Email Oleh : Naninu Sakun
Adakah guru yang tiada berjawatan ataupun senang dipanggil guru biasa akan selamat ketika menjalankan tugas? Fenomena inilah yang selalu bermain di jiwa seorang guru. Rutin guru yang sudah berkeluarga, pagi bangun seawal jam 5 pagi menguruskan diri dan keluarga serta tanggungjawab sebagai seorang Islam melakukan solat subuh. Sesudah itu bersiap menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke sekolah untuk bertugas.Di sekolah mulalah sibuk mengajar hingga jam 2 petang termasuk kelas tambahan. Kadang-kadang berlanjutan ke jam 3 petang kerana mesyuarat.
Anak-anak guru di sekolah? Adakah guru biasa selamat? Itu baru sikit pengorbanan seorang guru biasa yang terpaksa berkorban demi untuk mendidik anak-anak Malaysia menjadi orang berguna. Persoalannya jika berlanjutan ke 5 petang kerja di sekolah, anak-anak guru macamana? Rasanya guru terpaksa berkorban walau anak-anak dia belum tentu selamat. Perkara ini bukan jadi omongan kosong tapi saya membawanya untuk kita memikirkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru biasa.
Sekarang hari cuti seperti Sabtu, jiwa seorang guru jadi terganggu. Kenapa? Ladap yang terpaksa di hadapi selama 7 hari. Mungkin yang bukan guru berkata 7 hari dalam setahun bukannya susah, tapi bila tolak campur dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang mula melampau seperti motivasilah, khemah ibadat, rakan muda, program rakan sebaya, rombongan sekolah, hari anugerahlah dan bermacam-macam lagi. Adakah guru biasa selamat? Justeru tidak hairanlah mengikut kajian yang dibuat baru-baru ini banyak guru yang menjadi gila atau mengalami simpton kemurungan. Yang hairannya kerani-kerani sekolah, pembantu tadbir kerja hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad bolehlah dengan keluarga mereka tapi guru? Dahlah bebanan buku stok juga dibebankan kepada guru. Adakah guru biasa selamat?
Ibu Bapa pelajar senantiasa perhati sahaja tindakan guru-guru. Jumpa sahaja kesalahan walaupun sikit melenting hingga ke pejabat pelajaran. Pegawai-pegawai ppd pun turunlah menyiasat dan kadang-kadang menghukum tanpa usul periksa. Pernah 1 kes yang saya jumpa, seorang guru tidak mahu bawa pelajar-pelajar ke majlis sukan sekolah lain kerana ibu bapa pelajar masih tidak beri surat keizinan. Guru Besar melenting sebab guru tersebut engkar. Bila diteliti memang patut guru tersebut tidak berbuat demikian kerana kalau terjadi sesuatu yang buruk, pasti Guru Besar akan lepas tangan punya. PPD apatah lagi.Tahu apa jadi pada guru tersebut? Beliau dipindahkan jauh ke pedalaman atas alasan guru besar kepada ppd bahawa guru tersebut tidak memberi kerjasama dan engkar perintah. Yang PPD pun tak menyiasat terus jalankan hukuman. Adakah guru biasa selamat? Tapi kalau guru besar yang kena tangkap khalwat, apa PPD buat, TUTUP KES..........Bukan cerita tipu 1 Taiping dah tahu..........
