04 Mei 2009

Isu Bomoh : Zambry buat laporan Polis terhadap saya

Kenyataan akhbar saya yang diterbitkan dalam Blog ini mendapat respon segera dari Dr. Zambry dengan dia membuat laporan polis seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA yang saya terbitkan di bawah.

Pada kesempatan ini saya ingin memberi penjelasan dan penegasan sekali lagi bahawa saya bukan orang yang mudah mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti dan alasan yanag kukuh. Oleh itu dalam persoalan ini saya mengulangi sekali lagi pendirian bahawa Dewan Negeri telah dimasuki oleh "Bomoh" dan saya mempersoalkan pihak yang bertanggung jawab kepada dewan negeri pada masa ini.

Selain itu saya tidak berhajat menyeret mufti sebagai diberitakan "Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap Adun Titi Serong tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan.". Kalau di Bukit Gantang Mufti sangat cepat mengeluarkan pandangan mengenai hukum orang bukan Islam baca Quran, apalah salah saya kalau saya meminta mufti mengeluarkan pendapatnya menurut hukum Islam kalau Dewan sampai di jampi sedemikian rupa.

IPOH, 3 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim yang didakwa membuat tuduhan melampau kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) menerusi satu kenyataan media hari ini.

Zambry yang juga Adun Pangkor berkata tuduhan melampau dan keterlaluan itu turut disiarkan dalam laman blog milik Khalil Idham di idhamlim.blogspot.com.

"Ini sikap seorang Adun yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau.

"Dia membuat tuduhan yang begitu terdesak. Kalau ia pun, ini bukan cara untuk bertindak mengikut suka hati dia. Ini satu tindakan keterlaluan. Saya membuat laporan polis dan telah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini malam ini.

Zambry mengulas entri bertajuk 'Kenyataan Media Adun Titi Serong' yang disiarkan di laman blog berkenaan.

Entri itu antara lain mendakwa Zambry dan BN telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh 'bomoh' untuk menjampi kerusi Speaker DUN dan mendesak Mufti Perak supaya mengeluarkan fatwa berhubung perkara berkenaan.

Zambry berkata beliau telah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Rapat di sini.

Beliau menyifatkan tindakan itu berniat jahat dan cuba menanam serta mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap beliau dan BN dalam keadaan di mana DUN akan bersidang Khamis ini.

"Penipuan ini tidak boleh dibiarkan. Saya telah banyak bersabar termasuk dengan ceramah-ceramah yang dijalankan mereka yang melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas tetapi kenyataan media pagi tadi satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap Adun Titi Serong tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan.

"Saya tidak boleh bertolak ansur dan tindakan ini sangat tidak bertanggungjawab kerana dia (Khalil Idham) juga merupakan seseorang yang memegang 'Yang Berhormat' ditambah lagi 'orang agama' yang sepatutnya tahu hukum-hakam agama," kata Zambry.

-- BERNAMA

43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lawan... tetap lawan... yb....

org ameno nie dah makin gila kuasa...

biasala... semua perkara diorg nak nafikan...

aritu dkat meja pok lah pun dia dok bomoh....

inikan org2 pakatan rakyat....

datuk mazalan pun dok pakai bomoh mona fendi....

masih ingatkah org ameno nie....

masihkah kau ingat.....!!!!!

Tanpa Nama berkata...

PANDAI DOK CITE HUKUM HAKAM AGAMA HENTAM YB. TAPI MANA HUKUM HAKAM AGAMA YB ZAMBI PAKAI BUAT JOM HEBOH? PIIRAH

Tanpa Nama berkata...

Hoi mamak kudeta, kau tak payah banyak sabor le. Aku fikir kau mampus lagi bagus. Kau ni dah lah keturunan mamak merompak, muka mamak memang muka selamba. Muka tampal kulit bab.

