Walaupun saya berada di Kuala Lumpur semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-12 yang berlangsung selama 4 hari (24-27 Jun 2008), saya tetap dapat mengikuti agenda perbahasan dan pergulungan setelah Paduka Seri Sultan Perak menyampaikan titah Ucapan Perasmian membuka sidang tersebut pada hari pertamanya. Ini adalah kerana persidangan itu dapat disaksikan secara langsung melalui ‘video streaming’ di laman web yang julung-julung kalinya pernah dilakukan kerajaan negeri Perak. Tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang mengambil inisiatif bagi memudahkan rakyat negeri Perak khasnya, dan masyarakat umum di seluruh negara amnya dapat mengikuti persidangan tersebut.
Pada mulanya saya menjangka ADUN-ADUN BN yang terdiri dari 27 orang mewakili UMNO dan seorang mewakili MCA pastinya akan memberikan pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan yang bernas dan membina. Ini memandangkan sebahagian besar mereka yang kini menjadi anggota pembangkang, dahulunya adalah merupakan pemimipin-pemimpin dalam kerajaan. Namun saya amat terperanjat dan kecewa dengan kerendahan pekerti dan budi bahasa mereka serta sikap sombong dan bongkak mereka, setelah menyaksikan hampir kesemua ADUN-ADUN UMNO dan ADUN tunggal MCA yang berpeluang bercakap atau berhujah dalam persidangan itu. Hampir tidak ada pandangan dan cadangan yang bernas dan membina diutarakan, melainkan cacian, tohmahan dan penghinaan yang silih berganti dilemparkan terhadap Dato’ Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar dan juga terhadap beberapa orang Exco dari DAP dan PKR.
Teks penuh layari : http://usahmadawang.blogspot.com
4 ulasan:
Kepimpinan politik negara kita daripada PM, TPM, Menteri, MB, KM, Exco baik dari parti Kerajaan mahupun pembangkang dan macai-macai mereka kini sedang sibuk. Sibuk mempertahankan diri mereka masing-masing daripada segala macam masalah dan tragedi politik.
Sedangkan mereka sepatutnya mempertahan dan memperjuangkan nasib rakyat ketika kita sedang berhadapan dengan masalah-masalah berbangkit akibat daripada kenaikan harga minyak.
Saya tidak puas hati. Mereka tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Wakil rakyat kita makan gaji buta!!
Tidak sedar diri dan memalukan negara. Malaysia would be better wihout all of you.
http://c-bok.blogspot.com
Salam.....
Pada hari dimana ADUN BN/UMNO telah keluar dari dewan sebagai tanda protes kepada speaker Cina Islam telah menyiarkan mengenai Perangai ADUN tersebut yang amat memalukan orang Melayu. Jadi pada hari ini Pakatan Rakyat telah keluar dari dewan Parlimen sebagai tanda protes kepada speaker dan Cina Islam tidak menyiarkan langsung mengenai perkara itu. Apakah ini sengaja disembunyikan. kenapa tidak melabelakan sahaja mereka itu sama seperti yang dilabelkan kepad ADUN BN. Jelas Cian Islam sendiri tidak telus dalam menyiarkan berita semasa. Cakap malam pandang-pandang cakap siang hati-hati jangan sampai terkena batang hidung sendiri.
salam,
mohon YB Cina Islam lebih telus dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, terimala hakikat bahawa yang memalukan Melayu bukan ADUN UMNO tetapi ADUN PAS dan PKR. Mereka semua gagal mempertahankan YAB MB ketika diserang oleh UMNO. Seolah-olah hanya BELIAU SEORANG SAHAJA ADUN MELAYU/ISLAM di dalam Pakatan Rakyat.
Mungkin sbb YB PAS dan YB PKR sedar bahawa mereka sendiri tahu bahawa apa yang diperkatakan oleh UMNO itu benar. Sehingga mereka tiada idea dan modal untuk didebat dalam usaha mematahkan hujah-hujah UMNO.
ADUN PAS dan PKR wajar memuhasabah diri, kami sebagai rakyat akan terus mendoakan dan mengharapkan perubahan dari masa ke semasa.
Semoga Pakatan Rakyat perak akan terus mantap dalam usaha memartabatkan agama Islam dan bangsa melayu dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan agama dan bangsa yang lain.
semuga Allah memberikan kekuatan kepada kami semua...
Catat Ulasan