Email Oleh : mohd naim mohd zain
SAYA sudah mendirikan rumah tangga hampir setahun dan isteri saya sedang hamil dengan usia kandungan mencapai empat bulan.
Soalan saya, bolehkah kami bersetubuh pada peringkat kehamilan ini? Apakah saya boleh melakukan ereksi ke dalam rahim dan apakah posisi yang sesuai? Pada usia kandungan berapakah kami masih boleh melakukan hubungan seks?
Apakah proses persetubuhan boleh memberi kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan?
Bakal Ayah
MENGIKUT pandangan pakar perbidanan dan sakit puan, secara umumnya tidak ada masalah untuk saudara melakukan hubungan seks dengan isteri ketika beliau mengandung.
Malah hubungan seks ketika mengandung mempunyai kesan berlainan daripada biasa. Ini kerana ketika mengandung, vagina mempunyai lebih lubrikasi dan cairan. Disebabkan lebih banyak pengaliran darah ke bahagian pelvis dan vagina, orgasm yang dialami isteri saudara akan menjadi lebih hebat.
Bagaimanapun, akan timbul kebimbangan mengenai hubungan seks ketika mengandung yang dikatakan membahayakan kandungan. Perubahan hormon dalam badan isteri anda akan membawa kepada perasaan loya dan letih. Ini mungkin menyebabkan beliau tidak ada keinginan melakukan hubungan seks.
Seseorang wanita juga akan merasa tertekan apabila berlaku perubahan dari segi bentuk badan yang makin membesar. Ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan segan untuk melakukan hubungan seks.
Bagi lelaki pula, ramai menganggap keadaan tubuh wanita semasa mengandung lebih menarik dan mengghairahkan.
Apa yang penting, saudara perlu berkomunikasi dengan isteri dan berbincang dengannya. Jika beliau tidak begitu selesa, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual.
Ini termasuk sentuhan fizikal, urutan, cumbuan, pelukan, ciuman dan mutual masturbation. Paling penting, keputusan perlu dibuat bersama dan dipersetujui kedua-dua pihak.
Jika hubungan fizikal tidak menjadi masalah bagi pasangan anda, saudara perlu mengubah posisi hubungan seks terutama sekali apabila abdomen isteri saudara menjadi semakin besar.
Ada beberapa posisi yang boleh dipraktikan termasuk:
Posisi wanita di atas (woman on top).
Spooning iaitu kedua-dua berada dalam keadaan mengiring dengan lelaki di belakang wanita, zakar dimasukkan ke dalam vagina dari belakang.
Hands and Knee iaitu kedudukan wanita seperti merangkak.
Isteri duduk atas riba.
Posisi ini akan mengurangkan tekanan kepada abdomen yang sedang membesar. Selain itu, ia boleh mengelak rasa takut jika hubungan membahayakan kandungan. Saudara boleh meneruskan hubungan seks hingga isteri mencapai tahap akhir mengandung.
Ada beberapa keadaan di mana hubungan seks akan membahayakan kandungan. Ini termasuk:
Isteri pernah mengalami keguguran atau pernah bersalin tidak cukup bulan.
Isteri mengalami masalah placenta previa (keadaan di mana placenta menutup bukaan rahim).
Isteri mengalami pendarahan.
Saudara atau pasangan mengidap penyakit hubungan kelamin.
Sebagai kesimpulan, hubungan seks semasa mengandung tidak membahayakan malah boleh menjadi lebih menyeronokkan.
Namun jika saudara tidak pasti, saya nasihatkan anda dan isteri berbincang dengan pakar sakit puan sebelum melakukan hubungan seks. Ini penting supaya tidak berlaku kemudaratan kepada kandungan.

6 ulasan:
Alamak. Apasal terkeluar posting isu ni pulak?
Ni yang buat rasa nak 'mengandungkan' isteri lagi.
Nak 'memposisikan' seperti yang dicadangkan itu.
Teringat waktu isteri mengandung dulu.
Sori YB. Saja bergurau.
bestnya kalau dapat hari-hari
sebab itu pendidikkan seks adalah pentingnya untuk setiap sekolah, sebab pengajian dia lain pelajar-pelajar akan faham apakah kesampingan keburukkan kalau melakukan seks setiap hari, kalau tiada pendidikkan seks dalam sekolah kes-kes rogol akan semakin meningkat.
pendidikan seks dah terlaksana di sekolah rendah lagi. tengokle kat trg, budak skolah rendah dibar\gi E-book, last-last download klip buat pompuan ngandung :P
bagi saya, pendidikan seks tidak seharusnya di beri pendedahan kepada pelajar di bawah umur kerna mereka masih terlalu awal dan masih mentah untuk memikirkan tentang seks, kerana pendidikan seks hanya sesuai untuk mereka yang mahu mendirikan rumah tangga. Mengajar mereka seks samalah seperti kita menjeruskan mereka masuk ke alam dosa..ini kerana sikap remaja yang ingin mengetahui dan ingin merasa benda-benda yang baru akan membuatkan kes mengandung luar nikah, atau pun tidak lagi menjadi anak dara atau teruna. Peningkatan kes-kes rogol pada masa sekarang bukanlah kerana ketiadaan pendidikan seks. Tetapi kerana kurangnya sikap inigriti pelajar itu sendiri. Pelajar tahu kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang mereka akan ambil. namun sikap ingin tahu itulah yang kadang kala akan memusnahkan mereka sekiranya tersalah tempat. Sepertilah kes pengambilan DADAH. Dah bertahun-tahun di nasihatkan dadah itu merbahaya, mengapa masih ramai para remaja yang terlibat di dalamnya? Itu bukan kerana ketiadaan pendidikan tentang DADAH, seperti yang saya katakan tadi, itu kerana kurangnya intrigriti para pelajar. Sekiranya pendidikan seks di perkenalkan, kesan yang lebih besar lagi yang akan terjadi bukan sahaja kes rogol, malah persetubuhan haram dan sebagainya, malah dapatkah anda bayangkan anak anda yang berusiah sekitar 10 tahun atau 12 tahun sudah pandai bercumbu apatahlagi sudah pandai mencari pasangan ke arah seks. Tidakkah ini sama seperti kita memusnahkan pemuda dan pemudi. Mahukah anda melihat anak-anak yang lugu dan suci itu berbuat dosa dengan memikirkan seks? Pendidikan seks, hanya sesuai untuk orang dewasa sahaja. Fikir-fikirkanl ah dan renung-renungkan la. Seks kena bertempat ye..bukan nak tambah dosa. Pendidikan seks akan mewujudkan budaya kuning. Buktinya..tunggu dan lihat sahaja. Adalah lebih baik kita tidak memperkenalkan pendidikan seks awal kepada para remaja terutama sekali mereka yang masih bersekolah rendah..tetapi kita membina intigriti mreka dari awal lagi agar mereka menjadi orang yang berguna dan dapat berfikir dengan rasional bukan emosional.
YB bial lagi ank buat ceramah di markas pas titi serong sunyi la tak ada pemberitahuan tentang perkembangan politik sekarang
Catat Ulasan