Kisah seterusnya berlaku pada isteri saya pula. Cuba 1 Malaysia bayangkan, seorang pengetua buat mesyuarat di bulan puasa bermula jam 2.30 petang habis jam 6 petang. Patutkah perkara ini? Pengetua memanglah ada kuasa, tapi dia tidak sedarkah tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Alasannya keluarga nombor 2. Memanglah boleh dia kata begitu sebab kahwinpun tidak umur dah 50 lebih. Adakah guru biasa selamat? Itu tragedi pertama yang berlaku kepada isteri saya, tragedi yang kedua lagi teruk. Isteri saya sudah banyak kali keguguran. Memang susah untuk lekat sebab menurut doktor rahim kurang kuat. Berusahalah saya dan isteri mendapat rawatan di hospital swasta. Alhamdulillah isteri saya mengandung, dan saya menjaga isteri saya sebaik mungkin takut keguguran lagi dan bila kandungan mencecah 4 bulan ada 1 peristiwa sedih berlaku lagi. Sepatutnya isteri saya mendapat rawatan di hospital kerajaan sebelah petang kerana pagi sekolah, namun pada hari berkenaan ada mesyuarat dibuat oleh pengetua tersebut lagi. Isteri saya telah berjumpa dengan pengetua tersebut memohon keizinan untuk pelepasan. Tahu apa pengetua tersebut kata, cikgu wajib hadir ke mesyuarat. Takpe nanti saya suruh cikgu lain hantar cikgu ke klinik tersebut mendapat rawatan disebelah pagi dan balik nanti cikgu naiklah bas ataupun teksi. Menangis isteri saya diklinik waktu menghubungi saya bila ditinggalkan di klinik tersebut. Apakah perasaan anda wahai pembaca 1 Malaysia? Adakah guru biasa selamat? ..............Dengarnya pengetua tersebut dah mengajar di daerah Kuala Kangsar pula......... Wahai pembaca, setiap apa yang saya paparkan di atas bukannya hendak menakutkan orang dari menjadi guru. Apa yang saya luahkan ini untuk mengingatkan pentadbir-pentadbir agar lebih berperasaan. Semoga guru biasa tidak terus terkorban...............
ANAK KOMANDO REJIMEN 1

31 ulasan:
PENTADBIR2 YG MCM TU BILA DH PENCEN AKN MENEMPEKKAN DIRI DI MASJID2,SURAU2..TUNJUK WARAK...YG MINAT POLITIK MASUK PAS,PKR..MASUK UMNO?OOHH..UMNO TU JAHAT,SUKA RASUAH KATA DEPA.ORG MASJID DAN SURAU PUJI TAK HINGGA PUAK2 TU KONON BERUNTUNG...DULU PEGANG JWTN TINGGI, BILA PENCEN RAJIN KE MASJID DAN SURAU...PERANGAI DAJAI DEPA MS DULU DAH LOCK DLM STORE...LBH KURANG MCM TUN PAK LAH LA..LA NI BR KALUT KATA ISA X BAGUS..DULU MS JD PM?OPPSSS...ADA ORG MARAH KITA MAKI DEPA CZ KONON DEPA DH BERTOBAT...AKU NK TNYA CKIT,SALAH YG BERKAITAN DGN ORG BOLEH KA BERTOBAT MCM TU SJ TNPA JMPA ORG YG DIPERDAJAI DULU UNTUK MINTA MAHAP?CUBA TNYA ALMUFTI ALPERAKI ALHARTAWANI ALPENAKUTI ALPENGAMPUI....
PUAK2 NI SNGGUP BUAT APA SJ DEMI PANGKAT CIK NANINU OOIII...AKU PLAK X KN MAHAPKAN DEPA SLAGI X MAI JMPA MINTA HAHAP..DI AKHIRAT AKU AKN TUNTUT PUAK2 TU....HANGPA JAGA WAHAI PUAK2 YG BERHATI ALBUSUKI...
MEMANG TERKORBAN CIKGU2 KALAU JUMPA PENGETUA JENIS XDE PERASAAN MCMTU. ORG BLN PUASALA SIBUK NAK SIAP BERBUKALA DLL DIA DOK SIBUK MESYUARATJE. XPE..KAT AKHIRAT PENGETUATU TAULAH BILA DISOAL
aku xkan lupa jasa2 guru aku. letih dia ngajar aku. aku xkisah kena sebat sebab guru nak ajar aku jadi pandai bukan bahalol. kalau guru2 aku xbuat mcmtu aku xkan dpt keje elok macam sekarang. terima kasih guru2 1 dunia
moga2 terhindar dari mendapat pentadbir yang tidak berperikemanusiaan...
apela xde perasaan punya pengetua. ape cite gurubesartu wahai penulis? sayapun ada dengar. kecoh 1 kamunting tapi melaratdah ke taiping..jpn buka mataweiiiiiiiiiiiiiiiii
saya sebagai guru memang merasakan perkara sebegini memang berlaku. tidak pernah tiba dirumah seawal 2pm. hari sabtu tak pernah cuti banyak sgt program. tambah malang warden asrama. cuti bole dikira. org lain yang tahu kerja guru senang!
waa..bleh tahan artikel ni..
mber mpbl
artikel bagusss. Cikgu mesti setuju.
