PENGKALAN CHEPA, 16 Feb : - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.
Ini kerana PAS melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.
"Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.
"Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.
Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang semalam.
Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong menghilangkan diri dan hanya muncul bersama Najib di Putrajaya bagi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat.
Ekoran tindakan itu Najib mengadap Sultan Perak bagi membolehkan Menteri Besar BN dilantik.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat.
"Saya tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen.
"Kalau di Kelantan perkara seperti itu kita katakan pekerjaan hantu raya yang menyembunyikan orang," katanya.
Oleh itu beliau berkata, Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.
Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.
"Kalau Dato' Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Saya tak faham politik Umno sekarang," ujar beliau.
Katanya tidak menjadi halangan beliau terus kekal sebagai ketua kerajaan di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno.
Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengah-lengahkan tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehingga mengambil tempoh 58 hari dianggap sebagai satu permainan politik.
"Saya tahu SPR boleh bertindak atas kuasa mereka tetapi apa yang berlaku sekarang tarikh penamaan calon dan pilihan raya ada kaitan dengan perhimpunan agung Umno Mac depan," katanya. Harakahdaily.

6 ulasan:
bro, nak tanya.. bayangkan kalo ko masuk satu masjid, peh tu nampak Najib jadi imam... masjid sebelah pulak nik aziz jadi imam. ko nak berimamkan siapa?
p/s - nak tahu je...
malu lar sket org yang guna nickname haji nizar tu... Ko mmg tak paham islam.. tahu duk rase diri betul jer.. Tolong lah paham mane yang benar.. mane yang salah.. lompat boleh tapi jangan culik orang pastu suh orang lompat..tu nik aziz maksudkan.
hari org islam dok berkonflik jer..baik dlm & luar negeri ...pas,pkr & umno....bila nak bersatu perjuangkan agama islam & ekonomi org melayu.....org cina dah kaya raya...org melayu dok merempat sampai ke hari ini....yg jadik mangsa rakyat....org politik senang lenang fek..baik org pas, org umno org PKR....sudah la berpolitik..byk isu berkaitan ekonomi org melayu belum selesai...tlg la sedar wahai org umno,org pag, dan segelintir org melayu dlm PKR..
nick haji nizar,xya la nk bersembunyi disebalik nick haji nizar..hahaha ko jgn nk kutuk2 tok guru aku.. cakap biarlah berasas cket.. tok guru cakap mende betul..yg ko gi sokong najis tu kenape? da nmpk terang2 dia dalang disebalik kisah ni..haizz..dah dah la..jgn nak ta'wil lagi..
Salam, akhirat nanti ALLAH x tanya berapa harta yang kamu ada tapi yang ditanya sumber dari mana harta itu diperolehi.. masalah ekonomi ni,UMNO lah yang buat org melayu ramai merempat sebab puak tertentu aje yang kebas projek2 yang ada. InsyaALLAH bila Islam sejati jadi pegangangan dlm politik. Kita akan hebat sebagaimana Iran.
Drs,Sebagai se org yg "veteran",TGNA sudah masak dgn "sepak terjang" UMNO dan BN,we read between the lines,dr TPM yg dilihat akan memunahranah suasana siasah tanahair ada hikmahnya PM yg ada kekal seadanya sehingga PRU ke 13.PAS walaupun sibuk dgn pilihanraya kecil Bkt Gantang hendak nya ahli dan penyokong terus istiqamah dgn program tarbiah yg disediakan oleh pihak Partai.Ahklak yg goyah memberi ruang "pihak lawan" fire back.Dgn izin contoh nya peribadi ADUN changkat Jering,Behrang dan Bkt Lanjan menjadi topik hangat mutakhir ini.Semoga memberi iktibar buat kita bersama. Dang Ratna Kesuma.
Catat Ulasan