25 November 2009

Polis Huru-Hara Kerana Takukan UMNO

Oleh : Zaibie Abas

Pencatat ingin berbicara dengan pembaca tentang apa yang berlaku di Batu 31, Air Manis Kulai Johor pada 22hb. November 2009. Pencatat memerlukan pandangan semua.

Pertama. Ketua Polis dan anggota keselamatan telah berada sejak jam 5.00 petang. Ceremah YB. Tian Chua dan Mazlan Aliman dibenarkan. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dilokasi, tiba-tiba Ketua Polis Kulai menghalang ceramah dengan alasan tiada permit.

Kedua. Ceramah Anwar Ibrahim tidak dibenarkan sama sekali kecuali untuk meminta pengunjung untuk bersurai.

Ketiga. Polis menghalang kenderan awam parking ditanah persendirian dan menyaman kenderaan yang parking ditepi jalan.

Keempat. Polis menyelongkar kawasan persendirian dan merampas parang. Parang itu dirampas walaupun disimpan dalam keadaan selamat.

Kelima. Polis tidak memberi permit dengan alasan bantahan Pemuda UMNO dan bukannya penduduk kampung. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta surat bantahan dan waran Mahkamah ceroboh premis persendirian. Pihak Polis tiada dokumen tersebut.

Keenam. Pemilik tanah telah membenarkan kawasan tanah dikepung tanda kawasan persendirian. Polis telah menghalang jalan masuk dengan meletak lori dan kereta Polis.

Ketujuh. Polis membenarkan ceramah selama 1 jam 15 minit dan memberhentikannya selepas tiada kekacauan berlaku.

Kelapan. Polis membenarkan Pemuda UMNO melakukan provokasi dengan membenarkan bena berbentuk hasutan dipasang dibeberapa tempat.

Kesembilan. Polis sengaja membenarkan pasukan Pemuda UMNO datang dilokasi ceramah untuk tujuan kekacauan-provokasi. Polis membiarkan sahaja Pemuda UMNO menjerit-jerit memaki hamun kami dilokasi.

Kesepuluhan. Ketua Polis mengugut pencatat untuk mengambil tindakan keras jika meneruskan ceramah dua hari sebelum ceramah. Bukannya berunding untuk menyelasaikan masalah.

Kesebelas. Jika Anwar Ibrahim dianggap penjenayah-peliwat. Apa moral Datuk Seri Najib Razak minum dan bersembang sambil ketawa bersama Anwar Ibrahim di Parlimen. Adakah Najib juga peliwat ?

Pencatat meminta pendapat pembaca. Perlukah pencatat mengambil tindakan mahkamah atau biarkan sahaja peristiwa ini sebagai renungan.

15 ulasan:

Raziq Najab berkata...

PERGI JAHANAM DENGAN KEBANGSAAN!

PERKUKUHKAN JAMAAH ISLAM!!

ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

Itu buktinya polis memang barua umno dari dulu, kini dan selamanya...

Unknown berkata...

Nak jaga periok nasi..
Manalah tau kot2 dapat naik pangkat cepat..
sekalipun berlawanan dgn motto PDRM tu sendiri..
Memang payah bila 'system' tidak dihormati..

Tanpa Nama berkata...

aku rase takpayah lee.pasal polis yg ada kat situ je memang ANJING@BARUA UMngoK.DEPA NI JENIS SPESIS ANJING mana tau undang...buat malu pada RAJA-RAJA MELAYU sebab nama DIRAJA MALAYSIA digunakan olih ANJING-ANJING ni...

baei berkata...

Jika cukup bukti pencerobohan dan provokasi pihak umno, sila lakukan. kalau pihak polis tidak mengeluarkan permit kerana halangan umno boleh dipertikaikan kerana setiap rakyat ada hak bercakap dan polis pernah beri jaminan tidak akan menghalang sebarang perhimpunan dengan syarat mohon permit.

Ayiem berkata...

Assalamualaikum,

Bagi saya,polis adalah balaci kepada UM-no,bahkan sesetengah angota polis berpangkat tinggi lebih UM-no dari pimpinan UM-no cawangan dan Bahagian.

Hasil dari senario yang diberikan oleh Pencatat ternyata pihak polis bertindak diluar dari batas bidang kuasa mereka.

Kes mengadakan ceramah dikawasan persendirian ini telah beberapa kali PAS menanginya dimahkamah,terbaru ialah kemenangan Dr Hatta Ramli diKuantan.

Saya mencadangkan Pencatat mendapatkan khidmat nasihat dari Peguam,kerana kalau mengikup fahaman saya dari senario yang digambarkan oleh Pencatat,beliau mampu mendapatkan keadilan mahkamah dan berpeluang cerah untuk menang diperbicaraan nanti.

Hanya sekadar pandangan kerana saya tidak mempunyai kemahiran undang2...

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Mereka cuma nak pastikan kempen mat sembab terhadap DSAI diteruskan

Pencatat sewajarnya perlu ambil tindakan tapi soalannya ialah tindakan yg bagaimana.

Buat masa ini mereka (umno-bn, polis)buat halangan kerana mereka tahu apa tindakan yg selalu PR ambil. Jadi mereka telah bersedia.

Cadangkan ambillah tindakan yg mereka tak sangka. Saya tidak tahu tindakan apa tapi pastinya lebih kreatif dan berkesan. Sebagai contoh ambil gambar mereka yg buat provokasi ini dan masukkan dlm TV Selangor atau buat "caught on camera" dan hantar ke BBC/CNN

2nd buat banting dan masukkan unsur humor seolah2 apa yg mereka buat tak akan jadi beri kesan pd PR / DSAI. Banting tu gantung atau tampal merata tempat atau gunakan disetiap sesi ceramah / pilihanraya.

3rd gunakan undang2 antarabangsa utk keganasan polis.

4th buat ceramah dipremis persendirian. Buat rakaman dan siarkan terus-menerus melalui web/youtube sbb tak boleh ramai kat premis persendirian.

5th....sori dah tak de idea

sekian

david ahmad muniandy berkata...

di amerika syarikat setiap taman mesti ada stage untuk melepaskan geram terhadap kerajaan yang tak melaksanakan tugas yang baik dan orang awam pergi dan lihat untuk berikan tepukkan. sebab amerika bebas lihatlah kalau menonton filem barat mengenai politik orang awam memberontak terhadap kerajaan. kalau di malaysia sudah di gam.

Tanpa Nama berkata...

mana ada keadilan dalam pemerintahan BN???

Tanpa Nama berkata...

ALLAHU AKBAR!!!!
HANCUR UMNAO....

Tanpa Nama berkata...

kalau nak polis, SPRM, SPR adil kena tumbangkan BN PRU13

Tanpa Nama berkata...

Golongan muda heendaklah menjadi sasaran penerangan setiap masa dan dimana sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Kerja lebih kuat tumbangkan BN PRU13, penerangan akar umbi kepada golongan muda

Tanpa Nama berkata...

Gerakkan penerangan pemuda secara bersendirian atau kumpulan untuk menumbangkan BN PRU13, usaha lebih gigih

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya ini petanda yg menunjukkan Umno/Bn telah yakin yg mereka akan terkubur tak lama lagi.Sekiranya mereka kuat dan mendapat sokongan rakyat tiada sebab utk merasa takut dan gelisah.

Cuba lihat bagaimana regime yg zalim sebelum ini yg telah bertindak lebih zalim dan tidak masuk akal ketika menghampiri akhir saat ajalnya.