Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.
Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.
Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.
Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.
Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.
Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.
"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.
Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.
Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.
Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon. Malaysiakini/-

12 ulasan:
SEMUA DAH DIJANGKA....
KELAPAQ NAK KUASA PUAK UMNO NI..
PADA AKU NAK AJAR PUAK2 PUAKA NI ,, TUNGGU PILIHANRAYA UMUM NANTI JE
TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR
NAMUN MENGUNDUR TIDAK SEKALI KALI
wa sulah agak wooo! esok2 sulah tiba PRU 13 pun PR sulah menang kalu, ubn mintak tangguh jugak maa! ha ha ha ha ha
mahkamah rayuan = confirm ameno
mahkamah tinggi = liberal...
macam aper ntah mahkamah mesia nie...teruk...pencabulan paling besar dalam dunia...what a shame of legislative institution in malaysia...
Semakin rakus umno/bn menyalahgunakan amanah kuasa yg diberi bermaksud semakin hampir kemenangan kpd perjuangan rakyat.
Kpd pejuang gerakan Islam gunakan ruang waktu yg masih ada utk mempertingkatkan amalan kerohanian dimlm hari dan gandakan gerakerja jamaah disiang hari.......insyaallah akan tiba masanya yg dijanjikan.
tunggu dan lihat satu lagi benda pelik di Malaysia
Patut kita malu dgn sistem kehakiman di malaysia..
senang sgt diubah2..
Kenapalah diorang ni macam ni. Dah kemaruk nak berkuasa. Sek ni mahkamah mmg ditangan dia. Hampeh sungguh....
SPR macam paria!!!
Mahkamah macam pelaq!!!
bn dah tak berduit nak tabur.. tuh jek yg aku nampak..
Assalamualaikum w.b.t.,
Apa yang berlaku ini lebih jelas menampakkan sikap spr itu sendiri. malah kita juga boleh menilai terhadap integriti mahkamah dan para hakim yang terlibat. walaubagaimanapun kita sebagai rakyat yang sayangkan negara ini perlu melihat dari skop ynag lebih jauh dan bijak untuk menghentikan amalan songsang oleh puak-puak pengampu ini. kita perlu menolak secara total pemerintah yang sedia ada ini yang jelas bertuhankan hawa nafsu semata-mata malah sesat dan amat menyesatkan masyarakat.
Sama-samalah kita berdoa kehadrat Ilahi dan bertekad untuk menumbangkan pemerintah yang bertindak semata-mata untuk menjaga kepentingan pangkat dan nama ini tanpa memperdulikan hak rakyat. mereka boleh reka berbagai alasan untuk mengiyakan tindakan mereka hanya rakyat yang dapat melihat gelagat songsang ini dan marilah kita membawa keluarga dan masyarakat kita dari fitnah besar ynag dibawa oleh pemerintah yang sesat ini mudah-mudahan kita akan terselamat ketika berhadapan di mahkamah Allah Rabbuljalil nanti...
Ini adalah perencanaan Allah. Kita jangan merasa gundah gulana kerana dari sikap hakim, SPR , polis dan lain-lain lagi sebenarnya babak-babak derama ini memberi peluang pada jenerasi muda untuk menilai cara pemerintahan kerajaan pusat. Insyaallah, jenerasi muda sekarang ini berpelajaran dan kami boleh berfikir secara akal yang waras dan jenerasi kamilah akan menjatuhkan kerajaan pusat. Takbir!!!!!!
Catat Ulasan