Tanpa Nama berkata...

teringat kita kes Dun Kelantan dulu masa S46 sedang kepanasan. Cerita perkhidmatan bomoh hingga sanggup ke seberang untuk mengenaka tuan guru masih segar diingatan. Inilah kerja manusia tidak berpaksi kpd agama. Dulu kat PWTC pun apa kurang kemenyan bersepah. Saya cdg solat hajat dan qunut nazilah diamalkan untuk menangkis kerja-kerja syaitan tu. Minta tuan-tuan guru seluruh negeri Perak dan lain-lain menyertai solat hajat besar-besaran. Ini usaha kita yg terakhir.

daengchelak berkata...

masya allah...

Islam umno menjijikkan...Mufti Perak sangup menyekutu kan allah!!!!!!
Dia belajar islam kat mane????

Tanpa Nama berkata...

salam semua,
nak bagi sokongan moral kepada adun pr pun tak boleh ke? zambry fobia bila tengok rakyat menyokong pr!

yobleh.

zakwan berkata...

UMNO sure has a history of using bomohs 2 achieve their ends
Relax,YB Khalil
I don't think u'r the type who post allegations without credible source
Pretty much every one of us believe u

Tanpa Nama berkata...

Saya berharap YB dapat menyimpan semua bukti yang sediada agar dapat membuktikan kepada polis dan media sekiranya pihak "BOMOH" membuat pengakuan full swing (sebaliknya) kepada YB Dr Zamri iaitu tidak mengaku beliau telah di upah oleh pihak UMNO.

zakwan berkata...

UMNO sure has a history of using bomohs 2 achieve their ends
Relax,YB Khalil
I don't think u'r the type who post allegations without credible source
Pretty much every one of us believe u

Tanpa Nama berkata...

Drs, Diyakini diatas kemaslahatan semua YB telah mengambilkira segala pertimbangan utk mendedahkan nya.Di atas kapasiti Pengerusi Back Bencher PR, bersandar dr sumber rapat SUK negeri ,unsur khurafat khabar nya dikesani.Ibarat bakal ke medan juang yg sengit kami iringi solat hajat dan munajat pd Rabbul Izzati agar dizahiri nanti yg benar itu benar dan yg bathil tetap bathil.Semarak salam.Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

mamak kudeta tongkang BODOH !!! Dia ingat rakyat sokong kat dia. Piiraahhh.....Baik hang gi buat teh tarik kat pulau pangkor tue. Tak habis-habis hidup nak menyusahkan orang...

Tanpa Nama berkata...

gua geli ati tengok us zamri cakap dalam tv dia org bagus ugama tahu yg halam islam cakap bila untung hallal tipu pun halal janji untung. islam cap bila makan halam ati gelap sekarang sudah nampak gelap.

Tanpa Nama berkata...

berani kerana benar YB. kalau setakat zambry, memang logik dia pakai bomoh mandrem.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong PR...kami yang muda2 nie semua sokong PR.....pelapis muda tetap sokong PR...saya akan semarakkan api kebencian terhadap bee end...allahuakbar...

Puan Ainon Mohd. berkata...

Saya percaya YB ada bukti dan ada saksi!

Karim berkata...

pergi blah la MB mamak zambry ingat rakyat suka kau ke???? rata2 rakyat perak tidak menyokong MB kudeta haram tu, pergila mana2 pun zambry , rakyat akan menyampah tgk kau

Urusan Ulama Pas Kawasan dungun berkata...

UMNO=Khurafat?

madkrie berkata...

Kena buat sumpah laknat lagi nampaknya kat Perak.Kali nie pelakonnya MBH Zamry.

madkrie berkata...

MBH Zamry kena buat sumpah laknat pulak dah nafi pakai bomoh.Minta tuan mufti Harus Sana Sini jadi saksi.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YB

Semoga perjuangan YB diredhai Allah Azza wa jalla.

Ada orang islam cuma pada nama dan malangnya negara kita negara islam pun cuma pada namanya saja.Maksiat hiburan syirik bermaharajalela negara Islam.Pengeluar arak pusat judi kehebatan kita.Sanggup lakukan apa saja demi harta dan pangkat.Hukum hakam ditolak tepi.Semoga Allah swt beri hidayah pada kita.Saudara baru yang pelik tengok saudara lama.

