14 Julai 2014

Angka korban di Gaza mencecah 172, serangan masuk hari ke-7

16 Ramadhan 1435. [MOD] -


GAZA CITY: Serangan tentera Israel ke atas Gaza awal hari ini meragut nyawa seorang lelaki dan wanita, dengan angka kematian meningkat kepada 172 orang apabila bedilan memasuki hari ketujuh hari ini.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah dalam serangan udara Israel semalam, dengan lapan lagi turut terbunuh. 


Dalam serangan awal hari ini, lelaki yang maut berusia 65 tahun di Deir el-Balah, di selatan Semenanjung Gaza manakala wanita berkenaan berusia 20 tahun dari Rafah, berhampiran sempadan Mesir. 

Dua lagi mangsa korban adalah dari Khan Yunis, juga di selatan.

Satu serangan di bandar utara Jabaliya menyaksikan sebuah rumah penduduk musnah sama sekali dan meragut nyawa budak lelaki berusia 14 tahun.

Satu lagi serangan selepas itu, seorang wanita di kem pelarian Maghazi maut akibat bedilan di tengah Gaza.

Seorang lelaki terbunuh dalam satu serang hendap di Beit Hanun, utara Gaza apabila tentera Israel memberi amaran agar penduduk meninggalkan kediaman mereka. 
Setakat ini, kira-kira 1,230 orang cedera dalam serangan Israel sejak Selasa lalu. - AFP

Tiada ulasan: