29 Jun 2008

Ketua BBC Dun Perak gesa Adun pelihara mandat rakyat sebaiknya

IPOH, 26 Jun (Hrkh) :- "Beberapa hari lagi genaplah usia 100 hari usia Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan dalam tempoh ini tidaklah boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai apakah kerajaan ini telah berjaya atau sebaliknya."

Ketua Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan juga Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim berkata demikan, sewaktu berucap menyembah ucapan tahniah serta menyunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di Dfewan Undangan Negeri semalam..

"Adalah tidak adil kalau ada pihak yang ingin menjadikan tempoh ini sebagai 'platform' untuk menilai Kerajaan Perak Darul Ridzuan sekarang sedangkan ianya telah mencapai kemerdekaan sejak lebih 50 tahun yang lampau," katanya.

Justeru itu beliau mengajak semua pihak mengukur kerajaan ini dengan secara adil tanpa mengira fahaman, idealogi, bangsa dan agama. Dan semua pihak telah memikul satu amanah yang berat bagi memakmurkan bumi ini..

"Kita bertanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri yang dipilih oleh rakyat di Dun masing-masing. kerana itu kekuatan dan kelemahan dewan ini, penghormatan dan keyakinan rakyat kepada dewan ini sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh Adun-Adun.

"Antara pilihan raya lepas dengan pilihan raya yang akan datang marilah kita memenuhi hasrat rakyat untuk hadir di dewan yang mulia ini bagi mencari rumusan yang terbaik bagi memajukan negeri Perak ini,. berbahaslah secara matang dan bermoral, peraturan dewan yang sedia sudah cukup bagi memastikan dewan ini tidak dipandang serong oleh pelbagai pihak,� ujarnya.

Persidangan dewan kali ini katanya, catat lembaran baru dengan menyiarkan secara langsung sidang dewan untuk ditonton oleh rakyat Negeri Perak sahaja tetapi dutut ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia dan luar negara.

Oleh itu segala tindak tanduk wakil rakyat akan disaksikan dan dinilai oleh semua pihak. terutama generasi muda yang rata-rata gemar berada di depan komputer dan melayari internet akan terdidik dengan suasana dewan ini, jika ianya sentiasa kecoh, bising tidak beradap serta melanggar peraturan bagaimana mereka dapat mencontohi akhlak para Adun.

Mengenai kemenangan Pakatan Rakyat memerintah negeri ini, ia menggambarkan sikap rakyat yang inginkan perubahan dan semua pihak sepatutnya akur dengan kemenangan tersebut.

Sehubungan itu beliau mengucapkan kasih kepada Adun Pangkor yang memberi penghormatan kepada Kerajaan Perak, seperti yang tersiar dalam berita jam 8.00 malam 24 Jun lepas yang turut memberi nasihat dan pandangan secara matang kepada Kerajaan Perak yang perlu menjadi Kerajaan yang baik.

Namun begitu katanya, sesuatu yang malang sekiranya masih ada yang menafikan kemenangan ini apalagi tidak mahu mengiktiraf kemenangan yang telah dicapai dalam proses demokrasi .

"Proses demokrasi manakah lagi yang kita hendak guna pakai kalau keputusan ini masih tidak boleh mendapat pengiktirafan," ujarnya..

Mengiktiraf Kerajaan Negeri Perak bukan sahaja suatu petanda kepada penerimaan kepada proses demokrasi tetapi juga sebagai seorang yang beriman, ianya adalah menifestasi kepada penerima kudrat Allah di mana setiap orang Islam yang wajib beriman kepada `Qada dan Qadar Allah , katanya lagi.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..
YB ...Apa cite di dewan rakyat hr ni. Semua ahli pembangkang keluar dewan nk tunjuk protes. Mrk ni juga sebg 'most childish, unparliamentarian dan most irresponsible". Sama aje semua. Kata org mrk pun lbh.Paku dulang paku serpih..mgata org..hangpa pun sama.