Tanpa Nama berkata...

I believe you 100%. I know of UMNO leaders even going to the Sakai for talisman and tangkai. I know they call bomoh to place salt, incense and other stuff in a hall before an election.
As far as I know semua orang UMNO ada bomoh sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Hehehee, ternyata mamak melepaskan geram dan secara kebetulan dah lama dia tunggu isu yang boleh disensasikan. Nyata dia tersilap mencari lawan. Tunggu episod duka beliau.

PR harus ingat, Kebathilan yang terancang boleh memusnahkan kebenaran. Hati-hati.

Serious Shepherd berkata...

Soalan saya sempoi aje. Will the jampi works on a Hindu sbb orang Perak ni kalau nak apply ilmu macam ni selalunya pada mangsa yg sama agama. Kalau agama lain selalunya jampi tak jalan.

Kalau pakai bomoh yg sama agama dgn speaker tu tak mustahillah sbb ada yg buat pengakuan bersumpah kata ada kepimpinan tertinggi BN beragama Islam yang buat tapi sekadar buat hikmat pendinding.

Kalau betul, suruh speaker tu jumpa sami sebelum masuk dewan.

Tanpa Nama berkata...

main bomoh ni memang dah jadi budaya umno dari dulu kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

YB, walaupun saya menghormati YB sebagai ahli DUN, tetapi saya juga percaya YAB MB Dato Dr. Zambry bukan sedemikian rupa..pohon kemuka bukti lanjut supaya kami rakyat boleh menilai...taqlid membuta tuli bukan sifat muslim mu'min. harap ini bukan naba' fasiq...nauzubillah!

Tanpa Nama berkata...

Sehebat mana bomoh tu, tak dapat elak yg teori ALLAH akan gantikan teori RAHMAN !

ALLAH : Anwar,Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Abdul Hadi

RAHMAN: (Tunku Abdul)Rahman, Abdul(Razak), Hussein(Onn), Mahathir, Abdulah(Badawi), Najib.

Tanpa Nama berkata...

Keep up your good work!!

hamba Allah berkata...

astaghafirullah.......YB Khalil...lihatlah penyokong mu yang taksub di atas...memberi gambaran yang tidak baik kepada parti PAS...ini kah yang diperjuangkan oleh PAS selama ini...memaki orang, memfitnah membuta tuli....seharusnya pemimpin2 parti harus kawal dan sedarkan penyokongnya supaya tidak keterlaluan dan TAKSUB!...mencanang supaya membenci UMNO dan BN...padahal UMNO terdiri daripada orang kita juga...Melayu dan ISLAM!...sanggup lihat Melayu berpecah belah?...hentikan fitnah dan maki hamun anda kerana sesunguhnya akan dilaknati ALLAH SUBHANAHUWATAALA....berpolitik cara Islam...

hamba Allah berkata...

kenapa YB memberi approval kepada yang memaki hamun dan mencaci sesama manusia...padahal manusia yang di caci juga ciptaan Allah...fikir2kanlah YB...malu saya nak panggil Ustaz...anda tak sampai taraf itu...

bdk sekolh berkata...

kite berni krn benr..

Tanpa Nama berkata...

umno=sarkis

http://www.youtube.com/watch?v=_Zg0ggtz0s8

Tanpa Nama berkata...

dah xde modal dah zambri ni...xpe rakyat makin matang....truskan perjuangan jgn dirompak oleh umno lg kena jd pandai...puak2 gile kuase tuh biarkan je truskan perjuangan...

MOHD IBRAHIM berkata...

SAYA AMAT SEDIH BILA BACA SETENGAH2 KOMEN DI BLOG2 PENYOKONG PR, SEBAB SAYA PUN MAMAK JUGA TAPI SEBAGAI SEORANG PENYOKONG SETIA PR EXP PAS, SAYA TENGOK ADA SAJA ORANG DOK BANTAI PASAL BANGSA, KALAU NAK KOMEN PUN BERETIKA LAH SIKIT, SBB KEJAYAAN MANUSIA HANYA SANYA DALAM AGAMA BUKAN DALAM BANGSA, BILA MASUK KUBUR NANTI SOALAN MALAIKAT PERTAMA "MAA....ROBBUKA?" BUKAN DITANYA MAA...MELAYUKA? APA PARTIKAH? HORMAT LAH SIKIT SEKURANG-KURANGNYA KEPADA ORANG SEKALIMAH DENGAN KAMU...

anakjatiperak berkata...

tanpa nama di atas...YB khalil ada bukti. yang lu minta kemuka pada lu pasal apa?lu polis ka?YB khalil pegang pada "berani dedah berani tanggung",bukan macam lu..tak berani tulis nama.sekarang ni Zambry sudah buat laporan polis. Kami harap polis cepat siasat. takut2 nanti zambry hanya buat laporan bagi mempertahankan diri KUNUN_KUNUNNYA dia tak terlibat.la ni bukan kah musim laporan polis,mahkamah,istana.tu saja depa tahu.

madkrie berkata...

Mohon laluan sekali lagi YB.
Apa yang saya nak sampaikan bukan isu bomoh tetapi pendekatan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO Perak adalah yang terbaik bagi fikiran saya.
Jika YB kaji balik rentetan2 kejatuhan kerajaan PR Perak adalah disebabkan perancangan mereka yang cukup menarik untuk kita semua buatkan sebagai panduan.
Daripada hari pertama speaker dilantik hinggalah yang terakhirnya adun PR diculik isu yang dimainkan oleh mereka cukup kuat untuk menafikan kemenangan rakyat.
Pertama sekali UMNO yang berselindung dibawah Persatuan2 NGO telah mengadakan rapat umum membantah mengatakan hak Melayu di Perak akan terhakis dibawah PR kerana mengikut telunjuk DAP.Dalam isu ini Sultan telah disampaikan berita yang salah.
Apakah yang dilakukan oleh pihak PR untuk menafikannya?.Adakah Adun2 dari PR menyampaikan memorandum dari rakyat untuk membantah terhadap isu ini.
Apabila terdapat sabitan rasuah kepada Adun PKR apakah tindakan susulan dari Kerajaan PR.Setahu saya kes tersebut dibiarkan bagi Adun tersebut dan SPRM yang menentukannya.Mengapakah Kerajaan PR tidak mengambil tindakan yang tegas untuk menggugurkan Adun tersebut.Adakah SPRM sahaja yang menyimpan bukti2 tersebut dan adakah kita tidak mampu sendiri mencari fakta mengatakan mereka memang menerima rasuah.
Saranan saya selepas ini penyokong dan pemimpin PR mesti berani untuk kehadapan dalam membuat laporan Polis biarpun isu tersebut dianggap remeh.Bagaimana MBH Zamry boleh membuat laporan terhadap YB mengatakan dia di fitnah.Ini merupakan kemengan moral yang besar buat UMNO kerana media akan menghebohkan kepada umum.
Apakah tindakan YB Nizar apabila difitnah mengatakan dia telah merampas microfon dalam masjid semasa PRK Bukit Gantang dahulu.Heboh media UMNO memperkatakan isu ini.Ada laporan Polis dibuat oleh pihak YB?.Kita selalu menyerahkan kepada Allah untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia sedangkan Allah memberikan akal untuk kita berfikir bagaimana menghakimi sendiri.Mengapakah kita beria2 untuk melaksanakan Hukum Hudud sedangkan kita juga boleh menyerahkan kepada Allah untuk membalas perbuatan manusia tersebut.
Suara saya yang kerdil ini mengharapkan YB mampu untuk menyampaikan kepada pemimpin2 PR yang lain supaya berani tampil kehadapan dalam membuat laporan Polis.Walaupun kita tahu mingkin tiada tindakan diambil tetapi insan yang dikenakan tuduhun tersebut akan merasai kesannya.lampirkan laporan2 tersebut didalam media kita iaitu web/blog.Disini penyokong2 UMNO akan mengetahuinya.
Sebagai contohnya jika YB merasakan YB dan Adun lain telah dintip atau ada orang mengekori YB jadi minta unit amal untuk mengenalpasti (merakam gambar) dan seterusnya membuat laporan polis dan bukannya loparan akhbar yang hanya mendedahkan keburukan YB.
Walaupun banyak laporan polis di bakul sampahkan tetapi kita hendak memperolehi kemengan moral dalam menghadapi UMNO.

