begitu besar tidak dibawa berunding, cara begini kurang berkatnya.

Kalau sebelum diwar-warkan telah diketahui oleh semua pimpinan teratas tentulah tidak berlaku salah faham, Wawasan yang besar begini tidak seharusnya dibuat keputusan oleh beberapa orang sahaja, ianya perlu ada percambahan fikiran dan minda terlebih dahulu.

Itulah pada hemat saya secara ringkas.
Wallahu aklam.

dfario berkata...

Biasale... selagi belum abis pilihanraya... selagi itu isu ini akan diperbesar-besarkan.

Mcm kes dulu2 jugak... masa permatang pauh dulu, isu Saiful... masa di Penanti, isu Kak Min... masa di Bkt. Gantang, isu politik masjid... Selesai pilihanraya, isu pun sengap aje...

Isu kerajaan perpaduan ini pun, lepas selesai prk Manek urai ni, selesai le... Ahli2 Pas diharap tidak terpedaya dgn perangkap ini...

Tanpa Nama berkata...

walaupun kami orang muda dan rock juga...jauh disudut hati...kami tetap berpegang pada golongan ulamak..pandangan dan tindakan mereka adalah berdasarkan ilmu agama yang sudah sebati.Kami sokong Tuan Guru Nik Aziz.

zackeye berkata...

Inilah yang dikatakan perangkap tidak pernah lupakan kancil, cuma kancil saja yang selalu lupakan perangkap. Dah lama dah PAS mengelak perangkap UMNO. UMNO pula sentiasa memerangkap PAS. Baru dapat pujian dari Najib terus nak tunjuk kuasa percaya "keikhlasan" UMNO nak berpadu dengan PAS. Kuasa yang diberi oleh anggota perwakilan dimuktamar bukan untuk menonjolkan agenda peribadi tetapi untuk memimpin seluruh parti dan lebih lagi untuk menaikkan martabat perjuangan Islam.
Ini bila Mustafa Ali pun dedah sendiri yang Pak Lah pernah panggil PAS untuk mengelakkan PR menubuhkan kerajaan diSelangor dan Perak sebaik saja keputusan PRU12 diketahui, dan pemimpin PAS pula menyambut jemputan itu dengan gula-gula jawatan MB dihidangkan kepada PAS. Nasib baik PAS menolak. Kalau tidak mungkin bukan hanya akhlak pemimpin PAS yang tercemar malah mungkin rakyat akan menganggap akhlak pemimpin Islam juga mudah tercabar bila ada jawatan besar ditawarkan.
Teguran TGNA patut dihayati kerana kita tak mahu perpecahan berlaku dimasa kita sudah hampir mencapai kemengangan. Cuma kalau pemimpin kita sanggup bersabar sedikit masa lagi insya Allah tentu kita akan dapat apa yang kita perjuangkan dan berhajat selama ini.

Tanpa Nama berkata...

inilah akibatnya kalu terlalu nak tunjuk hebatnya diri,tapi tak kemana pun,bila orang bagi mandat jadi timb presiden sepengal lagi,buatlah kerja mengukuh dan memantapkan parti,bukan pecahbelah,dah tak sabo ke nak jadi menteri pelajaran?bolih mimpi je le Nasha oii..ayuh bagun dari mimpi..istigfar dan p minta maaf dgn Tok Guru,jelaskan sebenar2nya dan buat kerja elok2...ingat senang ke nak keluar parti..baiah dulu camna..

Tanpa Nama berkata...

sabarlah

Abang Long berkata...

