Email : Zamri keciks
by roslan sms
Baru-baru ini di Parlimen isu jumlah hari cabutan untuk judi tikam nombor yang dihalalkan oleh kerajaan Pusat dipertikaikan.
Menurut rekod pada tahun 2008 sahaja kerajaan Pusat mengutip sejumlah RM2.37 billion hasil dari aktiviti perjudian yang dilesenkan termasuklah kasino (iaitu hampir dua kali ganda dari Bajet Selangor 2010 iaitu sebanyak RM1.3 bilion).
Sebagaimana dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan pecahan hasil yang diperolehi dari syarikat-syarikat judi berkenaan adalah Genting RM949.8 juta (lebih dua kali ganda dari hasil cukai yang dijangka untuk Selangor 2010 iaitu RM460 juta), Sports Toto RM509.74 juta, Magnum RM396.5juta, Pan Malaysia Pool RM270.76 juta dan Pan Malaysian Racing RM138 juta.
Untuk satu tahun syarikat-syarikat judi tikam nombor mengadakan sebanyak 72 cabutan khas (special draw) selain cabutan biasa sebanyak 3 kali seminggu yang dibenarkan kerajaan Pusat.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang khasnya dari DAP merungut bahawa terdapat terlalu banyak cabutan untuk setahun dan mendesak agar kerajaan mengurangkan jumlahnya.
Untuk rekod juga selain jumlah pendapatan dari cukaijudi seperti di atas turut dimaklumkan yang kerajaan memperolehi RM4.4 bilion hasil dari cukai-cukai yang dikenakan ke atas produk tembakau dan arak.
Apa nak dikatakan? Inilah realiti yang ada di hadapan kita pada hari ini. Lumayan sungguh hasilnya bukan?

5 ulasan:
kalau nak tutup pusat perjudian itu memang tak masuk akal bagi sesetengah pihak ataupun mengurangkan, cadangan saya kalau sesiapa sahaja hendak berjudi membeli loteri ataupun apa-apa jenis perjudian harus merekodkan kad pengenalan jadi nama-nama orang yang paling banyak untuk beli nombor loteri ataupun pelbagai perjudian harus dikenakan cukai keatas si pemain tu. Jadi senang untuk semak siapa paling banyak bermain nombor ekor yang berlesen lagi pun kaum-kaum lain yang beragama Islam termasuk orang melayu Islam dan juga budak bawah umur dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
kalau YB Idham Lim setuju dengan cadangan ini boleh kaji tengok dan melaksanakan.
SYOR GUBAL UNDANG2 PERJUDIAN, KEPADA SI PEMBELI DAN SI PENJUAL KEPADA ORANG ISLAM DENGAN HUKUMAN PENJARA / SEBAT!
DAULATKAN ISLAM!!
PERGI JAHANAM DENGAN KEBANGSAAN!!!
YB,
harap hasil ini tidak digunakan utk bayar gaji semua kakitangan kerajaan yg Islam.
sedihnya....
ada sedikit pembetulan di sini YB maksud cukai yang saya cadangkan adalah cukai bulanan untuk setiap pelanggan yang suka berjudi tak kira digenting highland juga. Sebab sesetengah rakyat kaya kalau tak kaya boleh berjudikah.....
Satu cadangan : Setiap org yg ingin berjudi mesti meletakkan nama dn no. kad pengenalan.
Bukan utk menggalakkan judi tapi sbg satu kaedah mengelakkan permainan "silap mata" pengusaha judi khususnya judi nombor ekor.
Bukan satu rahsia yg keputusan judi nombor diketahui oleh individu2 tertentu sebelum keputusan tersebut keluar.
Hakikatnya judi ini satu permainan kotor golongan tertentu utk meraih kekayaan dan rakyat yg bodoh shj yg akan turut serta berjudi seterusnya ditipu.
Selain dari itu dpt mencegah walaupun tidak sepenuhnya org yg mengaku Islam drp berjudi.
Catat Ulasan