15 Jun 2009

Penyokong k'jaan perpaduan belakangi nasihat mursyidul am...

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya," katanya dalam laporan Bernama.

"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.

Katanya, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai “boneka Umno”.

Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.

Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut. Malaysiakini/

18 ulasan:

ali alor setar berkata...

Hari2 ada saja sebutan kerajaan perpaduan,bukan terbit dari mulut juak2 ubn,tapi keluar dari mulut pembesar2 pas sendiri.Mengapa harus kita memperbesarkan isu itu?.Kita sengaja melagalaga ahli kita sendiri.Ubn menunggu peluang yang dicipta olih ahli pas sendiri,mereka melihat gelagat pas yang shok sendiri.Hai kepala2 pas sudah2lah dengan "KERAJAAN PERPADUAN".Jangan sampai ahli kita berkecamok.

roslan berkata...

A,KUM yang cadang nak buat kerajaan Perpaduan ini Biasalah teringin sangatnak jadi menteri dan perdana menteri, DAPAT JADI MENTERI BESAR PUN 4 TAHUN SAHAJa.Nasihat orang yang dah lama jadi menteri besar tak nak dengar, maklumlah rasa diri ini bagus, lepas tu terperasan yang ianya dan kawan-kawannya alim ulamak dalam hati kami penyokong pas tak rasa macam puak-puak ini alim ulamak tahap ustaz sekolah menengah sahaja paling tinggi pun ustaz dekat IPTA yg kejar nak jadi pensyarah kanan dan PM. Pemimpin agama adalah sikap ikhlas dan tawaduk bukan cakap dalam ceramah tolong buktikan betullah kata ulamak pas yg org rakyat malaysia boleh terima termasuklah UMNO Puak-puak ini BONEKA UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Cukup-cukup lah YB..Saya harap pemimpin PAS tidak mengikut rentak media pro BN.Perkara ni mengelirukan akar umbi.Fahami brtul-betul pendapat Presiden.Beliau lebih arif daripada kita.

Bah Lontok berkata...

Tujuan PAS bersengkokol dengan DAP se mata2 inginkan sekelimut kuasa memerintah. Yang akan di timpa malang ialah orang melayu.

PAS sudah mengetahui bahawa DAP sedarah sedaging dengan PAP Singapura. Cina dan india Malaysia sudah bersatu menyokong DAP@ PAP. Untuk menguatkan kedudukan nya DAP mengambil hati pemimpin2 PAS dengan menyokong nya pada PRU12 yang lepas.

PAS mengetahu akan kesalahan nya menyokong DAP@PAP, apakan daya sudah termakan budi. Terpaksa terus menyokong DAP. Sekarang cuma rakyat melayu sahaja yang boleh selamatkan negara dari balapetaka ini. Kita kena berhenti menyokong PAS dan PKR, menyokong mereka bermakna menyokong DAP @ PAP.
Bah

Uda Kasim Jln. Kelochor berkata...

Sebagai ANAK KELATE dan ahli PAS SEUMUR HIDUP..dan sebagai penyokong yang pernah dipertontonkan nasib Kerajaan Campuran PAS+BN dahulu..kami faham benar erti PERCAMPURAN (baca PERPADUAN) dahulu..utk pengetahuan dan sebagai renungan bersama,PERTAMA..Apakah sumbangan PAS (sebenarnya apakah yang PAS boleh dan termampu buat) semasa dalam kerjaan campuran dulu? seingat saya sebagaimana dituturkan oleh TGNA beberapa ketika dahulu, PAS hanya menyumbang menukar lambang hospital daripada lambang CROSS kepada BULAN SABIT..tu je sumbangan (yang terdapat) dibuat oleh PAS..selebihnya kata TGNA,wakil2 PAS dok goyang kaki dalam PArlimen dan ikut rombongan ke luar negeri..KEDUA.. Dato' Mustafa Ali sempat menjadi Timbalan Menteri Sains dan Alam Sekitar masa tu dan berpelaung bawa keluarga ikut rombongan kerajaan ke luar negeri, memetik daun teh dan strawberry..
KETIGA..Almarhum Dato' Muhammad Nasir (bekas MB Kelantan merangkap mertua Dato' Daud Iraqi-bekas Ketua Dewan Ulama PAS) sempat juga menjadi Menteri Tanah dan Wilayah..apa sumbangannya...buka sebuah sangkar anggur di kawasan laman rumahnya yang luas (katanya percubaan utk diperluaskan kpd sekalian hamba rakyat)..itulah sumbangan-sumbangan wakil2 rakyat Pas di dalam Kerajaan Campuran (sekali lagi, baca Perpaduan) pada masa itu. Namun setelah disepak terajang, dicerai TALAK 3 oleh UMNO..ada lagi yang teringin dan termimpi2 nak jadi Menteri dan Timbalan Menteri....Masya Allah..kalian adalah PENGKHIANAT PERJUANGAN dan kalian MEMENTINGKAN NAFSU PERUT semata-mata...Sekali lagi kecenderungan ku untuk bersama-sama PAS disembelih oleh kalian...namun semangat dan rohku tetap akan bersama perjuangan ini...
bagi Sesapa yang nak Kerajaan Perpaduan, baik dia seorang Pimpinan atau Penyokong Marhaen, dipersilakan letak jawatan dan masuk UMNO terus..terus berpadu dgn UMNO..jgn seret PAS sama..
Almarhum Ust. Bunyamin (bekas ISA&ADR Bachok) pernah menyebut.."UMNO ni bagaikan seorang lelaki yg nak menjadi perempuan.UMNO juga umpama MINYAK dan Pas umpama AIR..takkan leh bersatu"..nah..saya nak tanya, mana ada pemimpin PAS sekarang ni selasak YB Buniyamin??
TGNA pun pernah berkata.."Haram PAS wujud bilamana UMNO nak buat ISLAM yang sebenar"
Tapi yang berlaku (akan) sekarang ini, PAS yang memperjuangkan Islam sebenar telah mencemar duli ingin bersama UMNO yang mempelopori Islam Hadhari...

