Adun Titi Serong ketika 'mematahkan' hujah tersebut memberitahu Terangganu yang diperintah BN juga tidak melantik wanita untuk menduduki kerusi Exco Kerajaan Negeri Terengganu.
Jika kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditohmah mengetepikan peranan wanita dalam Kerajaan Negeri, mengapa wakil BN tidak mempertikaikan Kerajaan Terengganu, katanya.
"Sebenarnya wakil pembangkang sudah tiada modal, sedangkan Kerajaan Negeri telah memberikan peranan yang penting kepada wanita dalam Kerajaan Pakatan Rakyat apabila melantik wanita sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.
"Orang luar puji kita kerana melantik wanita sebagai Timbalan Speaker Dewan, wakil rakyat pembangkang cuba menafikannya," jelas Khalil Idham Lim.
Selain itu wakil pembangkang turut mengaitkan peranan Kerajaan Negeri dalam memilih Ahli Jawatankuasa Kariah dan menuduh PAS telah mempolitikkan masjid untuk kepentingan diri.
Isu tersebut sekali lagi dapat 'dipatahkan' oleh wakil kerajaan yang telah membongkarkan siapa sebenarnya mempolitikkan masjid.
Adun Titi Serong ketika bangun menjelaskan, sebelum ini ahli jawatankuasa kariah ditentukan oleh Umno bahagian.
Tetapi bila Kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan, PAS tidak pun bertindak seperti Umno bertindak dahulu. Jawatankuasa kariah yang dilantik terdiri dari ahli PAS, KeADILan dan Umno, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan