24 Mei 2009

DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.

"Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi semalam.

Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.

"Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas.

"Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun," katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan.

"Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan.

"Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar.

"Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam," katanya.

Katanya, jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Berhubung pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke-55 bulan depan, Nik Aziz berkata, beliau percaya perwakilan akan membuat pilihan yang tepat.

Beliau melahirkan sokongan kepada calon-calon yang mahu bertanding kerana mahu membantu dan menyayangi parti, bukan yang sengaja bertanding untuk mencetuskan gangguan. Harakahdaily.

2 ulasan:

ubatkuat berkata...

SALAM BUAT SEMUA,,SAYA MERASA APA ERTI DEMOKRASI JIKA KITA TIDAK MENYUBURKANNYA,,PILIHAN RAYA ADALAH ROH DEMOKRASI DAN TIDAK SEPATUTNYA SESEORANG ITU MERASA GENTAR ATAU RUGI LANTARAN MENGENANGKAN MENANG ATAU KALAH,,RAKYAT ADALAH PENENTU BAGI MEMILIH CALUN YG LAYAK MEMIMPIN MEREKA ,, TAPI JANGAN RAKUS DAN TAMAK JIKA HABUAN DUNIA DI KELEK DAN TUNTUTAN ISLAM DI BIAR BERCICIRAN,,BAGI RAKYAT KELANTAN DUN MANIK URAI,,PILIH LAH YANG TERBAIK DARI TERBAIK UNTUK MEMIMPIN,,PILIH LAH YG BENAR2 KOMITED DENGAN PERJUANGAN ISLAM YG DIDUKUNG OLEH TOK GURU DAN SAF PIMPINANYA
SELAMAT MENGUNDI DAN TERUS BERTAKBIR HINGGA PANJI2 ISLAM TEGAK DI BUMI INI

alamalikut berkata...

UMNO sepatutnya tak payah bertanding di manik Urai... sbb dipenanti umno kata tak nak bazirkan wang rakyat... now manik urai umno kena ada pendirian yang sama juga...sbb tak nak bazirkan wang rakyat..,, rupa rupanya selama ini mana mana prk hatta p/r umum umno/bn telah menyalah gunakan wang rakyat..songlap duit rakyat untuk kegunaan mereka... umno selama ini tidak pernah gunakan duit dari tabung umno senddiri membiayai kos mana mana prk sebaliknya mencuri wang rakyat untuk kepentingan mereka.... INI CERITA SEBENAR YG KELUAR DARI MULUT NAJIB.. TERSIRAT TERSURAT NOW TERJERAT...