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Bergaduhlah dengan orang Umno. Janganlah asyik nak bergaduh sesama sendiri. Nampanya dalam setiap komen orang PAS dah berani bersikap kurang ajar dengan pemimpin. Dengan kata-kata yang biadap. Adakah ini yang kita mahukan. Sikap pun dah jadi macam Umno.ari-hari cerita UG. Apa yang peliknya TG Abdul Hadi tak komen pun tetapi orang yang menentang ideanya pulak yang asyik mengadu domba dalam media Umno. Apalah nak jadi? Berbincanglah dalam Majlis Syura, Dewan harian atau AJK Pas pusat. Kan lebih baik dari terjerit-jerit dalam media Umno. Dalam Blog pulak menghentah TG Abdul Hadi dengan sikap kurang adab. Apa nak jadi? Berilah walaq' kepada pimpinan yang dah dipilih. Kenapa masa muktamar TG Abdul Hadi tidak dicabar? Kalau rasa diri lebih hebat dari TG Abdul Hadi bertandinglah lawan dia. Dia pun sedia dicabar. Kalau tak puas hati tunggulah pemilihan akan datang. Bersatulah. Jangan terikut dengan rentak Umno. Jangan cuba rosakkan parti.

Tanpa Nama berkata...

walaa bukan takat pad HJ Hadi..atas dari tu - mursyidul am..No 2 kena taat pada nasihat No 1 ..NO 1 dah BERTEGAS berulangkali MANA yg jln yg dipilih oleh gerakan jemaah kita ini. - PR.

so yg no 2,3,4,5 pemuda pemudi - taatlah dan hormatlah keputusan pemimpinn kamu itu.

dan majoriti ahli nampak setuju dgn jln mursyidul am kita. selessai bukan?

- pemimpin2 yg memikir2 jln lain bole la tutup & senyap . selesai.

Tanpa Nama berkata...

TGNA nak tekankan bahawa UG memang ditolak sekeras-keras. Kalau TGNA tak ulang sebut benda ni org bukan islam tak nak percaya dgn pas pula. "Nanti bila kita sokong PAS, dia bulat belot buat kerajaan dgn BN". TGNA nak yakinkan org yg mengundi PAS dlm PRU12 bahawa undi mereka tak dipersiakan. Sebab tu kena di ulang-ulang. Kalau dok senyap nanti org faham kita dok rancang yg lain.

Tanpa Nama berkata...

shafri

adakah kata kata mu itu tidak mengutuk tgna?
inilah masalh sebenar puak puak kamu?

Tanpa Nama berkata...

Mohd Shafri tau dak bahawa UG tak pernah di bawa syura. So sapa yang sebenarnya kurang adab berjamaah? keputusan muktamar nak bersam pakatan< Ug lain pulak directionya. Kita kena wala' kps pimpinan bukanya wala' pd pemimpin. pemimpin datang dan pergi, pimpinan ulama terus tetap.

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... berkata...