Saya nasihatkan uztaz nasha ini, oeloklah banyak belajar ilmu tasauf di pondok bukan di universiti, faham sahaja universiti ini samaada di malaysia dan dimana sahaja sekular sikit. Jangan cintahkan dunia termasuklah pangkat, anak-anak, harta dan lain-lain , Ustaz-ustaz ini pun tak faham apa makna tawaduk. Sebab itu pergi cari guru yg murshid kite cdgkan dalam pas pun ada contohnya Nik Aziz, Bawa kitab pergi belajar dengan nik aziz
betulkan hati dulu baru boleh jd pemimpin. maklumlah kalau timbalan president tak betul ahli akan jadi lagi tak betul. Doakanlah semuga ustaz-ustaz yg terasa diri ini ulamak tuhan bagi hidayah. Tuhan bukan tengok berapa banyak ilmuterutama yg suka berceramah tp dia tengok amalan dengan ilmu yg Allag bg ini. Ustaz ini macam tukang rumah , rumah org yg dia buat cantik rumah dia tak cantik , fikir-fikirlah ustaz-ustaz yg terasa diri ini ulamak. Kami benci jika pas bersama UMNO tujuan kami menjadi ahli pas adalah benci kemungkaran dan maksiat kami inginkan kerajaan yang mendapat keredaan Allah dan rahmat serta hidayahnya, Doa kami semuga Allah bg kekuatan dan tenaga pada Tuan Guru Nik Aziz kekuatan untuk meluruskan Parti Pas dan menasihati ulamak-ulamak yg mengaku dr ini ulamak sekian

Abang Long berkata...

Saya nasihatkan uztaz nasha ini, oeloklah banyak belajar ilmu tasauf di pondok bukan di universiti, faham sahaja universiti ini samaada di malaysia dan dimana sahaja sekular sikit. Jangan cintakan dunia termasuklah pangkat, anak-anak, harta dan lain-lain , Ustaz-ustaz ini pun tak faham apa makna tawaduk. Sebab itu pergi cari guru yg murshid kite cdgkan dalam pas pun ada contohnya Nik Aziz, Bawa kitab pergi belajar dengan nik aziz
betulkan hati dulu baru boleh jd pemimpin. maklumlah kalau timbalan president tak betul ahli akan jadi lagi tak betul. Doakanlah semuga ustaz-ustaz yg terasa diri ini ulamak tuhan bagi hidayah. Tuhan bukan tengok berapa banyak ilmu terutama yg suka berceramah tp dia tengok amalan dengan ilmu yg Allah bg ini. Ustaz ini macam tukang rumah , rumah org yg dia buat cantik rumah dia tak cantik , fikir-fikirlah ustaz-ustaz yg terasa diri ini ulamak. Kami benci jika pas bersama UMNO tujuan kami menjadi ahli pas adalah benci kemungkaran dan maksiat kami inginkan kerajaan yang mendapat keredaan Allah dan rahmat serta hidayahnya, Doa kami semuga Allah bg kekuatan dan tenaga pada Tuan Guru Nik Aziz kekuatan untuk meluruskan Parti Pas dan menasihati ulamak-ulamak yg mengaku dr ini ulamak sekian

Tanpa Nama berkata...

Nasihat untuk Idham Lim. Berdosa sediakan ruang untuk orang islam kata mengata.Berjuta yang membaca berjutalah.....tidak tergamak saya menyebutnya.Jangan fikir ini satu Jihad.Kerana orang yang 'dianggap' musuh juga orang islam yang ada pendapat politik masing-masing.Mereka juga menyembah Allah S.W.T. Saudara masih baru dalam penentangan kafir.Tidak perlu saya riak berapa yang telah mati ditangan saya memperjuangkan tanah air: Hamba Allah

Pesanan berkata...

Cubalah fikir sikit kenapa Umno cukup sokong usul kerajaan perpaduan ini. Para pemimpin tertinggi, Pemuda Umno dan kini Wanita Umno pula membuat kenyataan mengalu-alukan kerajaan perpaduan, malah ada forumnya yang cukup mencaci Pas sehina-hinanya sekarang membela Nasharuddin!

