Drs. Khalil sedang memberikan kenyataan dalam sidang media pagi tadi.
IPOH, 3 Mei :- Ekoran dari 5 kediaman ADUN Pakatan Rakyat "diganggu" oleh pihak keselamatan, satu sidang media dilakukan di pejabat DAP Ipoh oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim pada jam 11.30 pagi tadi.
Selain itu Sidang Media itu juga dihadiri oleh Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf dan Thomas Su.Manakala ADUn yang hadir ialah, Chang Lih kang (Teja),Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Lim Phek Her(Mengelembu)
Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..
Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.
Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-
1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.
2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.
3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.
4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?
5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.
3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)
Selain itu Sidang Media itu juga dihadiri oleh Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf dan Thomas Su.Manakala ADUn yang hadir ialah, Chang Lih kang (Teja),Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Lim Phek Her(Mengelembu)
Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..
Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.
Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-
1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.
2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.
3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.
4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?
5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.
3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)
37 ulasan:
salam yb
saya tertarik untuk ulas perkara no 5
yb jgn buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. jgn calarkan imej baik dan alim yb
saya sanggup untuk menghadapi resikonya kerana maklumat yang saya terima cukup jelas dan dipercayai dari seorang pegawai dibangunan SUK. terima kasih dengan ingatan saudara.
Lawan tetap lawan YB.
Saya menunggu-nunggu hakikat yang akan berlaku seperti mana yang YB nyatakan dalam ceramah di Bandar Baru Uda baru-baru ini.
Semoga YB haram mereka digantung lagi bersama kendat-kendatinya.Takbir!
JGN TAKUT YB! KAMI DIBELAKANG YB. APALAH SI FAISALTU CKP? KALAU BERANI BAGITAU ALAMAT ATAU NO TEL. MARI KITA BERDEBAT. JGN DOK UGUT YB KAMI YG IKHLAS BERJUANG!
saya berharap majlis peguam akan dapat turun beramai - ramai membantu pr kerana keputusan mahkamah bukanlah satu arahan kepada speker, sekaligus kuasa speker masih tidak boleh dinafikan. kehadiran majlis peguam mampu membantu pr melawan sebarang tindakan yg di ambil oleh s/u kerajaan perak. lagi molek kalau ada peguam atau hakim dari britain yg turut hadir kerana perlembagaan malaysia berdasarkan dari britain dan digunakan disemua negara komanwel
drs khalil
berani buat berani tanggung!
jangan nangis macam budak nanti!
1,2,3,4 ada realistiknya kan, walaupun tak tahau ada kesahihannya, tapi yang 5 tak ada pendekatan lain ke YB selain bomoh2 ni? cari lah pekara lain nak penuh kan kolum tu kan,...heee
mama faisal hebat betul awak ek,aper topik debat?
huhuhu mama faisal hebat,cuak kawan bace komen anda,hehehe......klu betul branie paparkan no tel anda dahulu,jgn sembang jer?amcm ada bran....
Assalamu`alaikum YB,
Kot-kot tukang bersih (cleaner). Maklumlah DUN dah lama sangat tidak bersidang dan kerusi-kerusi semua itu tentunya berhabuk dan perlu dibersihkan terutamanya kerusi Speaker. Buat dia marah, tidak kah haru biru sidang itu.
Adakah sesiapa yang tahu apa agaknya jampi bomoh itu? Krisis Perak ini, adakalanya lucu juga.
Saya amat tertarik kepada kenyataan YB bahawa ramai pegawai polis datang kerumah ADUN ADUN Pasir Pinji, Menglembu, Kepayang, Buntong dan Teja. Kedatangan mereka tidak diundang mengambil gambar gambar adalah satu perbuatan provokasi menjelang sidang ADUN pada 7hb Mei 2009.
Adakah ini untuk mengugut agar ADUN ADUN berkenaan menyokong BN dalam sidang tersebut. Diharap agar ADUN ADUN berkenaan tetap setia kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk menghadapi krisis ini.
Ada lagi manusia di zaman moden manusia yang mempercayai bomoh & jampi.
