17 Februari 2009

Tuanku Mizan ingatkan rakyat hormati Perlembagaan

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan, titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat di sini.

“Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecah belahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan,” titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota Dewan.

Semoga titah DYMM Yang di-Pertuan Agung juga diambil iktibar oleh kumpulan yang rakus dan tidak sabar untuk mendapatkan kuasa dan sanggup melakukan kudeta di Perak .

Tindakan Najib, Zambry dan kumpulan nya ternyata telah menimbulkan pecah belah dalam masyarakat. Rakyat menjadi resah dan tidak puas hati sehingga tercetusnya sedikit ke tidak temteraman di Kuala Kangsar pada 6 Feb yang lepas.

9 ulasan:

The Spiral Eyes berkata...

saya takut Allah dari yang dipertuan agong

Tanpa Nama berkata...

hormat apanya SULTAN pon tak hormat perlembagaan... main ikut suka dia ja nak pecat orang...

RAKYAT suruh Hormat.. TAPI..SULTAN main redah ikut suka tak pa la pulak...

Tanpa Nama berkata...

Semoga Tuanku juga dapat menerima apa jua keputusan rakyat yang selama ini ditindas oleh puak2 yang hanya menurut hawa nafsu & membelakangkan Undang2 ALLAH. Ampun Tuanku!

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

saudara sekalian,

selami dalam-dalam akan titah DYMM SPB YDP Agong tu. HORMATI PERLEMBAGAAN, rasanya termasuk perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.

Dan sila baca titah ucapan penuh baginda. Antara lain baginda bertitah bahawa begitu kecewa dengan sesetengah pihak yang masih lagi menebal perkaumannya walaupun negara sudah 50 tahun lebih merdeka.

Parti mana yang perkauman? Semestinya UMNO, MCA, MIC dan komponen2 BN yang lain.

Mendalam betul titah Tuanku Mizan kali ni.... Ampun Tuanku.Sekalung tahniah dari patik pacal yang hina ini.

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Sultan ni dari keturunan lanun, kalau dah lanun, mana ada pelembagaan yang depa nak ikut...

nurilhakim berkata...

Slm ziarah,
Saya juga yakin bhwa titah yang dipertuan agong ditujukan kpda UMNO/BN, dan ugutan juga kpda parti bobrok itu..
yang dipertuan agong dlm bnyk peristiwa menunjukkan ketelusannya, dan sememangnya merupakan antara sultan terbaik. Malah jikalau tidak silap, beliau disebut sebagai anak didik Tuan Guru Haji Hadi juga..

daulat Tuanku, selagimana Tuanku Mendaulatkan Allah..

Tanpa Nama berkata...

Aku salute ngan Sultan Mizan ni,Sultan camni dah susah dah nak cari kat Malaysia ni,memang dalam maksud kenyataan dia ni,Sultan yang cenggini la yang kita patut limpahkan taat setia,jenis yg faham ngan kehendak rakyat dan faham ngan undang-undang bukannya pada jenis yang ketepikan kehendak rakyat dan jenis yang buat-buat tak faham (lupa!) ngan undang-undang..

Unknown berkata...

jgn terlalu menyanjung,kelak terkecut perut..hehe

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah merahmati Tuanku sebagai Agong di Malaysia ....!!!Laksanakan tugas2 tuanku berdasarkan hukum2 ISLAM yang sebenar .....Daulat Tuanku !!!