28 Oktober 2009

KENYATAAN MEDIA : Ucap takziah kepada keluarga mangsa jambatan runtuh.

Berita duka dan mengejutkan apabila seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.

1.Saya mewakili PAS Perak dengan ini mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut dan mendoakan semuga Allah memberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi musibah yang berat ini.

2. Saya juga mendesak satu siasatan yang menyeluruh diadakan dalam beberapa aspek dibawah.

a. Apakah kewajaran diadakan perkhemahan yang melibat 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. Tidakkah program tersebut diadakan dimusim persekolahan dan disatu tempat yang mendedahkan peserta kepada bahaya kerana tempat tersebut terkenal sebagai aktiviti lasak , sedangkan mereka adalah pelajar sekolah rendah yang masih lemah fiskalnya.

b. Siasatan yang menyeluruh kepada pihak yang terlibat dalam pembinaan jambatan yang baru siap sekitar 2 minggu. Adakah terdapat kecuaian dari segi kulaliti pembinaan dan kelulusan projek kepada kontraktor yang kurang berkelayakan dan aspek lain yang difikirkan perlu.

c. Adakah penglibatan pelajat tersebut dikawasan yang dianggap mirip kepada aktiviti lasaa telah dilindungi dengan takaful atau insuran yang biasa dilakukan.

3. Dengan ini saya mengharapkan semuga tindakan yang sewajarnya diambil kepada pihak yang terlibat disamping pembelaan dan pampasan yang sewajarnya diberikan kepada kleuarga manga diatas kerugian kehilangan nyawa atau kecederaan kepada semua mangsa yang terlibat.

Sekian terima kasih :-

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua Penerangan PAS Perak.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah dia bala 1Malaysia, projek jambatan yang korup(mau untung lebih, tidak mengikut spesifikasi dan tidak membuat kajian yang mendalam keadaan tebing dan tiang yang hendak dibina). Saya syorkan kesemua mak bapak yang mengalami tragedi tersebut saman habis-habisan kerajaan 1Malaysia ni, biar habis duit-duit kita semua (kita nikan kerajaan 1Malaysia). Yang pengampu (KEPALA PPD) kamu gembiralah apa yang berlaku ke atas kami ini, yang kamu penting pangkat kamu akan terangkat, kamu ingat kepala-kepala PPD, kami sembahyang hajat siang-malam supaya kamu yang bersekongkol dengan pengkeparat-pengkeparat akan terima balasan di atas muka bumi ini juga, KAMI MAHU MELIHAT DENGAN MATA KEPALA KAMI SENDIRI. Biar puas hati kami atas kehilangan anak kesayangan kami, INSYA ALLAH!!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibat kerana terlalu ghairan dengan slogan 1M.

Sepatutnya murid berada di sekolah mengikuti pembelajaran kerana trajidi berlaku pada hari sepatutnya murid berada di sekolah / rumah.

1. Siasat siapakah yang membina jambatan dan
dan meluluskannya (Kelematan)

2. Siasat adakah bilangan guru mencukupi bagi mengawal keselamatan/kebajikan muris peserta program. Adakah ciri-ciri keselamatan murid dipatuhi. Mengapa murid tidak diiringi guru semasa bergerak dari tapak perkhemahan ke sekolah dalam suasana malam yang agak gelap.

3. Siasat apakah matlamat program - hanya untuk membodek slogan satu malaysia.

4 Siasat adakan program dilaksanakan kerana kerana memenuhi agenda politik UMNO/BN

umat Islam berkata...

semuanya Allah dah aturkan..
kenapa la kita selalu melatah? redha..itu yang susah sangat manusia nak buat.. Allah lebih sayangkan budak-budak tu..
jambatan tu runtuh hanyalah penyebabnya.. kalau tak runtuh, manusia tak akan sedar, tak akan muhasabah diri..
1 Malaysia ke, 1000 Malaysia ke itu soal lain.. agenda politik ke, tak masuk langsung

Tanpa Nama berkata...

aritu kejadian bangunan runtuh kat fair park...
skrg kat pos dipang pulak...
bala dtg dan pergi..
semenjak si zombry dgn kuncu2 rampas perak.. ader jerr kejadian x diingini berlaku...