Saya rasa jawatan MB Perak patut di beri pada DAP kerana mereka mempunyai kerusi terbanyak berbanding PAS. Jika tidak, PAS & DAP hendaklah bergabung di bawah satu perlembagaan dan satu presiden seperti BN. Apa kata YB?
assalamualaikum YB, terimalah kenyataan bahawa PR bukan lagi kerajaan di Perak. Tiada rampasan kuasa, yang berlaku adalah takdir. Cukup-cukuplah merosakkan rakyat YB. Insaflah.
Apa bukti UMNO pakai bomoh?? Apa bukti Zambry terlibat?? Tuduhan gila.
Berani kerana benar. Takbir!
kepada AYOB MAMAT, terima kasih dengan anda yang mengingatkan saya dengan takdir, namun ALLAH melarang manusia melakukan khianat dan kezaliman dengan merampas hak orang lain, inilah yang dilakukan BN di Perak.
Begitu juga Manusia tidak bolah berserah semata-mata kepada takdir melainkan perlu didahulukan dengan ikhtiar.
Kami berpegang kepada amanah rakyat pada 3 mac 2008, makanya ikhtiar sedang kami lakukan untuk mengembalikan "barang yang dicuri" oleh BN.
mudah cerita macam saudara kata, nak tanya kepada anda....kenapa BN lebih awal tidak percaya kepada takdir..rakyat telah tolak BN di Perak.
oleh itu tumpukan sepenuh masa jaga terengganu, InsyaAllah akan datang BN juga seperti saudara kata, kena terima takdir akan ditolak sekali lagi oleh orang terengganu.
kalo kita belajar undang2 islam, kita akan temui satu kaedah yang berbunyi "beban pembuktian adalah terletak di atas org yang membuat tuduhan"...jadi saya harap saudara yang melaungkan untuk menubuhkan negara Islam bersama undang2 Islam tahu perkara ini...so, setiap kali nak kuarkan sebarang kenyataan yang berupa tuduhan, sila hadir bersama bukti jika ada...
ini bukan untuk saudara sajaja tapi kepada semua ahli2 politik negara ini...tak kira UMNO, PAS atau PKR...
anda sumer sama sahaja...
cakap tak serupa bikin...sokong sesuatu perkara kalau memberi faedajh kepada anda (contoh: isu lompat parti...tak pernah bising masa Anwar Ibrahim yng memulakan, tetapi bila terkena pada batang hisung sendiri, cakap sebaliknya)
hentam ulama...sila ler baca blog2 pengikut anda dari kalangan org PAS. ada yang hentam Mufti Perak sbb membuat kenyataan yang hentam kerajaan PR (cnth: isu pemimpin DAP baca ayat Quran)...adakah ulama dikira tak betul kalo tak ikut pas sedangkan mufti Perak terkenal dengan kenyataan2 yang menghentam kerajaan sebelum ni, tpi anda sokong sbb memberi faedah kepada anda...
makin banyak org ameno meroyan masuk sini... semata2 kerana isu bomoh.... gua nak tergelak la.... bomoh dengan ameno nyer perangai memang sama....
Baca balik kisah di Kelantan macam mana TG Nik Aziz dan kawan-kawan berdepan dgn perbuatan orang-orang melayu jahil utk menyihir orang-orang beriman. setiap perhimpunan umno di PWTC dulu kerja-kerja bodoh itu juga pernah dilaporkan. Saya kira Najib dan Kak Fidah tentu senyum....
Jangan dihiraukan org2 ameno yang sedang gilo dan meroyan kat blog ni.. org2 ameno ni memang dulu, kini dan selamanya gilo kuasa... lebih2 lg si Zambr* yg terlampau gilo kuasa tu... Ingatlah pemimpin dan ahli ameno semua, salah satu golongan ahli neraka adalah Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahunya kerana balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
UMNO ni United Mamak National Organization ka?
sgt menarik bila blog YB dah dibaca oleh org UMNO..moga mendapat hidayah dan berfikiran lebih rasional
kesian sebenarnye saya tgkkan yb ni......semoga Allah mengampuni keluarga LIM ni....semakin hari semakin kusut......
