25 November 2009

Kota Siputeh : Serupa tapi tak sama dengan kes MB Perak.

Cina Islam menulis...

Nampaknya Kota Siputeh sekarang diselubungi oleh sesuatu yang hitam dan mencacat satu sejarah hitam juga dalam sistem kehakiman negara. Semacam ada kesamaan walaupun tidak serupa dengan kes pembicaraan yang berlaku mengenai jawatan Menteri Besar Di Perak. Mahkamah Rayuan kelmarin diwaktu Maghrib membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Baru sehari Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut. Keputusannya sudah jadi lain di Mahkamah Rayuan. Dalam Kes MB perak pada 11 Mei Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan DS. Nizar adalah MB yang sah dan pada hari yang sama dipohon penagguhan dimahkamah yang sama namun ditolak. Tetapi Sehari selepas itu pada 12 Mei Permohonan dengan tergesa-gesa di terima penangguhannya di Mahkamah Rayuan.

Jawapan kepada semua rakyat Kota Siputeh dalam hal ini ialah betapa takutnya UMNO dan BN untuk berdepan dengan Pas dan pakatan Rakyat di Kedah. Sebenarnya kita mengharapkan sesuatu yang lebih memihak kepada rakyat sepertilah di Perak, supaya banyak hal, kuasa dengan mudah dan tidak terlalu disulitkan oleh mahkamah dan SPR untuk dikembalikan kepada Rakyat.

Rakyatlah hakim yang paling bijaksana dalam menentukan siapakah yang salah, dan siapakah yang benar termasuklah di Kota Siputeh.

Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes MB Perak dibicarakan selepas sejam difailkan dan dibicarakan sekitar jam 11.00 pagi lebih dan sekitar dua jam sudah diputuskan ditangguhkan keputusan penghakiman DS. Nizar sebagai MB yang sah.

Dalam kes Kota Siputeh, pada 23 Nov permohonan penangguhan ditolak di Mahkamah Tinggi dan pada 24 Nov kira-kira jam 7.30 malam dimahkamah Rayuan permohonan diterima untuk penagguhan dalam keadaan esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh. Keduanya dalam keadaan tergesa-gesa.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim. Namun kepuitusan untuk kes MB Perak pada 12 Mei dibuat sebulat suara oleh hanya seorang hakim sahaja.

Bagi kes MB Perak hasil dari keputusan di Mahkamah Rayuan MB Kudeta kembali ke pejabatnya pada 13 Mei, dan keputusan pada 22 Mei di mahkamah yang sama yang membenarkan pelantikan Zambry sebagai MB Perak menyebabkan BN terus mempertahan kuasanya yang dirampas pada 6 Februari yang lepas dari Pakatan Rakyat.

Untuk Kota Siputeh keputusan kelmarin menyebabkan SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.Kerana mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.

Apapun keputusan sudahpun diterima, kita tunggu babak berikutnya....

8 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

Depa ni bacoi!!!

Tanpa Nama berkata...

dah agak dah... mahkamah kat malaysia mmg kelakar.. mcmana org nak percaya.

Tanpa Nama berkata...

dah agak dari awal....

david ahmad muniandy berkata...

rakan YB dalam web ini berapa ramai saya sebut rakan sahaja tak usah sebut penyokonglah, sebab pandangan setiap orang adalah berbeza macamana kita hendak menyumbang idea untuk YB menyelesaikan masalah ini tak salah kita hulurkan idea untuk YB. kalau kita bukan rakan YB maknanya kita tak usahlah masuk blog YB.

dalam pandangan saya kalau nak cepat selesaikan kes diatastu harus pelabur orang asing berkeluar suara sebut kes ini dalam akhbar, kalau sampai orang asing keluar suara tentang kes ini betapa malunya kerajaan untuk kes ini. saya masih ingat lagi saya pernah email bagi YB tentang pelabur asing kata capaian jalur lebar internet lembab, beberapa hari sahaja syarikat monopoli internet jalur lebar dengan segeranya hendak meningkatkan kelajuan. kalau sehingga orang asing masuk campur hal ini kira kerajaan malaysia harus menanggung malu.

lawyer burok berkata...

mahkamah di malaysia dah jadi mahkahkahkah..
kalau dunia tgk mesti gelak ngn sikap hakim malaysia..tp xsemua hakim yg ikut tlunjuk UMno..

Tanpa Nama berkata...

nampak gaye nye mahkamah sekarang ni dah terlalu murah buat umno.

akuumnobangang berkata...

salam yb

mahkamah dunia depa kata depa punya,, takpa pa lah
yb,,tapi depa tak tau ka,,apanama??

LU PIKIRLAH SENDIRI

TETAP BERTAKBIR

Tanpa Nama berkata...

INILAH 1 HAKIM 1 MALAYSIA.