apa nak kata dah jadi guru. org kata jadi cikgu senang. cuti banyak tapi semua tak sedar bebanan banyak. kerja tak patut buat cikgu kena buat. itulah cikgu
saya setuju 100% apa yang disuarakan itu. Rata-rata semua guru rasa tertekan bila tibanya hujung minggu tapi ada program sekolah. seolah2 cikgu ni cuti 1 hari je dalam seminggu. Itupun kalau dapat cuti dan takdak program. Kalaua ada program sampai hari ahad camner? Ada juga pengetua mengatakan "kita perlukan berkorban untuk anak-anak pelajar kita"....sampai bila perlu berkorban? smpai takde cuti ?
Saya bersetuju dengan artikel ini. Saya bersetuju kerana saya juga cikgu,Memang dah lama terdetik di hati nak curahkan perasaan.Tapi fikir-fikirkan balik guru biasa tanpa pangkat atau guru kucing kurap macam kita sapa nak pandang.Hari sabtu selalu bergaduh dengan anak bini, sebab dah rancang nak buat program keluarga.Alih-alih tu terpaksa ke sekolah. Lebih baiklah kerajaan 1 Malaysia arahkan cikgu kucing kurap bertugas 7 hari seminggu.Tak payah kita balik rumah, kita pasang khemah kat sekolah.Bawa tikar bantal tidur kat sekolah.Namun bila kita tulis macam ni, orang kata cikgu mengada-ngada.Tapi yang dituntut bukan keistimewaan tapi hak.Kalau Sabtu dah cuti, kita cuti ajalah. Apasal PPD atau sekolah gatai nak buat program.Bila kita bersuara, timbul isu kita melawan.Jawabnya yang paling mudah diam ajalah.
saya mohon pembaca yang membaca artikel ini, harap dapat emel atau sampaikan kepada nutp kebangsaan untuk perhatian kesatuan.
nutp@tm.net.my
Pentadbir sekolah memang teruk. Takder budi bicara. Utamakan diri sendiri dengan kroni. Dah la rasuah keliling pinggang. Suruh cikgu guna duit sendiri untuk hias kelas, 3K sekolah, buang masa cikgu buat kerja buruh, gunakan cikgu untuk pergi ramaikan perjumpaan UMNO. ni baru sikit... aku akan tuntut kat akhirat apa saja dia orang buat kat aku nanti, nak tengok UMNO nak lindungi dia orang tak masa hari akhirat nanti!!!
adat menjadi guru menjadi lilin membakar diri sendiri.Tapi itulah jasa guru jarang dikenang bila murid berjaya.yang dipuji ibu bapa je.memang jadi guru boleh jadi gila dulu aku tak percaya tapi bila dah jadi guru memang betul kata-kata itu
semuanya bermula dari seorang guru biasa..
Akan tetapi....guru biasa sentiasa akan dipersalahkan oleh pentadbir, jabatan, kementerian dan lebih-lebih lagi ibubapa. Mata bulat nampak saja kesalahan guru tetapi kesalahan mereka dalam mendidik anak-anak tak nampak. Alangkah malunya yg menerima bantuan KWAMP baru-baru ini terdiri drpd ibubapa yg masih sihat walafiat ttp malas bekerja dgn alasan susah nak dpt kerja (kalau tak cari, susahla, sakit (walaupun nampak sihat) dan mcm2 lagi alasan mrk. Ada juga ibubapa yg terang2 berani mengajar guru2 biasa ni cara nak mengajar anak2 mrk di dlm kelas (tunjuk pandai katakan). Bantuan yg sekolah berikan spr Skim Bantuan Tusyen (SBT) tidak diambil berat oleh ibubapa. Anak-anak ponteng kelas SBT dgn alasan malas nak belajar padahal awal tahun sblm ni merayu bagai nak rak bantuan SBT ni. Memang diakui guru bknlah manusia yg sempurna ttp mrk dilatih utk menjadi sempurna krn di sekolah gurulah cikgu, doktor,polis, pegawai kebajikan, jurulatih, kerani dsbnya. Memang diakui juga ada guru yg tak amanah, tak bertanggungjawab dsbnya ttp bagaimana pula guru2 yg berdedikasi terhadap tugas2 mrk. Guru2 biasa akan terus berkorban sehinggalah mrk bersare...
