29 Jun 2008

Speaker kecewa dengan sikap Adun BN

IPOH, 27 Jun (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V. Sivakumar Varatharaju kesal dengan sikap Adun Barisan Nasional Perak yang bertindak memulaukan sidang dewan.

Beliau menyifatkan tindakan pembangkang itu bersifat keanak-anakan, sekali gus tidak menghormati konvensyen parlimen dan tidak bertanggong jawab.

"Tingkah laku mereka membuktikan hanya bahawa mereka semata-semata ingin mencari publisiti murahan dan mendurhaka kepada mandat yang diberikan rakyat dalam PRU-12 lalu," katanya. Image

Beliau juga menyatakan rasa amat kecewa terhadap sikap sombong dan bongkak Adun BN yang menunjukkan contoh tauladan buruk yang sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam dalam arena politik.

Beliau menasihatkan wakil-wakil rakyat supaya tidak mencari atau membuat kekekecohan di Dewan ketika Titah Ucapan Sultan Perak sedang diperbahaskan.

"Jika mereka daripada barisan pembangkang awal-awal lagi sudah bertindak keluar sidang maka cara tak langsung ia bererti mereka tidak menerima ucapan tersebut," katanya.

Bagaimanapun beliau menghargai kehadiran kesemua 28 Adun BN dalam Dewan sehingga selesai titah ucapan perasmian oleh baginda Sultan Perak.

7 ulasan:

Hebatnyer Melayu berkata...

salam...........

elok laaa yag buat buat blog ni sama ler ngan dengan speaker tu. yg kat atas tu pembohong yg kt bawah ni tukang buat cerita karut. satu malaysia nampak apa yg speaker tu buat. semalam bersidang speaker kacang putih tu tgk kat side DAP jer.. apa takut xikut arahan ker. sebagai speaker beliau kena telus dalam menjalankan tugas tetapi ini nampak sangat berat sebelahnya terlalu jelas dan tidak boleh diterima. jadi ustaz ni sebagai ahli agama yang dok menipu sangat kat orang2 yg membaca blog ni. kalo ustaz menyampaikan perkara tidak benar tanggunglah perkara ini di dunia dan diakhirat. sekian
saya mengikuti setiap perkembangan di dalam Dewan undangan negeri melalui internet.

faizalzainol berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Salam..
Siapa yg tgk secara lgsung sidang tu..nilai la.. Umpama lembu kena ikat hidung dibuatnya. Sikit2 kena tgk sebelah kiri. MB pun kena aje ikut kata penasihat tu. Baru 100hr memerintah tender dh bg pd kroni..krn apa? krn takut pd kedudukan sndiri? Fkr la org melayu jgn dibodohkan oleh org lain. Jgn ikut telunjuk org lain.

Unknown berkata...

Secara keseluruhannya..mmg tuan speaker tu berat sebelah. Dari computer amat jelas dia hanya tgk sebelah kiri nya saja. Mkin tgk boss (DAP) dia kot. Tak ada tauliah lgsung jd speaker. Tak ada tokoh lgsung. Buat malu aje.
TUKAR LA!!!!

Unknown berkata...

Secara keseluruhannya..mmg tuan speaker tu berat sebelah. Dari computer amat jelas dia hanya tgk sebelah kiri nya saja. Mkin tgk boss (DAP) dia kot. Tak ada tauliah lgsung jd speaker. Tak ada tokoh lgsung. Buat malu aje.
TUKAR LA!!!!

Unknown berkata...

Salam..
Apa cite di dewan rakyat hr ni. Semua ahli pembangkang keluar dewan nk tunjuk protes. Mrk ni juga sebg 'most childish, unparliamentarian dan most irresponsible". Sama aje semua. Kata org mrk pun lbh.

faizalzainol berkata...

Salam YB,

Walauapapun jua alasan kita, hakikat dan hakikinya kita sama-sama perlu menerima kenyataan bahawa MB kita telah berjaya ditundukkan oleh kekuasaan dan pengaruh DAP dalam membuat sebarang keputusan. Kepintaran dan kebijaksanaan MB kita telah berjaya dibelenggu dek kerana pengaruh DAP dalam pentadbiran Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sehingga menyebabkan beliau gagal menjawab soalan-soalan mudah yang diajukan oleh Pimpinan UMNO.

Dengan ini pemuda PAS wajar menjadi kumpulan pendesak atau pengimbang dalam usaha memelihara, melindungi dan memperkukuhkan hak-hak Melayu/Islam dibawah pimpinan Pakatan Rakyat bagi memastikan keyakinan Melayu Perak berjaya dikekalkan sehingga PRU13. Kegagalan usaha ini dilakukan akan bisa menyebabkan sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat Perak akan terhakis.

Persoalan pemberian hak milik tanah 999 tahun juga amat mengecewakan. Perkara ini telah disahkan kebenarannya oleh YB Nga Kor Ming dalam ucapan ceramahnya. Perkara ini menunjukkan MB tidak mengkaji terlebih dahulu isu ini sebelum memberi kelulusan atau mungkin Exco-exco dari DAP yang mengkaji dan meluluskan mengikut kepentingan tertentu yang boleh dipertikai keikhlasan, pendekatan dan matlamatnya.

Persoalan isu tender yang sama ada perlu diheret ke BPR atau tidak, itu bukan persoalan besar tetapi mengapa ketika sidang tiada penafian dan jawapan yang memuaskan dibuat oleh MB kita ataupun YB Nga Kor Ming, seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.
Yang lebih menyedihkan setelah didesak dan diasak oleh Pimpinan UMNO,
MB kita baru berani menjawab dengan jawapan yang benar-benar mengecewakan iaitu "Negotiate Tender" jelas bertentangan dgn prinsip ketelusan yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. Pemberian tender secara begini secara tidak langsung akan menjejaskan peluang untuk syarikat bumiputera mendapat tender-tender dari kerajaan Perak dan tidak perlu saya perincikan. Sewajarnya usaha-usaha komprehensif dan terancang dilakukan oleh MB kita dalam usaha membela, dan memperjuangkan hak-hak Melayu/Islam dan dalam masa yang sama tidak menganaktirikan kaum bukan Melayu dengan memberi keadilan dan kesaksamaan selayak dan seadil-adilnya.

Saya mohon agar kita semua tidak berada dalam kelompok penyembunyi kebenaran. Sewajarnya kita berada dipihak pengimbang supaya pimpinan PAS perak dan Melayu perak tidak leka dan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam usaha membantu MB kita dalam menghadapi persoalan ini mengikut kemampuan masing-masing.

Isu kegagalan speaker untuk mengawal keadaan telah menyebabkan reputasi Pakatan Rakyat terjejas dimata rakyat Perak. Walaubagaimanapun saya dngan penuh sedar, kita wajar memberi peluang dan ruang kepada beliau untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja beliau.

Sekian, terima kasih.

Anak jati ipoh, perak