Tanpa Nama berkata...

Bina stadium - runtuh
Bina masjid - runtuh
Makmal komputer - runtuh
Kolah Renang - Bocor
Kini Jambatan juga runtuh

Inilah projek kerajaan 1 M al-Runtuh balasan meruntuhkan Kerajaan Negeri Perak yang sah

Tanpa Nama berkata...

Ini semua Allah dah tentukan..
Kita manusia ni redha je lah..
Allah lebih sayangkan budak-budak tu..
apa kena mengena dengan 1 Malaysia?
lepas tu buat solat hajat mohon kehancuran orang lain?
buatlah solat / baca yaasin untuk budak-budak tu..
BN ke PR ke, sama je.. dua-dua tu parti politik.. masing-masing betul, dan masing-masing salah..jangan kita pulak melalut sama...
sekarang benda dah jadi.. Allah dah aturkan.. tengoklah macam mana kita manusia ni nak hadapi ujian yang Allah bagi ni..

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Berkuasa... rupa-rupanya secara senyap Kementerian Pendidikan telah menggerakkan program 1Malaysia kepada murid-murid tahun 6. UMNO/BN sudah pasti akan masukkan agenda UMNO/BN dan mempengaruhi pemikiran murid-murid.

Saya mengesorkan supaya pihak PR mendesak kerajaan mendedahkan program yg dijalankan.Apa modul yg di berikan kepada murid-murid tersebut.

Mengapa dibuat waktu sekolah? Sepatutnya murid-murid ini berada di sekolah bukannya di tempat perkhemahan.kalau nak buat perkhemahan sepatutnya waktu cuti sekolah. Berapa ramai guru dan Penjaga murid yang mengawal murid2 tersebut.Adakah mereka ini terlatih?

Semua ini ,NGO,PAS,PKR,DAP harus mendesak Kementerian bertanggungjawab dan siasatan harus dijalankan dan membuat satu peraturanyg lebih tegas.

Kepada PPD Kinta Selatan yg cuba bodek PM Najib dengan program 1 Malaysia patut dikenakan tindakan tegas.

Tanpa Nama berkata...

yang runtuh mesti bersebab..

mana datang nya duit untuk bina jambatan tu.dari mana kontraktor tu datang.ini bukan kes main2.Allah maha kuasa.ini semua mesti ada sebab..

masuksuku berkata...

salam yb
kenapa ya bila terjadi sesuatu tu..ayat dia adalah ketentuan ALLAH..memang betul lah..Allah maha pengasih dan maha penyayang..Allah tidak akan seksa kita..ibarat dengan ayat maha pengasih dan maha penyayang tu.jika kita apply kan pada manusia terhadap anaknya..nyamuk seekor pun tak dibenarkan mengigit anak tu..
Apa lagi pada ALLAH..yang bersifat begitu..terhadap hambaNYA..tapi kenapa terjadi satu malapetaka itu..mesti ada sebabnya..dan kita kena cari dan selesaikan penyebabnya..kita kena hukum yang buat kesalahan..bukan menyerahkan pada ALLAH saja tanpa tindakan apa apa..
jika tidak..harga minyak naik pun nanti disebut takdir ALLAH...Yuran naik takdir ALLAH..tambang naik takdir ALLAH..proton naik pun takdir ALLAH..
sebab apa ya..contoh lah anak umur 3 tahun yang baru pandai jalan jatuh..datang rumah sedara yang ada sungai ke..lombong ke..mak ayah dok sembang kosong..tak tau anak kat mana ..emak ingat anak dengan ayah..ayah ingat anak dengan mak..last anak dah mati lemas..adakah ini ketentuan ALLAH..MEMANG LAH KETENTUAN ALLAH..
tapi kalau difikirkan adalah kesalahan sendiri..kaji apa silapnya..bukan serah bulat bulat pada ALLAH....