Sesungguhnya perhimpunan kebangkitan rakyat semalam adalah satu
kejayaan. Dianggarkan hampir 200 ribu rakyat Malaysia telah turun ke
Stadium Merdeka tanpa dibayar dan dipaksa mahupun diumpan dengan beras
semata-mata mahu menunjukkan kebencian dan betapa meluatnya mereka
kepada pemerintahan Umno-Barisan Nasional.
Yang lebih membanggakan adalah 70 peratus yang hadir itu adalah daripada bangsa Melayu/Islam kerana pada perhimpunan kali ini, orang-orang Cina dan India tidak berapa ramai turun. Hal ini kerana perhimpunan kali ini adalah anjuran parti-parti politik dan bukannya anjuran NGO seperti BERSIH 2 dan 3.
Namun, itu tidak bermakna orang-orang Cina telah kembali kepada Umno. Mengikut kajian saintifik yang terbaru, sokongan orang Cina kepada BN hanyalah pada tahap 20 peratus atau lebih sikit.
Hakikatnya, kedatangan ratusan ribu bangsa Melayu kepada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah tanda jelas bahawa bangsa Melayu sedang bangkit.
Yakni, bangsa Melayu sedang bangkit menolak dan membuang Umno.
Insya-Allah, Umno akan tumbang kerana ketiga-tiga bangsa di Malaysia sudah menolak parti yang hanya tahu mengkayakan anak beranak pemimpin mereka sahaja.

harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan