Pena YDP Kuala Kangsar
5 Ramadhan 1438H.
Kita dianjurkan untuk membaca doa ketika bangun dari tidur
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.
Semuga dengan bacaan bangun tidur dapat memberi keinsafan kepada pembacanya bahawa kehidupan kita di dunia hanya sementara sahaja.
Bila- bila masa kita akan menerima ajal masing-masing. Umpama kita menumpang sebuah kenderaan pada satu masa tuan punya kenderaan akan menyuruh kita turun maka kita kena akur dengan arahan itu. Begitulah kehidupan ini . Bila malaikat pencabut nyawa datang dikala itulah kita diarahkan keluar dari dunia yang sementara ini.
Kerana itu bersiaplah dengan segala amalan yang akan menemani kita terutamanya di bulan Ramadhan, bulan yang sarat dengan ganjaran kepada apa sahaja amal soleh yang dikerjakan.
Sejahtera Bersama Islam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan