24 Mei 2009

Kuasa kini ditangan : Zambry tunggu apa lagi ?

MB Perak yang diperbaharui semula oleh Mahkamah Rayuan petang semalam pastinya bersyukur kerana masih menjadi MB. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapatkan kerusi MB dengan hanya melalui mahkamah. Kebiasaannya, jawatan tersebut diperolehi dari mandat rakyat dan Zambry memperolehinya melalui mahkamah. Sememangnya wajar beliau bersyukur kerana sepanjang sejarah di negara ini, boleh dikira peristiwa sedemikian berlaku. Hanya yang bertuah sahaja yang boleh menikmatinya.

Tanpa perlu bubarkan Dun, tanpa melakukan undi tidak percaya Zambry mampu menjadi MB dengan hanya ` anggukkan kepala' 3 Adun lompat di dalam istana, maka hilanglah kerusi yang diduduki oleh Nizar. Sesungguhnya Dewan Undangan Negeri Perak seperti tidak lagi berfungsi untuk menentukan kuasa rakyat. Kita diminta untuk tidak mencemarkan istana mahupun mahkamah, tetapi tidak kepada dewan yang mulia itu. Apakah selepas ini dewan yang mulia itu hanya akan dijadikan tempat `bergurau senda' atau pun tempat untuk menunjukkan `seni silat'atau kung fu masing-masing? Saya tidak pasti apakah fungsi dewan tersebut selepas ini.

Sekiranya ditakdirkan berlaku lagi beberapa Adun yang `hilang' atau `ghaib' beberapa hari tanpa khabar berita, kemudian secara tiba-tiba muncul di depan istana menjerit memberitahu mereka telah hilang sokongan terhadap MB sekarang, apakah sekali lagi jawatan MB akan bertukar? Sehingga kini saya masih tidak mendapat jawapan mengapa begitu sukar untuk membuat pengakuan secara terbuka di dewan melalui undi tidak percaya kepada kerajaan yang memerintah. Mengapa harus hilang beberapa hari dengan berbagai alasan yang tidak munasabah, kemudian muncul di dalam istana untuk menyatakan sokongan? Bertambah pelik lagi, seorang Adun yang belum habis edahnya `bercerai' dengan Umno, tiba-tiba `rujuk' kembali kepada Umno dan istihar sokongannya kepada Umno/Bn di dalam istana? Persoalannya, mengapa tidak menghormati dewan yang mulia itu?

Sesungguhnya istana telah menggunakan kuasanya, begitu juga mahkamah turut menggunakan bidang kuasanya. Kita hormati kuasa yang dimiliki oleh kedua-dua institusi tersebut. Yang masih belum menggunakan kuasanya lagi adalah rakyat. Adakah rakyat berpeluang untuk menggunakan kuasanya? Apa yang saya faham, seorang diktator tidak akan memperdulikan hak dan kuasa rakyat. Tidak mungkin Zambry bersifat sedemikian kerana Zambry sudah pasti akan mematuhi arahan PMR (Perdana Menteri Rakyat) agar `Rakyat Diutamakan'. Jika demikian halnya, Zambry tunggu apa lagi, kuasa sudah dimiliki kini dan bergegaslah ke istana untuk memohon agar Dun Perak dibubarkan.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

24 ulasan:

Awanama berkata...

saya bangga menjadi rakyat malaysia...mahkamah yang paling adil di dunia.lepas ni bolehlah promote kat dunia,sapa2 yg ada kes..jom bicara di mahkamah malaysia,mahkamah yg palin arif berkenaan perlembangaan...
hidup malaysia....

Unknown berkata...

Ha..ha..ha... Kalau mahkamah boleh tukar menteri besar... Pakat guna mahkamah tukar najib... keh keh keh.. seperti tukar emas kepada beruk.

mie berkata...

salam,

sygnya para hakim tak membaca blog, jadi mereka tak rasa bersalah untuk membuat penghakiman yang salah

ikan emas berkata...

Seorang pemimpin yg dipilih mestilah CERDIK,SABAR dan SETIA serta AMANAH bukan spt.. Jangan jadi pemimpin yg memecahbelahkan dan menghuruharakan negara.

Awanama berkata...

Jangan diharap padi seberang,
Entahkan jadi entah ketidak,
jangan diharap DUN dibubar,
kalaulah UMNO/BN mungkinya tidak,

Saya harap rakyat perak semuga bertenang dan bersabar, berdoalah semoga tiada bala yang akan menimpa negeri perak, saya berpendapat DUN perak amat sukar untuk zamry memohon kebawah duli tuanku untuk memohon pekenan Dun dibubarkan, kerana presiden UMNO tidak rela DUN perak dibubarkan didalam situasi politik perak masakini yang presiden UMNO dapat rasakan untuk meraih simpati rakyat untuk menyokong BN dalam pilihanraya DUN perak amat sukar untuk diraih, memandangkan sokongan untuk pehak pembangkang dari rakyat amat padu untuk ditembusi oleh BN.

