MARAN - Ibu bapa di penempatan tiga estet dekat Pekan Sri Jaya resah
memikirkan keselamatan anak mereka yang terpaksa menempuh perjalanan
berbahaya bersama ratusan lori muatan berat pada setiap hari untuk ke
sekolah berdekatan sama ada dengan menunggang motosikal atau menaiki bas
sekolah.
Pelajar berbilang kaum dari estet Asia Farm Oil, Asia Pahang dan Ladang Maran itu tiada pilihan lain memandangkan laluan tanah merah tersebut merupakan satu-satunya jalan keluar masuk ke penempatan mereka sejauh 25 kilometer untuk bandar terdekat iaitu Pekan Sri Jaya.
Walaupun ada dalam kalangan pelajar terbabit yang mengambil keputusan untuk tinggal di asrama terutama bagi pelajar bakal menduduki peperiksaan utama.
Sebahagian lain berulang-alik dari setiap hari ke Sekolah Kebangsaan (SK) New Zealand dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran.
Kongsi jalan dengan kenderaan berat
Seorang bapa, Abd Rashid Mat Nor, 46, berkata, jalan tanah merah itu digunakan penduduk sejak sekitar tahun 70an namun malangnya kini,
mereka terpaksa berkongsi dengan lori membawa muatan tanah, balak, dan bijih besi.
Menurutnya, keadaan jalan bertambah teruk sejak empat tahun lalu selepas beberapa lombong bijih besi beroperasi di kawasan tersebut dengan permukaan berbonggol, lubang, lopak dan berbatu sehingga menyebabkan kerana tempoh perjalanan bertambah panjang.

“Anak saya akan keluar seawal jam 5.30 pagi dengan menunggang motosikal agar tidak lewat sampai di sekolah.
“Jika musim hujan, jalan berlumpur dan licin manakala bila musim panas, pelajar terpaksa menempuh laluan berdebu terutama ketika berselisih dengan deretan lori.
“Tayar motosikal pancit sudah banyak kali berlaku selain pakaian sekolah yang kotor teruk kerana debu,” katanya.
Pengusaha bas sekolah, Zulkepli Abdullah, 62, berkata, kerosakan jalan menyebabkan pelajar sekolah terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi kerana bas sekolah bertolak sebelum jam 5.30 pagi.
Bas gerak awal pagi
Menurutnya, bas bergerak keluar awal bagi mengelak kemungkinan masalah timbul berdasarkan kejadian sebelumnya seperti bas tersangkut atau mengalami kerosakan lain.
“Bas tidak mempunyai penghawa dingin maka pelajar terdedah kepada habuk dan debu sekali gus menjejaskan kesihatan mereka.
“Saya mengambil masa satu jam setengah untuk keluar ke Sri Jaya dan pelajar sampai rumah selewat jam 7 malam.
“Keadaan ini membuatkan pelajar tidak selesa dan malas hendak ke sekolah akibat letih sekali gus mengganggu prestasi pelajaran mereka,” katanya.
Zulkepli berkata, kenderaan berat yang mengangkut tanah ke kilang memproses bijih dipandu warga asing secara merbahaya tanpa memikirkan pengguna kenderaan ringan lain.

Menurutnya, lori membawa tanah merah ke kawasan lombong memandu laju
dan memotong sesuka hati tanpa memberi isyarat serta bergerak melawan
arus.
“Mereka sering beriringan seakan berlumba sehingga memaksa kami memberhentikan kenderaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Walaupun berisiko bahaya dan mengancam keselamatan pelajar tapi kami terutama ibu bapa tiada pilihan,” katanya.
sinar/-
1 ulasan:
Salam kenal & sukses selalu.
Catat Ulasan