28 Oktober 2009

MB harap kemelut PAS selesai lusa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap mesyuarat khas PAS pusat Rabu ini dapat menyelesaikan kemelut isu kepimpinan parti walaupun tiada muktamar agung khas (EGM) diadakan.

Menteri besar Kelantan itu berkata sama ada EGM ataupun mesyuarat khas PAS, ia sama saja asalkan ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti.

"Tidak apa asalkan benda yang sama, dulu orang Arab tidak boleh ziarah kubur tetapi Nabi Muhammad ubah boleh ziarah kubur," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

Semalam, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PAS tidak akan mengadakan EGM seperti yang dicadangkan Nik Abdul Aziz sebelum ini, tetapi sebaliknya mengadakan mesyuarat khas Pas pusat bagi membincangkan isu parti.

Khamis lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.

Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul am itu.

Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang ke mesyuarat khas PAS pusat itu.- BERNAMA

MalaysiaKini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga Allah menyelamatkan kita daripada penyakit hati yg mengakibatkan pecah-belah. kepada penyokong dan para pendokong jangan mudah membuat spekulasi sendiri.. bersabarlah, tetapkan hatimu utk tetap berjuang utk islam dan thiqah kepada pimpinan. percayalah, pimpinan kita juga akan membuat keputusan yg paling terbaik utk islam keseluruhannya..semoga Allah beri petunjuk kepada kebenaran yg paling benar..ameen..

Tanpa Nama berkata...

Syabas Datuk Seri cepat-cepat patahkan isu yg berbangkit.
Selasa Oktober 27, 2009
PAS tutup pintu rundingan bentuk kerajaan perpaduan
OLEH ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu telah menutup semua pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menurut beliau isu kerajaan perpaduan tidak timbul lagi kerana perkara tersebut hanya dibangkitkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

"Itu dah tutup buku, kerajaan perpaduan tak ada lagi. Perdana Menteri zaman itu pun dah berhenti...Tak timbul lagi, sekarang Perdana Menteri baru.

"Tak timbul lagi masa ini, berhenti dulu. Itu konsep yang kita timbulkan masa zaman (Tun) Abdullah," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ditanya mengapa PAS menghentikan hasrat pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno, Abdul Hadi berkata: "Pemimpin yang ada sekarang kita belum tahu lagi apa sikapnya dan keadaan sudah berubah."

Malah Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata, hingga kini PAS tidak lagi menerima sebarang tawaran rundingan dengan Umno.

"Tak ada tawaran dan BN (Barisan Nasional) pun sedang mengurus rumahtangganya. MCA belum selesai, MIC belum selesai.

"Macam mana kita nak naik rumah dia kalau rumah dia kelam kabut," katanya.

Berhubung soalan sama ada PAS sedia untuk membincangkan kembali mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno, beliau berkata: "Masa depan kita tak tahu."

Diminta mengulas sama ada beliau menghadapi krisis dalaman dalam PAS berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduan tersebut, beliau menafikan mengenai perkara itu.

"saya rasa tak ada krisis kepimpinan, yang berlaku ialah pandangan yang berbeza," katanya.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa presiden lambat membuat pengakuan menolak kerajaan perpaduan, dan kenapa kumpulan UG tidak senada dalam pakatan rakyat, dan bertindak seperti UMNO?