Saya nak bagi tau kat hangpa. Guru-guru kat daerah Baling Sik lagi teruk.Adakah patut, kalau nak buat program sekolah mesti kena buat hari Sabtu. Hari lain haram . Tapi kalau program peringkat daerah yang kena libatkan orang PPD mesti buat hari sekolah (Ahad - Khamis) sebab pegawai PPD bercuti hari Sabtu.Kalau kat sekolah guru besar atau pengetua kata, guru kenalah berkorban. Tapi pasai pa PPD tak nak berkorban.Cakap tak serupa bikin, asyik dok pegang hak dalam kain.Kami ni bekerja macam nak mapoh.Sape binipun kata, abang gi sekolah hari sabtu ni beto ke?Bila kita heret dia gi sekolah, baru dia tuu yang kita tak bahong dia.Binipun bekata " begena pulong tegha tu lasong,mengaja tu mengaja jugak, tapi tak kan anak bini tak ambil tuu lasong.Hee keja penama" katanya dengan wajah yang masam.
IKLAN [ BACA JANGAN TAK BACA]
Kerja yang paling seronok sekali ialah guru, sebab:
1. Gaji mahal, sama taraf CEO Bank kat Malaysia
2. Cepat naik pangkat, tahun lepas ngajar tingkatan 1, tahun ni ngajar tingkatan 5.
3. Banyak elaun, elaun bawa budak pi kokurikulum,elaun cat bilik darjah, elaun angkut kerusi meja buruk, elaun pi hantar budak sakit..tak larat nak sebut..banyak sangat elaun.
4.Cuti banyak, bulan 11,bulan 12, bulan 13 baru mula kerja.
5.Selalu kursus, kerja lain kurang kursus. Sat pi Langkawi, sabah, sarawak. Tidur hotel 6 bintang.
6.Boleh pakai tie. Posmen mana boleh pakai tie.Yang kesian, polis langsung tak pakai tie.Kami boleh pakai tie.
7.Dah tak ada idea...esok saya sambung.
Itu lah kerja guru,sekali bergelar guru selamanya guru.Cerita tersebut memang biasa berlaku di mana2 sekolah 1Malaysia.Pentadbir tak kahwin kebanyakannya macam tu,kalu boleh Kementerian elakkan pilih calon pentadbir yang tak kahwin.Kadang2 kesian jugak kat GB/Pengetua kalu tak buat macam2 program, ladap 7 kali setahun dll JPN marah mintak surat tunjuk sebab, kerana arahan kementerian.Buat susah tak buat salah, entah lah, tak tau lah, pakat pikir2 lah sendiri dan tanggunglan kalu kalu jadi guru. Terima kasih kepada semua Guru2 ku, maaf atas kesalahan ku, halalkan segala ilmu mu,tiada dendam dan kekesalan atas segala perbuatan dan kata mu yang tersilap dan terkasar. Semoga Allah mengampuni semua Guru2 ku dan di tempatkan bersama orang2 yang Soleh dan Solehah
Sebagai guru, memang lah... tetapi apa daya kami..di mana kami hendak mengadu.. persatuan... huh kalau ada kes masuk paper.. mai la persatuan... kalau dak sengap jea la nampaknya... sang pengetua pulak dek kerana nak jaga status dan standard konon, banyak membuat keputusan yang terkadang beliau sendiri berfikir memang tak rasional tetapi memandangkan takutnya kepada PPD atau JPN maka bertindaklah mengikut telunjuk dajai dajai tu.... bayangkan.... dah berapa kali sabtu dah saya tak boleh ke mana-mana... rasa sakit ati pun ada... kalau boleh nak letak jawatan cari reja lain... tapi dah jadi cikgu... gaji ada..elaun itu ini, sayang pulak... tapi beban..Allah jea yang ketahui..huh.. tu kadang-kadang bila hilang pertimbangan guru bertindak over terhadap murid-murid...kesian pulak depa jadi mangsa... tapi kok mana pun terimalah hakikat bahawa kita ni guru...bukan driver bas tetapi dah jadi lantai bas...tempat untuk dijijak jijak dan dikotorkan dengan najis dan segala macam mak nenek.... itu pendapat saya....kalau tuan/tuan tak setuju nak wat camana kan...
