Pena Idham Lim
9 Ramadhan 1438H
Terkesan solat Tarawih dibelakang imam yang cacat penglihatannya namun mampu menhafal Al Quran dan menjadi imam di Mesjid As Syarif Gombak kepada mereka yang sempurna penglihatannya. Setiap selesai 2 rakaat selepas salam imam yang diperkenalkan dengan nama Ustaz Syukri itu segera menyemak Al Quran Braille dengan meraba-raba halaman pilihannya. Allahuakbar.
Disebelah saya seorang anak muda berpakaian kerja bertarawih sehingga selesai 23 rakaat bersama witir. Katanya setiap malam balik kerja dia akan singgah di beberapa mesjid untuk solat berjemaah. Mulianya seorang anak muda yang tidak lupa menjadi sebahagian dari mereka yang mengimarahkan Ramadhan.
Sejahtera bersama Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan