SPR, polis setuju hadkan rombongan hari penamaan calon elak masalah.
PETALING JAYA: Dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalan pada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding 'dilarang' membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada 5,000 orang.
Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis telah mencapai persetujuan mengenai soal itu semasa satu pertemuan Khamis lalu.
Justeru, SPR menyerahkan kepada polis untuk melaksanakan pendekatan tersebut.
"SPR dan polis merayu dan berharap parti-parti politik yang bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil mulai sekarang supaya mengehadkan kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon tidak melebihi 5,000 orang," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.
Aspek itu juga telah disentuh pada pertemuan dengan parti-parti politik 23 April lalu tetapi soal bilangan hanya dipersetujui Khamis lalu dalam pertemuan dengan polis.
Beliau memberitahu, walaupun 5,000 penyokong dibolehkan mengiringi calon sehingga kawasan pekarangan pusat penamaan calon, hanya 50 orang sahaja akan dibenar memasuki khemah tetamu khas di dalam pusat penamaan calon.
Lazimnya, himpunan ribuan penyokong calon menjadi tumpuan ketika pilihan raya kecil.
Sambil menyifatkan bilangan yang diputuskan itu sebagai munasabah, kata beliau, SPR menyerahkan kepada polis untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melaksanakan pendekatan tersebut.
"Oleh kerana perkara ini tidak disebut dalam mana-mana peraturan pilihan raya, jadi apa yang SPR boleh buat ialah mengharap dan merayu kepada parti-parti politik agar memastikan kehadiran tidak melebihi 5,000 orang.
"Bagaimanapun apabila polis melaksanakan pendekatan ini di luar kawasan (pusat penamaan calon), terserah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut kuasa dan tanggungjawab mereka," katanya.
Wan Ahmad mengakui bilangan penyokong yang hadir semakin bertambah dan tidak terkawal sehingga menyusahkan orang ramai dan pasukan keselamatan sejak kebelakangan ini.
"Kalau tidak dibuat sekarang, jumlah mereka yang hadir pada hari penamaan calon akan bertambah... mungkian beribu-ribu orang dan ia akan terus bertambah," kata beliau dengan merujuk kepada suasana semasa pilihan raya kecil sejak awal 2007, khususnya di Ijok, Selangor; Permatang Pauh, Pulau Pinang, Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah.
Kata Wan Ahmad, pihaknya mahu mengambil langkah-langkah proaktif sebelum keadaan bertambah buruk pada masa depan.
Jelas beliau, parti-parti politik sebenarnya telah diminta mengambil langkah mengawal emosi dan perlakuan para penyokong tetapi keadaan tidak berubah.
"Apa yang kita boleh buat ialah merayu kepada parti-parti politik yang bertanding mematuhi keputusan yang dicapai ini," katanya.
"Kami memerlukan kerjasama parti-parti politik... kerjasama sangat diperlukan," katanya.
Selain pendekatan itu, SPR telah memutuskan untuk melarang parti-parti politik mendirikan pondok panas dan berkempen pada hari pengundian berlangsung.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menyifatkan nasihat yang diputuskan oleh SPR itu sebagai langkah baik untuk mengawal situasi semasa pilihan raya kecil khususnya penamaan calon.
"SPR sudah memberikan nasihat dan kami berharap mereka akan mematuhi nasihat ini," kata beliau sambil menambah bahawa Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah akan memaklumkan parti-parti politik mengenai pendekatan baru ini.
Musa juga menghadiri pertemuan dengan SPR Khamis lalu. Mstar.

3 ulasan:
sebenarnya bn takut xde org nak sokong merekadah. Akai!
Apa dia masalah yang wujud semasa pernamaan calon setiap kali piliharaya kecil diadakan.
Apa dia masalah yang timbul semasa pernamaan calon di Permatang Pauh dahulu.
Sila sebut satu persatu biar rakyat tahu dan mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh SPR.
Tidak dinafikan memang ada masalah, kerana hidup diatas muka bumi Allah kita tidak boleh lari dari masalah demi masalah.
Masalah yang timbul boleh diselesaikan hatta masalah yang besar sekalipun.
Apa guna ada polis untuk mengawal keselamatan keadaan.
Tak cukup 1oo1 anggota keselamatan tambah lagi untuk atasi masalah yang timbul.
Jadi apakah sebenar yang menyebabkan SPR mengehadkan rakyat datang pada hari pernamaan calon di DUN Penanti pada 23 Mei ini.
Tolong jawapan agar rakyat faham.
Yang rakyat fahami tidak lain dan tidak bukan SPR jadi alat Umno yang merasa malu dengan kehadiran penyokong PAS di Bukit Gantang tidak lama.
Kahadiran penyokong PAS sekali ganda berbanding dengan penyokong Umno/BN.
Inilah yang menyebabkan SPR dan ketua Polis negara buat undang undang sendiri agar Umno tidak mendapat malu sekali lagi.
Saya masih belum lupa UMNO/BN pernah mengharamkan rapat umum (ceramah umum).
Parti parti politik diharamkan mengadakan rapat umum tanpa menyedari ianya mencabuli perlembagaan negara.
Perlembagaan negara membenarkan parti parti politik mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pandangan di mana mana sahaja tempat, dipadang padang dan didalam bangunan banguan yang dibenarkan.
Jadi macam mana SPR boleh menghalang rakyat atau penyokong sesebuah parti politik untuk datang dalam perarakan calon semasa pernamaan calon nanti.
Lojikkah. Akal mungkin tidak boleh menerimanya, kerana apalah artinya demokrasi yang dilaung laungkan.
Saya rasa kaedah baru SPR ini semacam suatu "sabotaj" yang boleh membuat rakyat naik marah kepada kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Wahai perdana menteri baru. apakah pendapat Datuk Seri? bagi saya ia suatu sabotaj yang tidak harus dibiarkan berlaku.
Ini juga boleh menjejaskan nama baik perdana menteri yang cetuskan rakyat didahulukan.
Kalau rakyat didahulukan, mana mungkin membenarkan SPR buat kaedah yang jelas boleh memburukkan kerajaan.
Rakyat didahulukan, bermakna segala yang dilaksanakan mesti selari dengan kehendak rakyat semua golongan, hatta golongan rakyat yang menyokong pembangkang.
Kalau tidak akan disebut oleh rakyat bahawa perdana menteri "bercakap tidak serupa bikin" dan sama dengan perdana menteri perdana menteri sebelum ini.
Berkata kita akan membantu dan membela rakyat. Tapi rakyat yang sokong UMNO/BN sahaja yang dibantu dan bela, manakala yang sokong pembangkang dinafikan haknya.Bukan setakat dinafikan haknya, malah ada yang dizalimi.
komentarkini.bolgsopt.com
Sungguh melucukan nanti....
5 ribu sahaja boleh datang mengiringi calon? Sungguh tidak praktikal. Bagaimana hendak mengira kepala demi kepala orang yang datang?
Katakanlah, yang datang 20 ribu, bagaimana hendak ditetapkan siapa yang akan dikenakan undang-undang, siapa yang tidak?
Hendak menyaman 15 ribu orang itu, bagaimana polis hendak mengeluarkan surat saman kepada 15 ribu orang? Berapa ribu polis mesti bertugas menyaman?
Catat Ulasan