suara UMNO diperak bagai tidak dipedulikan oleh rakyat perak itu sendiri malah ahli ahli UMNO kurang memberi sambutan terhadap menteri besar yang diberi hak memegang jawatan oleh mahkamah, rakyat perak sendiri terasa diri mereka telah tertipu oleh permainan politik kotor dari pehak umno, hak mereka dinafikan, kebebasan mereka untuk memilih disekat, rakyat perak amat kecewa diatas sikap segelintir dari parti umno yang kerab melaung laungkan slogan RAKYAT DI DAHULUI hanya sebagai slogan dan perdana menteri juga bagai membiarkan negeri perak menjadi senario politik yang tidak stabil, malah rakyat malaysia am nya telah resah kerana melihat senario politik tanah air agak kucar kacir dibeberapa negeri sejak kebelakangan ini apakah disebabkan kelemahan perdana menteri sendiri yang tidak kreatif untuk mencari jalan penyelesaian atau perdana menteri mahukan rakyat bangkit menghukum parti yang diterajui oleh perdana menteri.

saya tertarik dengan slogan perdana menteri seperti, PERDANA MENTERI RAKYAT, RAKYAT DIDAHULUI, tetapi kalau setakat slogan sahaja tanpa kenyataan dan tiada memberi apa apa faedah kepada rakyat, lebih baik slogan itu dilupakan.

dari
RAKYAT KECEWA
JPM
PUTRAJAYA.

Harris Abdullah berkata...

YB Zambry perlu berterima kasih bukan bersyukur. Harap faham maksud saya

Awanama berkata...

Mengikut kefahaman saya, Rakyat hanya pilih ADUN bukan MB.

IKHWANUL" MUSLIMIN berkata...

saya menjemput semua warga blog cina islam datang melawat blog saya ....wassalam..hidup yb..hidup nizar!!!!!ALLAHUAKBAR

yes berkata...

Beranikah Zambery? Rasanya tidak. Kenapa? Banyak lagi yang belum selesai. Kalau dah dudok atas pokok tak kan tak ingin makan buah sebelum turun.

Awanama berkata...

H1NI = HISHAMUDIN 1 NAJIB 1...HARAP MAKLUM...

M.I.H,BATU PAHAT

Awanama berkata...

sama ajer 2x5, 5x2.... perangai masing2 mcm budak2.

CIKGU FORM SIX berkata...

SAYA SETUJU......UBN TIADA PILIHAN TERBAIK. SAMA ADA YB NIZAR MENANG ATAU ZAMRY MENANG, DUN PERAK AKAN BUBAR. TIADA PILIHAN.ZAMRY PERLU CEPAT MENGADAP TUANKU SULTAN PERAK, MOHON PERKENAN BUBAR DUN......NAJIB TENTU SETUJU....MAKLUMAT TERBARU !!!!! DAN RAKYAT MESTI HUKUM UBN SEBERAT-BERATNYA WALAUPUN UBN ADA ANDAIAN TERSENDIRI...BETUL TAK ZAMRY ??

mie berkata...

salam YB,

ulasan sy tak disiar pun, ada sekatan terhadap kebebasan bersuara ke, terima kasih

Awanama berkata...

memang Zambry nak jadi MB dari dulu lagi, even masa Tajol Rosli jadi MB dia sudah menghasut ahli exco UMNO yg lain supaya tidak memileh Tajol Rosli jadi MB.

Awanama berkata...

klu smua mahkamah cepat camni...
byk kes dah selesai...

TpK berkata...

Ini adalah suatu "precedent" yg UBN sendiri sebelum ini kata tak mungkin berlaku bila DSAI cuba mendapatkan MP2 UBN berpaling tadah. Nah!! sekarang...wahai penyokong2 UBN, kamu semua harus terima sekiranya satu hari nanti memg benar2 terjadi MP UBN beralih arah dan YDP Agong melantik PM dari kalangan MP PR tanpa Najib perlu letak jawatan. Sanggupkah kamu semua penyokong UBN terima keadaan semcm tu? Jgn nak buat mcm2 alasan plak ye....!!! Utk MP2 UBN yg ada ura2 tu, tgk sendiri le mahkamah pun sudah mengesahkan perkara semcm ini boleh dilakukan....so, tunggu apa lagi?

musafirlalu berkata...

DS Zambry pasti tidak akan membubarkan DUN Perak.Itulah kenyataan yang patut kita terima, kerana beliau tidak akan sesekali membubarkan Dewan.Beliau tidak akan meninggalkan kerusi empuk tersebut kerana beliau tahu sekiranyan beliau membubarkan Dewan maka sampai bila-bila beliau tidak akan merasainya lagi.Walaupun pemerintahan BN hanya tinggal beberapa tahun lagi.

Dimanakah resionalnya BN untuk membubarkan DUN Perak.Kerana mereka telah tahu hayat mereka tidak akan panjang.Jadi kekalkanlah pemerintahan yang masih ada.Kautkanlah segala kekayaan yang ada semasa masih lagi berkuasa.Inilah sahaja peluang yang ada kerana yang pasti Mahkamah rakyat akan bersidang dalam masa beberapa tahun lagi.Setelah dua institusi dapat diperkudakan.Tetapi yang pasti dan yahg sah adalah Mahkamah rakyat yang akan menghukum mereka.

