25 November 2009

Husam lawat PRKL

Oleh Mohd Syamil azhar.

LENGGONG: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa memilih Padang Ragut Kampung Luat (PRKL) sebagai destinasi antara pengisian dalam jadual kunjungannya ke kawasan Parlimen Lenggong baru-baru ini.

Beliau berkunjung ke kawasan Parlimen Lenggong atas jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada peserta-peserta kursus di Dewan Milenium Lawin dan menyampaikan ceramah umum di Kampung Padang Kunyit pada sebelah malamnya.

Lawatannya pada jam 5 petang dengan diiringi Yang Dipertua Pas Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria dan beberapa anggota Unit Amal disambut Pengerusi PRKL, Haji Harun Abdul Lateh.

Dalam lawatan singkat itu, beliau yang juga AJK Pas Pusat mendapat sedikit penerangan mengenai PRKL, bagaimanapun tidak dapat melihat kumpulan rusa kerana ternakan utama itu berada di dalam petak yang jauh dari jalan masuk.

PRKL yang pernah menjadi padang ragut terbaik seluruh Perak (2003 - 2006) diusahakan 14 ahli secara berkelompok dengan seliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak (JPVP).

Kedudukan terkininya, PRKL yang berkeluasan 130 ekar, 65 ekar untuk ternakan rusa dan 65 ekar lagi untuk ternakan lembu, memiliki 300 ekor rusa dan 70 ekor lembu.


3 ulasan:

boyanis sos cili berkata...

salam bro semangat

Tanpa Nama berkata...

di Malaysiakini ada keluarkan statement baru mengenai Datuk Husam Musa "keletihan" sbb issue dalaman...kononnya dari Pemimpin Pas Kelantan.

Klu betul ini adalah statement yg dikeluarkan, maka memang benarlah ada "gunting dalam lipatan"

tak kira siapa lah pemimpin Pas Kelantan yg buat statement tu...tapi kamu memang bacul

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Husam dan PAS perak yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan