IPOH, 3 Mei :- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini membuat ketetapan bahawa semua pihak media akan dibenarkan untuk membuat liputan persidangan DUN Perak yang dijadual bermula pada 7 Mei ini. Demikian menurut Kenyataan Media secara bertulis yang diedarkan kepada rakan media semasa Sidang Media ADUN Titi Serong di Pejabat DAP Ipoh pagi tadi.
Sivakumar berkata semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai pukul 9 pagi esok.
"Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya.
"Di sini, saya menggunakan Perintahperintah Tetap 84 (DUN Perak) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil manamana jurnal menghadiri persidangan dewan.
Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi," katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Sivakumar berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin prinsipprinsip demokrasi dan kebebasan media.
Beliau berkata rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus.
"Tidak ada sebab untuk menghalang manamana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerakgeri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri," katanya.

8 ulasan:
SYABAS SPEAKER! SAYA CUKUP MENGHORMATI ANDA YG BERJUANG UMPAMA KOMANDO SEJATI TIDAK GENTAR SESIAPA. INILAH PEJUANG YG BENAR2 BERJUANG UNTUK RAKYAT. TAHNIAH!!!
Syabas... dan Tahniah Speaker... Perjuangan dan kekuatan dalaman jati diri anda. Teringat akan perjuangan Bilal ArRabah ketika di seret oleh musuh Islam kerana keimanannya, tetap dengan kalimah nya ALLAH YANG SATU.
@@ PAKATAN RAKYAT JUASSEH NS@@
salam..
Percayalah bahawa saudara bukanlah pemimpin yang layak untuk memimpin. Keadilan yang saudara laungkan sebenarnya cuma topeng bergaya munafik dan bukan dengan bahu yang seimbang. Kebebasan media saudara tuntut daripada pihak kerajaan sebagai contoh tetapi pada dasarnya tidak disebatikan dalam diri(bace=blog) saudara sendiri. Kebebasan media yang saudara angkat adalah kebebasan media yang keterlaluan dan ini adalah sedia maklum amat berbahaya.
Dan seperti biasa,"haram" bagi pihak kerajaan menghalang sesuatu(bace=kebebasan bersuara) tetapi halal jika diamalkan oleh saudara sendiri. Keadilan daripada sudut mana yang saudara nilai?. Tidak pelik saya katakan dengan pemikiran saudara yang taklid pemimpin dan secetek ini terma-terma baru seperti "sedekah seks", "hak privasy untuk separuh bogel bersama bukan mahram", "salahlaku ibadah korban", "pohon derhaka", "pembonekaan" tercipta dan diterima sebagai HALAL oleh pakatan saudara.
"selalulah membangkang kerana saudara memang sentiasa berada dibelakang..."
Alah yg duk lari anak raja n kawin tanpa pengetahuan Sultan lu x bising pun. Kan derhaka tu?
Yg duk buruk2kan n bogelkan kekebalan raja sblm ni kn UMNO?.. Lu x bising pun..
Yg duk larikan bini org n bini org ada skandal dgn org lain.. siap jd senator lg... lu x bising pun...
Sapa lu nk cakap pasai moral kt cni?..
Drs,Zambri menafikan beliau melarang media dr buat lapuran.Kalau gitu SUK kot? Nona Ratana Chulaborn
Kalau UMNO nak bersidang kita tak kesahlah tak nak jemput media.
Jangan lupa masukkan dalam you tube gelagat MBH nanti.
crocodylus adalah manusia berbangsa umno paling bodoh di abad ini...
CROCODYLUS TU ORG YG DUK TENOK UTUSAN DGN TV 3 SUKUJE. PALATSSSSS
Catat Ulasan