Pertama sekali saya ingin menyokong artikel ni 100 %.Mantap sekali,umum sangat mengetahui saban hari bermacam komentar dan keluhan yang di hantar di dada akhbar,media internet tentang rintihan cikgu ni atau lebih spesifik lagi cikgu bawahan ni.Cuma pihak sebelah lagi tu buat pekak badak aja lah,sebab SAYA YANG MENURUT PERINTAH.Bekerja dalam sektor kerajaan ni apa yang saya nampak sebenarnya tak lari macam MLM,bahkan MLM itu lebih baik dari segi incomenya,pengurusan bonus dan pakej2 ransangan kepada ahli,nanti bila saya puji MLM,jangan cakap suruh berenti cikgu pergi kerja MLM pulak,kerana saya akan teringat jawapan menteri Kerja Raya S Samy Vellu bila diasak oleh seorang MP dalam Parlimen suatu ketika ,dia mencadangkan kepada MP tersebut kalau dah pening kepala pergi makan panadol lah katanya sebagai menjawab herdikan MP tersebut yang mengatakan beliau jawap soalan pusing2 menyebabkan dia pening kepala.
Memang betul ada setengah guru yang ada berani sikit mengomen pegawai atau pengetua atau guru besar sekolah,tapi lepas tu ada lah nanti isu melawan akibatnya macam,antaranya seperti yang dinyatakan oleh pen'posting'artikel ini,kena transfer ke tempat yang lebih jauh,yang lebih dahsyat lagi ada sesetengah pegawai yang lagak egonya bagi tau awal-awal lagi,kalau lawan dia nanti kena transfer ke tempat jauh.Dalam dunia pendidikan pun dah ada tanda-tanda kukubesi atau pentadbiran ala-ala tentera ,ala-ala komando punya stail.Ada juga kemungkinan nanti laporan LNPT tak bagus tak akan dapat seperti yang diharapkan.Walaupun kerja macam nak mampos seminggu 7 hari,seperti sekolah jadi rumah bini no2 pulak.last2 sekali kalau sekolah dapat anugerah,sapa yang dapat nama GB atau pengetua jugak,sebab tu mereka suka main tekan aja cikgu biasa,asalkan nama dapat dijulang jadi guru besar cemerlang.Saya tak nafikan ada GB yang bagus.
Saya sebagai guru jQAF di Sarawak ingin sekali lagi menyokong artikel ni 100% peratus dan harus di bawa ke pihak NUTP,kalau kita komen kat persatuan guru yang kecil2 ni memang tak nampak jalan,apatah lagi peagawai di PPD atau JPN@saya yang menurut perintah.
Kami guru jQAF di Sarawak menerima nasib yang sama,waktu persekolahan bermula pukul 7.00am ada yang pukul 7.20am.Bagi yang berkeluarga pukul 4 am kena bangun dah.Kemudian dalam satu minggu 3 hari balik pukul 5 ptang,sampai rumah lbh kurang pukul 5.40 lah kalau tak pergi mana2 terus balik rumah,kalau pergi ke kedai beli barang dapur,sama-sama ngan maghrib baru sampai rumah,kat temapt saya lebih kurang 6.30 dah masuk waktu maghrib.Balik nak kena uruskan anak dan anak,dan seterunya nak ambik rehat la sekejap,kalau dua suami isteri dah jqaf lagi membebankan,time balik sama,penat sama2,kemudian nak masuk ke dapur la pulak.kadang pukul 8 malam baru dapat makan.9.30 hingga pukul 10.00 kena tidur dah.untuk jaga pukul 4 pagi besok,kadang2 mana dapat tidur time tu.kalau dapat tidur pun dalam suasana yang amat letih.saya tak hairanlaha seperti kata pen"posting di atas ada kajian yang mengatakan ada guru menjadi gila dan mengalami simpton kemurungan,Saya pernah mengutarakan perkara ini kepada seorang pegawai JPN dia balas dengan mengatakan ada cikgu yang buat2 gila.bersambung di bawah
sambungan dari atas
Kalau suami isteri jQAF dan disekolah yang berlainan sudah tentu waktu balik pun berlainan kerana susunan program dan aktiviti sekolah tak sama.Jadi macam saya dan isteri hanya hari Khamis sahaja dapat balik awal ke rumah.Itupun hari tu terpaksa pergi keja2 buat urusan luar,bayar bil2 hospital dan lain,pejabat pos pulak urusan kaunter jalan sampai kul 3.30 petang aja,waktu rehat pejabat dia tak buka macam kat semenanjung.Kadang bil sentiasa tertunggak mana tidaknya bil memang sampai awal,tapi tak guna sebab fulusnya kering,bila selepas gaji nak gi bayar waktu tak cun pulak kena duk kat sekolah buat Tasmik petang.Kat semenanjung ada kawan2 kami yang buat kelas tasmik pukul 3.00 hingga 3.30 dah boleh berada di rumah dah.Rata2 di Sarawak pukul 5 petang barulah habis tamik.Kalu budak tak hadir,jadi nak balik awal tak di benarkan pegawai PPD dan JPN akan hentam,haram haram,makan gaji buta,sebab itu adalah waktu bekerja ustazah,sebenar waktu tasmik tidak ada penetapan mesti balik pukul 5 ptg,kalau tidak macam mana pulak kat sabah dan semenanjung boleh balik awal pulak,????????.ada diantara kami yang kena mengajar dalam seminggu hingga 41waktu seminggu.