Salam
Takkan tak ingat kot peristiwa di bangunan UMNO beberapa detik sblm pak lah diletakkan jawatannya secara memalukan. bwh meja tempat Pak Lah duduk tu ade org lekat sesuatu yg meragukan, media laporkan tangkal. Takkan PR nak pegi lekatkan dgn kawalan keselamatan yg tinggi. Ni mseti keje geng2 UMNO jgk, takkan cleaner kot. realitinya UMNO ni memang suke gune bomoh. dari isu nak mudah menang pertandingan sampailah utk kacau Dun yg akan dtg.. Syirik tu kawan2 tinggal2 kanlah.. Meh sertai pakatan, UMNO dah tak valid sbb gune care kuno.
kahkahkahkah... yb glamer betul lani. org sarkas = umno pun baca blog yb. pastu bodoh giler plak tu bagi statement.
pada ayob mamat, nanti bila mak kau kena liwat ngan bapa saudara kau, kau buat diam je, itu namanya takdir, pastu bior je walaupun hari2 kena liwat sebab adik beradik.
Salam YB..
saya lihat atas kenyataan yang berani YB keluarkan dalam media, begitu juga berani YB mempertahankan kenyataan yg disertakan bukti. Sikap begini yang perlu ada setiap YB yang berani keluarkan kenyataan berserta bukti. Bagi saya istilah Bomoh bukan asing dalam perak, malah 'santau' juga amat kuat diperak,so walaupun sekarang moden tapi kenyataannya ALLAH tetap menjadikan manusia itu berbeza2, walau apa pun yang pasti kalau ada ilmu hitam yang digunakan sudah pasti ilmu putih menjadi penawarnya. apa pun tindakan saman menyaman ini sekadar hendak menunjukkan bahawa pihak yang dituduh tidak bersalah selepas YB sendiri menyatakan bukti yang YB ada. Jadi jgn lah YB takut utk menentang sifat kebudak - budakan yang menyaman YB bak ibarat seperti bila anak jiran di tegur kerana kesalahannya si bapa mula melenting tanpa usul periksa dan mula buat laporan yang bukan2 hanya semata2 utk menutup malu atas kesalahan anaknya sendiri. apa pun Berserah pada ALLAH sepenuhnya. GOOD LUCK YB
Kalau meja Pak Lah kat Putrajaya dulu ada jumpa tangkai tak nak hebohpun.YB kita buat laporan kenyataan akhbar terus kecoh kata buat tuduhan palsu.
Kepada YB Idham jangan dilayan komen2 yang bodoh kerana penyokong2 YB mampu untuk menerangkannya.
salam YB..
teruskan perjuangan YB..YB nak tanya cikit..Ape citer dgn terengganu?
"5/03/2009 2:50 PM
Tanpa Nama berkata...
kalo kita belajar undang2 islam, kita akan temui satu kaedah yang berbunyi "beban pembuktian adalah terletak di atas org yang membuat tuduhan"...jadi saya harap saudara yang melaungkan untuk menubuhkan negara Islam bersama undang2 Islam tahu perkara ini...so, setiap kali nak kuarkan sebarang kenyataan yang berupa tuduhan, sila hadir bersama bukti jika ada...
ini bukan untuk saudara sajaja tapi kepada semua ahli2 politik negara ini...tak kira UMNO, PAS atau PKR...
anda sumer sama sahaja...
cakap tak serupa bikin...sokong sesuatu perkara kalau memberi faedajh kepada anda (contoh: isu lompat parti...tak pernah bising masa Anwar Ibrahim yng memulakan, tetapi bila terkena pada batang hisung sendiri, cakap sebaliknya)
hentam ulama...sila ler baca blog2 pengikut anda dari kalangan org PAS. ada yang hentam Mufti Perak sbb membuat kenyataan yang hentam kerajaan PR (cnth: isu pemimpin DAP baca ayat Quran)...adakah ulama dikira tak betul kalo tak ikut pas sedangkan mufti Perak terkenal dengan kenyataan2 yang menghentam kerajaan sebelum ni, tpi anda sokong sbb memberi faedah kepada anda..."
- kenapa takde sorang pun yang menjawab persoalan yg diberi ni?
