04 Mei 2009

BN malu di Bukit Gantang : Penamaan calon dihadkan kepada 5000 sahaja

Kehadiran penyokong BN dalam penamaan calon PRK Bukit Gantang yang lepas menyaksikan suatu jurang kehadiran yang sangat nyata. bayangkan ramai yang menganggarkan paling ramai kehadiran pihak BN hanya 5000 malah ada yang menganggarkan cuma paling banyak 3000 orang sahaja di pihak BN.

Sebaliknya kehadiran pihak Pakatan Rakyat saya anggarkan mencecah 30,000 orang. Malah satu hal yang tidak dapat dinafikan kehadiran sejumlah lautan manusia sebegitu ramai bukanya dari imbuhan wang minyak kereta atau makan free untuk mereka, tetapi mereka datang khusus yang beragama islam atas hasrat peribadi mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Bagi yang bukan Islam mereka bersatu untuk menyaksikan kejatuhan BN secepat mungkin. Mereka bergerak seawalnya beberapa hari sebelum penamaan calon untuk menghadirkan diri dalam hari penamaan calon tersebut.

Di pihak BN pula diakui atau tidak mereka datang dengan upah yang diharapkan didunia semata-mata. Tiada makan percuma atau imbuhan wang mustahil mereka boleh datang. Kerana itu belanja yang sangat besar diperlukan bila BN ingin berdepan dengan lautan penyokong Pakatan Rakyat yang datang cuma dengan semangat dan bagi yang beragama Islam mengharapkan "pahala".

Kerana itu saya sangat yakin bahawa peraturan yang dibuat dengan menghadkan jumlah kehadiran sebanyak 5000 orang sahaja kepada parti yang bertanding jelas membuktikan BN dalam keadaan yang terdesak sehingga SPR dan Polis diperkudakan untuk mengeluarkan peraturan "tidak masuk akal itu".

2 ulasan:

BAPA BN berkata...

BN MEMANG DAH MALU DULU KINI DAN SELAMANYA. PD DEPE XDE DUIT XLEH NAK BUAT APA2PUN. MASA PRK B.GTG TESERLAH BN TINGGAL NYAWA DIHUJUN TANDUK. TUNGGULAH PILIHANRAYA KE 13 YAKIN BN BOLEH USUNG KERANDA...

Abdullah Ngah berkata...

ini menunjukkan demokrasi nyawa nyawa ikan dan tidak mustahil tiada lagi demokrasi yang diwar warkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan.

Mungkin tidak faham istilah rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan.

Kalau benar jumlah kehadiran rakyat semasa pernamaan calon dipenanti dihadkan kepada 5,000 sahaja, bermakna Najib sendiri sudah sudah cabul rakyat didahulukan.

sekaligus prestasi diutamakan menimpa kepala perdana menteri, umno dan kerajaan BN yang dianggap banyak buat jasa.

Kita tidak perlu bimbang, kerana dapat menilai kerajaan yang diterajui Mohd Najib dan akan menghukumnya lagi dalam pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil yang bakal diadakan.

InsyaAllah dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti akan tumbanglah UMNO/BN.