Sekarang ini mereka dengan angkuh melalui badut mereka siapa lagi kalau bukan Ezam dengan kenyataan yang mereka ada senjata rahsia untuk menghadapi rakyat.Satu kata-kata yang tidak pernah berubah setelah keluar daripada PKR.

Tentang lompat melompat parti yang bermula dengan Datuk Nasa.Bagi pengamatan saya hanyalah srategi UMno sahaja untuk memasuki kumpulan Adun Pakatan Rakyat sahaja.Kemasukan beliau hanyalah untuk memcari dimana kelemahan Pakatan Rakyat.Seperti kata Adun lompat dari Behrang,dah 10 tahun beliau berjuang dalam PKR.Apa yang PKR dapat bagi untuk membalas jasa beliau.Perlukah kita menyimpan orang-orang seperti beliau.Orang yang berjuang dalam parti untuk memdapat imbuhan dunia semata-mata.Oleh itu saya mengharapkan sangat-sangat kepada pucuk pimpinan PR supaya tidak menerima wakil rakyat yang melompat parti untuk menyertai PR.Biarlah kita bekerja dengan kekuatan kita sendiri.

Saya sudah 32 tahun berada didalam Pas.Macam-macam peristiwa pahit maung yang telah saya hadapi.Walaupun diNegeri asal Pas pernah memerintah dahulu tetapi saya tidak pernah mengharapkan apa-apa habuan pun sedangkan banyak keringat dan tenaga telah saya curahkan.Bagi saya satu kemenangan sudah cukup untuk membayar segala usaha saya.

Bagi PR...Pastikan kali ini calon-calon yang akan dipilih tonjolkanlah calon yang terbaik,khasnya calon daripada PKR.Maafkan saya kalau saya terlalu berterus terang.Tetapi itulah realitinya apa yang saya lihat dan dengar.Kerana yang segelintir inilah yang akan merosakkan parti.Jangan jadi pisang berbuah dua kali.Bekerjalah kita secara berpasukan kerana itu adalah yang terbaik dalam masa sekarang.Lihatkanlah kepada rakyat tentang perpaduan yang telah kita rintis ini.Selesaikan isu-isu yang berbangkit dengan cara yang berhikmah.Banyakkan bekerja daripada bercakap.

Kita bagilah peluang kepada MB D Pulau itu untuk merasai sekejap kerusi empuk tersebut.Biarkanlah siluncai dengan labunya.

RBF Online berkata...

adun yg bercerai dgn bn tu bercerai dun atau dimana ?

tolong jawab mari wahai tok bomoh idham lim

cakap tak serupa bikin

ajib berkata...

ya saya sokong tapi kalau kes tu berkenaan & menguntungkan UBN je ler kalau lain-lain kes takyah ler takut dah mati pun kes tak selesai..

Tapi kalau kes seperti di atas 10 minit pun boleh settle punya....kita minum dulu....teringat satu iklan kat TV satu masa dulu ...rupa-rupanya DUn kita pun dah jadi camtu dibuat UBN....mcm sidang budak-budak je he he he tahniah tahniah taniah.....

1 Malaysia ....Ajib yang punya..he he

Rahsia 4 Angka Sebulan berkata...

Walau apapun keputusan... Semua pihak perlu bertenang dan hadapi segala apa yang berlaku ini dengan lebih baik dan matang.

Yang menang... Jangan terlampau asyik dengan kemenangan tu.

Yang kalah... Jangan terlampau membara rasa ketidakpuasan tu.

Tenang. Waras. Berakal. Jadi lebih baik dan matang.

Hah... sekarang Zambry dah ambil 'takhta' MB. Apa lagi... isytiharkanlah kehendak rakyat kepada Sultan. Suara rakyat secara hampir totalnya memekik-mekik untuk mereka 'memangkah' kembali - pilih kembali barisan pimpinan mereka sendiri.

Tiada pilihan dalam 'drama' ini, melainkan 'dengar' kepada suara rakyat.

- Usahawanita Internet, Zainun Mat Deris.

Pesanan berkata...

Wah lepas ni bolehlah Zambry menyamakan dirinya dengan Bush pulak. Maklumlah, Bush pun menang melalui mahkamah jugak tahun 2000 dulu walaupun kalah undi popular.

siti zulaikha yusoff berkata...

Salam..pada yang berkenaan takutlah pada mahkamah Allah swt

mamat berkata...

bolihkah kita bersyukur apabila mendapat benda haram...

Awanama berkata...

Assalamualaikum...

Maaf menganggu semua. Teman pun orang perak tak terasa pun nak minta pilihanraya semula. Kalau kat kawasan teman ni yang nak minta pilihanraya semuanya yang datang ke masjid celan celuk jer itupun sebab ada ceramah, kalau tak ada haram datang masjid, subuh lagi la tak nampak muka. Carilah Kebenaran , mulakan titik perpaduan , sematkan kasih sayang antara Saudara ISLAM.

Sesungguhnya Nerakalah tempat bagi yang memutuskan silaturahim sesama Islam.