19 Februari 2009

Zambry digantung 18 bulan ,Semua Exco Kudeta 12 bulan dari hadiri sidang DUN.

IPOH, 18 Feb.:- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengumumkan penggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, selama 18 bulan dan enam enam Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dewan berkuatkuasa serta merta pada jam 7.00 tadi di sini.

Keputusan itu dibuat selepas Zambry dan Exco beliau tampil dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada jam 2.30 petang tadi.

Mereka sebelum ini diberi notis oleh Setiausaha Dewan, Hj. Abdullah Antong supaya membela diri berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh bahawa majlis angkat sumpah mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10,YAB. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat.....Perak
Takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai bekas pelatih praktikal di I.Z.A Construction mengucapkan tahniah kpd Tn. Hj Abdullah Antong terus istaqamah berjuang untuk rakyat perak kerana telah berjaya menyerahkan saman kepada pengkhianat rakyat perak.
Mudahan ini.. sebagai tanda kejayaan perjuangan perak.

Tanpa Nama berkata...

semenjak saya dengar ceramah yb di Pdg Perdana k.bharu pd 13hb 2 . saya setiap hari melawat laman web yb .

Tanpa Nama berkata...

Hari ini di gantung .............. mlm ni akan bersidanglah peguam-peguam kankong BE END untuk keluarkan nas undang-undang rimba untuk menghalang keputusan Speaker dan esok tentu gamat pecacai UMNO sokong yang membawa rebah. Kesian Mamak ,,,,,,,, sekor ni tentu akan buat part time jual cendol dan pasembor.... kat jeti pangkor.
h

Tanpa Nama berkata...

Petang tadi Dr. Zambry datang ke taman kami atas jemputan pihak developer. Tak sampai 1/4 kerusi yang disediakan digunakan. Tak seperti kedatangan Ir Hj. Nizar, disambut beratus2 orang walaupun tak dijemput. Tak paham2 lagi ke yang orang jelek kat awak. Nak kata tak sekolah ada Dr. kat depan.

Tanpa Nama berkata...

WAMAKARU WAMAKARALLAH WALLAHU KHAIRULMAKIRIN...
Sesungguhnya pertolongan ALLAH semakin hampir!
ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

semoga allah selamatkan pakatan rakyat negeri perak...

Tanpa Nama berkata...

http://profile.ak.facebook.com/v224/630/124/n656623343_3612.jpg

Tanpa Nama berkata...

ADA PARTI ADA PAS,
ADA HARI BOLEH BALAS.

ALAM berkata...

lepas ni hukum nizar pula sebab inggar arahan sultan

Tanpa Nama berkata...

kepada 'alam'.. kalo ko la diperlakukan seperti DS Nizar tu ko ikut ker arahan sultan tu?? Jels bertentangan dengan perlembagaan tubuh negeri Perak yang baginda payungi... Jadi tindakan Nizar mengikut perlembagaan adalah di kira menghormati maruah sultan dan perlembagaan yang didukunginya daripada di perkosa oleh Najib Altantuya dan gerombolannya..... p/s: kalo sultan suruh ko bunuh diri, ko bunuh diri tak?? Lu pikir la sendiri ....

Tanpa Nama berkata...

Elok lah tu sebagai satu pengajaran kepada mereka bahawa kepentingan rakyat adalah mesti di utamakan bukan kepentingan peribadi. Hah!!! sekarang kan dah susah, akibat tamak, gila kuasa dan mementingkan diri sendiri maka inilah akibat nya.
Well done tuan speaker, you are great and Perakians will never forget you as long as you remain to be politician. keep it up, the rakyat will support you.

Azmil B. Mohd Aris berkata...

semoga pakatan rakyat mendapat mandat secara terang lagi nyata...

Tanpa Nama berkata...

Janganlah dok lawan UMNO. Undang2 apa pun depa kebal. Sure pkr kalah. Nak memang melalui pilihanraya ja.

fikrah islamiah berkata...

Saya suka dengan berita ini dan sedang menanti episod seterusnya apa yang jadi pada DUN selepas ini. Allah sedang melihat dan meneliti perkembangan ini dan memberi kejayaan kepada pihak yang benar.

Tanpa Nama berkata...

apa yang pasti pihak kudeta terlalu gelojoh dalam tindakan mengambil alih gomen perak,xdiselidiki terlebih dahulu segala peruntukan undang2 tubuh bila sedar banyak sangat wat silap diaorg ckp lucu la,speaker wat komedi la,salah guna kuasa la,DSN xtamakkan jawatan MB tu,yang bliau nak sesangat tu kan nye ape,mengembalikan hak2 rakyat yg selama ni dikaut pemimpin n kroni BE END,DSN dah kayo ler alam oi..belum jd mb pun dah jd jurutera perunding pada projek2 besaw dalam dan luar negara,cuma dia xdapat support rakyat perak ngan kekayaan yg beliau ade,jadi mau ke idak tu yg DSN duk pertahan giler2 amanah die.nak bagi rakyat senang,hak rakyat terjaga,pegawai kerajaan xdigertak sesuka ati oleh pencacai2 UMNO.badan2 bwh kerajaan ditakbir urus ngan amanah.tu jer yg beliau nak Tajol nangis bila UMNO xjd kerajaan yg menyebabkan beliau terlepas jawatan mb,tp DSN nangis setelah melihat makcik2 yg sedang mengabihkan sisa2 idup menangis dek kerana xmau kehilangan pemimpin yg mengembalikan harapan mereka.

Tanpa Nama berkata...

MEREKA MERANCANG ALLAH JUGA MERANCANG
DAN MEREKA LUPA..PERANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANGAN

lim berkata...

"alam" renung molek2 apa ko akn biarkan saja pabila kerajaan yg ko sokong rebah macam ni...
kita org ni hanya pertahankan hak mandat rakyat
sbb keputusan pru 12 berpihak pd PR.KAMI tk marah semacan ini kiranya pru 12 tk berpihak pd kami.Yg masalahnya ada org yg tk mahu ngaku,menerima hakikat bahawa dia ditolak rakyat Perak,majoritinya begitu.LANGIT TIDAK SELALUNYA CERAH, kalau ya pun ndak jadi pemerintah sangat tk leh tunggu ke pru ke13.KAMU dan org2 yg sealiran kamu tk BOLEH TERIMA HAKIKAT BAHAWA BN(umno) TELAH JADI PEMBANGKANG DI PERAK,SELANGOR,KEDAH,P.PINANG & KELANTAN.sayugia diingat tanahair kita ni sudah ada dua pembangkang & dua kerajaan.KAMI tidak pernah merampas kuasa walaupun kalah dan kalah tapi BN(umno)kalah sekali dah macam Dunia Nak Kiamat.Insya'Allah esok masih ada jangan mudah berputus asa.

Tanpa Nama berkata...

bagi laaaa tanah scara tak adil lg lps nih~

Tanpa Nama berkata...

TUNGGU KOMEN/PANDANGAN PENDIKAR AMIN...??..APA DIA NAK KATA?..

Tanpa Nama berkata...

tolong jaga tuan speaker elok-elok sebab umno sanggup buat apa saja untuk memuaskan hawa nafsu bagi mencapai matlamatnya.