Tentulah Umno kata niatnya murni kerana ingin melihat orang Melayu bersatu tapi tidakkah Pas serik dengan sikap Umno yang berselindung di sebalik slogan indah tapi di belakangnya memegang pisau dan menunggu masa untuk menikam Pas? Bukannya orang-orang Pas tak tahu pemimpin-pemimpin Umno yang sama ini jugalah yang memaki hamun dan mengutuk tanpa segan silu lagi pimpinan Pas tidak kira masa dan tempat?

Congaknya mudah saja. Kalau Umno yang terang-terangan hendak menjahanamkan Pas dan menentang segala usaha Pas tiba-tiba menyokong sesuatu tindakan dari Pas dengan begitu beriya, sudah tentulah tindakan Pas itu membawa keuntungan besar kepada Umno. Takkan itupun kena diberitahu?

Tanpa Nama berkata...

LOVE TOK GURU
pemuda pas kg.peria dalam dun manek urai

Tanpa Nama berkata...

Jangan dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang yang sama dua kali .Ular itu pernah mematuk kita dahulu...Jika benar ada kawan kita yang mahu memegang gigi ular itu tolong tepis tangannya dan kuis ular itu jauh-jauh.

ubatkuat berkata...

MAAF BUKAN NAK BERSENGKETA,,TAPI PADA SAYA ULASAN TANPA NAMA YG MENDAKWA SAUDARA IDHAM LIM MENYEDIAKAN TEMPAT UTK SESAMA KITA MENFITNAH DAN MEMBURUKKAN SATU SAMA LAIN YG SAMA UGAMA ADALAH TIDAK TEPAT DAN BERBAU HASUTAN,,WALAU APA CARA SEKALIPUN WAHAI TANPA NAMA KALAU DAH PANDAI BERINTENET MAKA ANDA JUGA BOLEH BAGI ULASAN YG SAMA TERHADAP BLOG2 LAIN YG JAUH LEBIH BUSUK DAN MEMBUSUKKAN TERHADAP NAMA MELAYU/ISLAM DIRUANGAN MEREKA,,MULIAKAH MEREKA DENGAN MEREKA CIPTA PEMIMPIN PAS DI PERAK YG JADI MB PERAK YG SAH DULU ADALAH TUNGGANGAN DAP SERTA TALIBARUT KOMUNIS DAN DISAMA ERTIKAN DENGAN BINTATANG KHINZIR???MOLEK KE PADA PANDANGAN ANDA DENGAN HUJAH DEMIKIAN ..MEREKA JUGA MENGAGUNGKAN PEMIKIRAN BERBAU PERKAUMAN YG JAUH LEBIH ROSAK AKHLAKNYA DENGAN RUANGAN SAUDARA IDHAM LIM INI,,SATU KENYATAAN DAN PERSOALAN YG PERLU ANDA JAWAB DENGAN JUJUR DAN SAYA SEDIA MENANTI DI RUANGAN INI,,MAHUKAH SAUDARA MENDENGAR KOMEN SAYA DENGAN MENGATAKAN BAHAWA SAUDARA NI PUN PEJUANG PERKAUMAN JUGA??APA TUJUAN ANDA BERKATA YG BUKAN SEDIKIT TELAH ANDA KORBANKAN NYAWA MEREKA??KALAU ANDA BERTANGGUNG JAWAB DENGAN KENYATAAN ANDA SILA JAWAB KENYATAAN SAYA

EditorKiri berkata...

Presiden di luar negera, rasanya baik tunggu presiden balik dan terangkan..

Dalam majalah i bulan Jun ada menceritakan sedikit sebanyak tentang kerajaan perpaduan..

Kerajaan perpaduan tak sama dgn kerajaan perikatan

TGHH tak ckp nak bawa PAS masuk UMNO, tapi para penentang beliau sering mengatakan TGHH nak bawa PAS masuk UMNO. Yg terbaik dgr dulu penjelasan presiden. Hentikan media statement utk elak kekeliruan..

ubatkuat berkata...

MASIH MENUNGGU JAWAPAN TANPA NAMA