Ahmad Syafiq berkata...

Kebenaran akan timbul di permukaan pada akhirnya. Insya-Allah, kita akan melihat tanda-tanda tersebut pada 7 Mei ini. Kalau bukan pada 7 Mei, pada masa yang lain pun boleh.

Manusia pada fitrahnya suka melakukan kebaikan. Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja. Harap-harap YB mengemukakan bukti yang kukuh supaya tidak dikatakan sebagai fitnah.

Kita semua perlu ingat: Memfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

Tanpa Nama berkata...

PAS kena cari ruang masa mainkan CD Quran (al Baqarah) dalam dewan tu bagi hatun setan dia semua lintang pukang lari...

dalam dewan tu dah penuh jin dengan setan dah...

Tanpa Nama berkata...

banyakkan bersabar yb.. dan terus istiqamah dlm perjuangan insyAllah kita akan menang walau apa jua halangan...
-tanjong piandang-

Ahmad Syafiq berkata...

Sebagai penyokong PAS, kita perlu mengawal emosi dan tidak mengeluarkan kata-kata membuta tuli. Jika emosi tidak dapat dikawal, bagaimanakah pandangan orang ramai terhadap PAS? Nanti orang ramai pun menghina dan mencaci PAS kerana cakap yang membuta tuli.

Kepada semua yang melayari blog YB Khalil (tidak kiralah anda sokong parti mana), I APPEAL TO YOU ALL TO CALM DOWN AND DON'T USE VULGAR WORDS IN COMMENTING. DON'T LET PEOPLE PERCEIVE US AS DIRTY JUST BECAUSE OF THE WRONG WORDS COMING OUT FROM CERTAIN PEOPLE. Macam umpama kerbau kotor masuk kandang, semua kerbau lain dianggap kotor juga (unacceptable generalisation)

Medaline berkata...

This is something I would like to share with all friends.When I first went into Lim Kit Siang's blog (blog.limkitsiang.com), the first thing I read is him calling Mukhriz (Jerlun MP) and Tan Keng Liang (gerakan kedah youth chief) as people "lack of grey matters" and silly. That was about 2 weeks ago. Today, I read that he said "the IQ of the Health Minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai, who is MCA Vice President and Penang MCA State chief, is highly suspect when he could not understand simple English". The problem is that the more Lim Kit Siang branding that he is smarter than the rest of the people in the world (which I don't belief), the more people will just see him as a person barking on the wrong tree. I support DAP but I wish that our party's chairman can be more polite when addressing other leaders (whether they are Barisan or Pakatan). Otherwise, this will set bad example to the new generation of Malaysians.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin umno dgn bomoh bukan cerita kosong. Kat kampung saya yg jauh pendalaman- ada cerita kononnya Kak Fidah & groups datang bertandang rumah dukun.. tak lepas tu jalan tar masuk sampai ke rumah dukun yang jauh tengah sawah tu.... masalahnya guna sihir ni tak boleh dibuktikan dgn DNA atau suruh polis siasat. Selamatlah UMNO kat dunia !!

Tanpa Nama berkata...

ameno dengan bomoh sebenarnya x leh nak dipisahkan..... baru jerr aritu ader berita pasal letak tangkal kat bwah meja pok lah....


luper ker org ameno nie....

aku pelik sungguh...

kenapa tak pi saman tv3... tu....

dok jolok2 isu bomoh ameno nie....

taipingmali berkata...

Tak baik main tuduh2 ni..