25 April 2009

Nizar fail afidavit bantah permohonan Dr Zambry

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Khamis mengemukakan bantahan terhadap permohonan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan berhubung peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan seterusnya mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Mohammad Nizar membuat bantahan tersebut melalui satu afidavit jawapan yang difailkannya di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Mengikut afidavit jawapan itu, Nizar antaranya memberi alasan bahawa persoalan yang dicadangkan oleh Zambry untuk diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak dapat meleraikan kebuntuan politik.

Beliau berkata isu, sama ada jawatan Menteri Besar Negeri Perak boleh dan/atau telah dikosongkan dalam keadaan Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri itu dalam beberapa keadaan termasuk tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Perak -- masih tidak dapat dijawab.

Katanya persoalan-persoalan yang telah dicadangkan oleh Zambry untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan adalah tidak relevan kepada Permohonan Semakan Kehakimannya (Nizar) dan ia tidak akan dapat memutuskan pertikaian isu-isu dalam permohonan itu (semakan kehakiman).

Mohammad Nizar turut mencabar kesahihan Fasal 63 Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang digunakan untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar Permohonan Fasal 63 kerana istilah "Mahkamah Agung" dalam Fasal 63 itu tidak merujuk kepada Mahkamah Tertinggi di Persekutuan Tanah Melayu kerana Mahkamah Tertinggi pada ketika itu adalah Privy Council.

Mohammad Nizar berkata beliau tidak menyoal perogatif Sultan Perak yang termaktub dalam Fasal 16(2) dan/atau Fasal 36(2) itu.

Katanya perogatif Sultan Perak tidak timbul langsung dalam permohonan semakan kehakimannya.

Zambry telah mengemukakan permohonan untuk merujuk tiga persoalan undang-undang berkenaan dengan interpretasi Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) menurut Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Zambry dalam notis usulnya berkata sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Feb 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu .

Mohammad Nizar telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohammad Nizar memberi alasan bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak, beliau adalah Menteri Besar yang sah kerana beliau telah menasihati Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri, tidak meletak jawatan dan tidak wujud usul tidak percaya diluluskan terhadapnya di dewan berkenaan.

Pendengaran semakan kehakiman itu akan didengar oleh Mahkamah Tinggi pada 5 dan 6 Mei ini. BERNAMA

7 ulasan:

sydeen aka saidin berkata...

isu ni x akan selesai hingga PRU akan datang melainkan bubalkan dun perak. lawan tetap lawan. peguam & hakim pakat penim

Nash Ar-Rawy berkata...

Raja-raja di Malaysia adalah 'Constitutional Monarchy' ( Raja Berperlembagaan ' dan 'Ceremonial Monarchy' ( Raja adar istiadat } Bukannya Absolute Monarchy ( Raja Mutlak ) seprti Sultan Brunai dan Raja Saudi boleh lantik anak jadi menteri. Justeru raja kena ikut perlembagaan dan hormati Speaker dan MB yg sah dan keputusan DUN ( Badan Perundangan)

Tanpa Nama berkata...

Drs,Terkadang org kpg lebih tinggi harga diri.Enggan mengambil durian yg jatuh ke dlm pagar nya atas alasan bukan hak kecuali dgn izin.Tetapi MB kudeta bagai tunasusila bila beria ia sgt hendak menjawat jwtn MB.Mengapa harus terjadi.Aduhai.. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

ZAMBRY! TEH TARIK SATU DENGAN ROTI TELUR SATU.

Tanpa Nama berkata...

aku pun sama mamak zambry!

ROTI TULUUUUR 1 berkata...

apala nak jadi dgn mahkamah kita? nampaknya yang benar jadi salah yg salah terus jadi benar. manatak diketawakan oleh negara lain tentang negara kitani. yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana...bijak bijak

sepitbiru berkata...

Seruan kepada anak perak diperantauan especially yang mengundi di luar perak kita pakat ramai-ramai tukar tempat gundi,kita balik gundi di perak..biar PRU yang akan datang ni lagi panas buat UMNO/BN...buat YB Khalil respect buat tuan sentiasa update yg terkini