Setakat ini dua negeri iaitu Terengganu dan Sabab mencatatkan kes penyakit taun dengan masing-masing melaporkan 185 dan 18 kes positif taun semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
"Keadaan kolera (penyakit taun) terkawal di Sabah, (jadi) orang ramai tidak harus panik, tapi seperti biasa nasihat kita orang ramai (hendaklah) menjaga kesihatan dan kebersihan diri, dan berhati-hati semasa menangani pemakanan seharian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan antarabangsa kedua mengenai Perubatan Desa 2009 di Kota Kinabalu hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran dipetik sebagai berkata 18 orang disahkan menghidap taun di Semporna dan menerima rawatan di hospital.
Pasar ikan Semporna yang dipercayai punca jangkitan kuman taun ditutup sebagai langkah pencegahan.
Rosnah mengesahkan laporan itu dan menyatakan 17 kes adalah di Semporna dan satu kes dari Pulau Gaya, dekat Kota Kinabalu.
Beliau menjelaskan bahawa jangkitan penyakit taun di Terengganu adalah berbeza dengan Sabah kerana jenis kuman taun di negeri pantai timur Semenanjung itu berlainan dan tidak bertindak balas dengan antibiotik yang biasa digunakan untuk merawat penyakit taun.
"Di Sabah, jenis kuman adalah yang biasa. Setakat ini pesakit-pesakit bertindak balas dengan antibiotik diberikan," katanya. BERNAMA
MalaysiaKini/-

1 ulasan:
taun adalah penyakit berjangkit ia ada kaitan dengan banjir apabila banjir parit2 longkang2 yang tak bersih ikut sekali dengan banjir pergi merata-rata air yang berkuman termasuk tahi haiwan dan manusia terkena kulit manusia maka virus itu masuk dalam badannya....boleh dikatakan air banjir penuh dengan virus E.COLI.
kalau sesiapa belajar tentang sains bolehlah tahu apakah E.COLI kalau silap tolong perbetulkan.
Catat Ulasan