Ada yang sudah terasa jadi guru jQAF kerana bebanan yang banyak sangat belum lagi masuk sistem fail data2 murid Kem Bestari Solat dan.....lagi program sekolah yang juga kami kena ikut.
Banyak lagilah kalau nak nak tulis kat sini mungkin pembaca boleh jadi naik menyampah ngomen saya kat sini....itulah guru.membakar diri...saya sebelum jadi guru pernah menjawat berbagai2 jawatan di ofis kerajaan sebagai pekerja kontrak,tak lah rasa beban kerja macam cikgu.Cikgu...kerajaan perlua bagi insentif lain yang lebih menarik sama seperti seorang doktor juga,jangan pilih cikgu tertentu sahaja..sekian
Minggu sudah bini aku kena Qiamullail...Minggu ni pulak kena program dalaman sekolah pulak...Aku baru je rancang nak balik kampong...Apa2pun aku tetap balik kampung..
ADMIN...tolong foward semua kt atas tu pd NUTP.
then...kalau ader saper kwn dgn budak UMNO @ member dgn Muhyidin...highligh ar perkara nie....nie bukan kes polotik..tapi "kebodohan" pengurusan....minta Kem. Pelajaran ajar skit staff dia org supaya jadi bijak buat (Pak Muhyidin tgh bersemangat tu) cepat2...mintak...kalau dapat kasi demo skit....bleh...then Kementerian kena laksana ISO la...mmg berat ..tapi kena buat.kerana pada pendapat saya ramai yg tertindas(guru) dek tiadanya sistem yg adil kpd semua pihak. Ini bukan isu kena berkorban..tapi "BERILAH HAK KPD YG BERHAK" tu jer....
Sekian pisangemas81 (bakal guru insyallah)
TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN ATAS ULASAN2 PARA PEMBACA ARTIKEL INI. INSYAALLAH AKAN SAYA HANTAR ARTIKEL INI KE PIHAK YG BERWAJIB SEPERTI KEMENTERIAN DAN KPPK AGAR MEREKA TAHU. INILAH ERTINYA PERJUANGAN SAYA MENYAMBUNG PERJUANGAN AYAH DIDLM KOMANDO. TERIMA KASIH SEMUA
Sayu hati baca cerita2 yang dipaparkan di sini. Aku pun cikgu dalam daerah Hulu Langat. Dah la pentadbir keji, dok paksa cikgu dahulukan duit insurans murid, time peperiksaan suruh buat pendek2 takut habis kertas. Mahal kertas, leceh nak reso, padahal murid bayar yuran peperiksaan. Pentadbir lak sibuk dengan 3K, program ntah hapa2 hapa yang tak bermanfaat untuk murid2. Bila P&P terganggu hentam cikgu masa meeting post-mortem. Bila orang PPD, JPN mai, pandai lak berlakon suruh cikgu jangan kondem pentadbir... kononnya nak nampak bersatu, sekolah tak gaduh. Pentadbir masa biasa ada kelas tapi banyak cikgu lain amik alih tapi masa ada pelawat, terus depa masuk kelas nak tunjuk baik. Blah la... memang banyak pentadbir aku ni hampeh!!! Siap panggil ahli politik UMNO (dah kalah pilihanraya pun tapi nyibuk tunjuk muka kat sekolah, gila glamour pi demonstrasi nak sokong UMNO... poyo tu...!!!) datang berucap kat sekolah. Nak masuk politik, masuk je la politik... letak jawatan pi bertanding. Ni gunakan sekolah untuk kepentingan peribadi dengan parti.