As'kum YB, kalu BN buat apapun semuanya betul walaupun main belakang bini orang tp kalu PR semuanya depa kata salah walaupun main bini sendiri. anyway u go YB. rakyat back u up !
kepada saudara yang tidak bernama yang menanyakan persoalan ini, ya, memang benar "beban pembuktian terletak di atas orang yang membuat tuduhan". Orang yang dituduh itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Dalam kes YB Khalil menuduh YB Zambry, ya, memang beban pembuktian terletak di bahu YB Khalil. Jika YB Khalil mempunyai bukti yang kukuh, dia mempunyai pilihan sama ada untuk menyampaikan bukti kepada orang ramai ataupun pihak polis. Tetapi, mungkin atas sebab keselamatan, YB Khalil tidak ingin mengemukakan bukti yang sedia ada dahulu. Lebih baik diserahkan kepada pihak polis.
Pada masa sekarang, keselamatan kebanyakan ADUN PR tidak terjamin. Kita boleh lihat apabila pada beberapa hari yang lepas, terdapat cubaan untuk membunuh ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamsari oleh sekumpulan 20 lelaki. Pembantu khasnya cedera parah dan ketika itu YB Yunus belum sampai ke ofis di mana tempat penyerangan adalah berhampiran ofis tersebut.
Walau bagaimanapun, saudara perlu ingat kepada kes Anwar Ibrahim 1999. Dalam kes tersebut, bukannya orang yang tuduh kena bagi bukti bahawa Anwar bersalah, tetapi Anwar yang disuruh beri bukti bahawa dia tidak bersalah. So...terbalik jadinya. Akibatnya, Anwar Ibrahim disumbat ke penjara kerana mahkamah menolak buktinya bahawa dia tidak bersalah. Mahkamah di sini sepatutnya meminta bukti daripada orang yang menuduh Anwar, bukan sebaliknya. So, di manakah keadilan yang sebenarnya?
Kalau kes hentam ulama, ulama perlu menerima hentaman dengan hati yang terbuka dan menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada yang menghentam tersebut. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna saya menyokong tindakan menghentam ulama dengan sesuka hati. Kalau kita nak menghalang orang daripada menghentam, kita tidak akan dapat tahu masalah yang sebenarnya. Oleh itu, jika orang dah menghentam ulama, ulama kenalah menjawab balik hentaman dengan berhemah, bukannya berdiam diri selepas memeberikan fatwa. Dan kalau boleh, biarlah ada ulama lain yang membantu dalam menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Harap-harap jawapan saya di atas dapat menjawab kebanyakan daripada persoalan saudara yang tidak bernama di atas (kalau boleh, saudara dedahkanlah identiti saudara, kerana tiada siapa pun nak makan saudara ye?). Saya cuma seorang manusia kerdil yang cuba membimbing dirinya dan orang lain ke arah kebenaran. Sekian.
Salam semua, saya menyokong usaha YB Idham Lim. Kita patut pakat buat solat hajat. Minta Allah bantu usaha beliau dan PR.
Manakala bagi manusia seperti Faisal, bawak-bawak la sedar ke diri. Cukuplah dok menyokong Umno...hang dapat apa?
Orang UMNO guna bomoh semua orang tahu. Baca balik kisah 'kerat 18' mana mufti pro umno untuk menyanggah perbuatan syirik ni? mereka semua takut jubah resmi dilucutkan. Buta ke mufti Perak bila Jom Heboh dibuat kat Lumut baru-baru ni? itulah lain kali biar duduk bersama jamaah Islam dan jgn bergaul sangat dgn jejuak musang jadi-jadian. Dulu dia yg cakap Sure Heboh haram.. agaknya kalau Umar al Khatab masih hidup, dihambatnya tok mufti ni.
KALAU BETULLAH DR ZAM ALA KA ZAM BUAT MACAM TU.... BEBAL BETULLAH DIA DAN KALAU FITNAH..ALLAH MAHA MENGETAHUI...
org PAS ni semua nya megaku bak MALAIKAT...semua nya mrk btl. mrk la yg baik. Macam2...u all pun manusia..darah merah. tak ada yg sempurna..takat ckp siapa pun blh.
jangan layan komen2 provokasi yb..kami semua sentiasa mendoakan yb dan pakatan rakyat
orang orang umno ni yang masih menyokong sampai mati sebenarnya mempunyai kepentingan2 masing masing....bisnes meh...pastu yang kuat menyokong pun diorang dah tua2 dah nak expired. kalau toreh kulit tu,kluar darah biru..sekarang ni masa utk generasi baru memerintah.. jemu dah dengan janji2 stereotype...
Catat Ulasan