masa aku kecik2 dulu aku memang suka nak jadi guru.aku suka tengok cikgu aku mengajar...sejak kecik aku tanam minat nak jadi guru...hinggalah satu saat aku dapat tawaran jadi guru....sungguh seronok!!! amat seronok sampai nak melompat..tapi bila dah jadi guru..baru aku tahu ...oh! begini rupanya...bg yg mengajar kat kg bersyukurlah...dapat murid yg hormatkan guru..parents pun tau nak hormat guru...tapi kalau yg mengajar kat bandar macam aku ni.....banyak2lah istighfar....cabarannya sungguh hebat....suami aku keje kementerian tapi dia sendiri pun pening sebab cikgu byk sgt beban kerja...iyelah kan dah jadi lilin ...macam nilah...jawab suami ku...
aku bukan tak suka jadi cikgu cuma aku rasa tugas cikgu sekarang byk tersasar dari tujuan mengajar....sebab itu murid skrg byk yg kurang ajar..mana tak nya guru tak sempat nak mengajar semuanya terkejar2....
Kepada Yang Berhormat Haji Idham Lim.
Saya minta topik ni jangan dibawa ke ruang arkib blog Cina Islam.Bila semakin ke bawah, bawa naik ke muka atas. Saya kira semakin lama topik ini dibincangkan, semakin terdedah Kementerian Pak Mahayuddin. Biarlah cikgu dan cikgi mencurahkan perasaan dalam ruangan ini.Saya peminat setia blog ni, sehari kalau tak buka, tak leh dok.Kalau tak melalui blog, kat manalah nak mengadu. Nak ngadu kat boss atau kementerian, jabatan atau PPD ...piiieeerah dia orang tak layan.Kalau boleh dia orang mau pakai tie sama blazer sampai malam.Kalau you tak caya , jumpa pegawai pakai blazer tengah-tengah panas beli nasi lemak kat gerai tepi jalan tu..itulah pegawai PPD atau jabatan pelajaran.Senang aje..kat tempat saya ni..Baling Town Kedah Darul Aman Sejahtera..pagi-pagi pakai blazer minum kat cafe..gerai...restoren.. orang pegawai PPD lah tu.
Tabik YB Idham Lim. Jangan tutup topik ini.ALLAH HUAKBAR.
SAYA SOKONG PENDAPAT TANPA NAMA 3:22PM . HARAP YB BUAT APA YG DISARANKAN.
Kalau nak tahu api tu panas,
Bahang terasa diselar bisa,
Antara amanah dan tugas,
Ditanggung tersiksa ditinggal berdosa..
saya pun tengah sakit hati lagi teruk nak mati...cikgu macam orang gaji sampai kerani marah ...cikgu pun duduk bilik yang aircond tapi tak diservis konon cikgu akan jd pemalas kalau duduk selesa....gerammmmm.....cikgu duberi opsyen yang tak kena dan kena buli pula cikgu bodoh......dia bodoh lagi dia tak tahu...paling teruk perempuan mengandung tidak dikesiannya langsung.....suruh buat kerja orang normal buat..katanya semua orang pun mengandung...pengetua yang marah cikgu tanpa pasal...dia tak nampak benda baik yang kita buat tapi nampak kesalahanya je...marah depan cikgu lain dan cakap kita ini bodoh dan tak pandai...bandingkan dengan cikgu yang lain..memalukan depan orang tentang kita ......sanagt sedih,....apalah daya kita .....nak minta tukar tak dapat...nak naik gila....stress tak boleh terima .....mmg betul kalau jd cikgu cepat maSUK HOSPITAL MENTAL...tak tahu nak adu kat siapa semua...orang bukan nak bela kita pun...tuhan mesti tunjuk balasanya kepada pengetua yang gila kuasa...kalau ada yand ada idea tolng share kan nak buat apa li ni.....sedih...
Catat Ulasan