Salam...
YB... Saya pun tak setuju YB keluarkan artikel yg mcm ni....
Sumber tu pun dari Bernama... Annuar Zaini punya...
Kan ke Harakah dah wawancara TGHH bulan April lepas.Cadangan tu diberi masa Absullah Badawi jadi PM.bILA nAJIB JADI pm, TGHH Dah ditarik balik pun cadangan tu.Perwakilan yang hangatkan balik isu ni masa Muktamar yang lepas.Sebagai penggulungan dah tentu la TGHH terpaksa sentuh sikit.Kenapa masih nak timbulkan lagi isu ni?Jangan timbulkan kekeliruan pada ahli-ahli PAS.TGNA dan TGHH adalah dua ulama' besar dalam PAS yang punya matlamat yg sama untuk tegakkan Islam cuma berbeza pendapat (benda khilaf) atau cakap sainsnya berbeza metod untuk mencapai objektif yang sama.TGHH kan wala' pada TGNA dgn awal-awal lagi dah tarik balik cadangan tu?Bahkan masa tu TGNA tak cakap apa-apa pun, pasal Abdullah Badawi lagi jadi PM.Betapa TGHH sangat menjaga dan menghormati pendirian parti dengan tak membuat keputusan sendiri, sentiasa mengikut jamaah.Bila ramai Jawatankuasa Pimpinan PAS tak setuju, TGHH tarik balik cadangan tu, walaupun TGHH sebagai presiedn punya cadangan.Bererti TGHH memutuskan sesuatu untuk dibawa ke majlis syura mengikut keputusan musyawarah pimpinan tertinggi.

mz berkata...

sape yg hgtkan: check balik kat muktamar dewan ulama' dan staement media.. sape yg mulakan dulu... masih ade yg cuba pesongkan fakta yer... tak baik oooo...

mz berkata...

Part 1:


sekrg ni ramai golongan yg memihak kepada TGHH juga. Golongan yg memihak TGHH juga nampak mcm gagal memahami pandangan TGNA..
dua2 belah pihak gagal memahami pandangan pihak yg sebelah lagi.
sepatutnya dua2 belah pihak tgk baik tentang pandangan kedua2 belah pihak.. dan tengok yg mana yg lagi baik.. mungkin kedua2nya adalah baik belaka tetapi mesti ada yg lagi baik.

ini pandangan peribadi saya;
kita tgk satu persatu pandangan tersebut.

1.) pandangan TGHH - kerajuan perpaduan.
-- dari idea nampak sgt2 baik.. dan ini yg sepatutnya.. tp adakah sesuai segn keadaan dkt malaysia-dgn umno?.. ini kita kena kaji sedalamnya... kita tgk syarat2 kerajaan perpaduan spt yg dikupas oleh Ustaz Tn Ibrahim Tuan man dan ramai lagi.. amat bagus sekali idea tersebut.. kalau terjadi idea tersebut memang sah mcm UMNO dan terima islam sepenuhnya dan PAS pon dah boleh bubar.. sebab UMNO dah terima islam sepenuhnya mcm pas... Tp adakah UMNO akan terima syarat2 tersebut???.... sejarah 50 thn mungkin boleh membantu kita menjawab soalan ini... Dan pada pandangan saya; tak mungkin umno akan dibawah najib akan terima.. zaman paklah adalah % akan terima tuh...jadi idea tersebut adalah bagus tp nampaknya realiti amat jauh sekali.. Saya rasa bendalah ini akan jadi setakat bertemu dan berbicang saja, dan tak akan diterimanya syarat2 yg Ustaz Tuan Ibrahim bagi tadi.

mz berkata...

Part 2:
2.) pandangan TGNA menolak Kerajuan Perpaduan dan BERKERJASAMA POLITIK dengan umno.. dan kita kena phm ape maksud TGNA itu.. ramai gak pihak yg menyokong TGHH gagal memahami pandangan jauh TGNA..dan mengatakan TGNA menyekat dakwah dengan UMNO yg mana adalah lari terlalu jauh dr maksud sebenra TGNA.. dia melarang kerjasam politik saje, tetapi berdakwah kepada ahli umno dan berbicang pasal isu selain dr bergabung adalah dibenarkan dan tak perlu diagendakan pon-sebab islam amat mengalakkan kerja dakwah2 ini tak kira kepada org umno atau sesiapa saje..... dan telah diterangkan berkali2 tp ramai yg masih memekakkan telinga pasal hal dakwah ini.tak timbul isu ingkar larangan tuhan utk berdamai.. sebab kita tak bermusuh dgn org umno-kita hanya menentang parti UMNO yg menyimpang dr ISLAM... TGNA melihat tak akan tercapainye hasrat kerajaan perpaduan dgn UMNO ini malah dlm masa perbincangan pon akan berlakunya perpecahan dlm PAS . jadi awal2 lagi dia cuba mengelakkan hal perpecahan dalam PAS berlaku.. TGNA BERPANDANGAN JAUH DAN MELIHAT REALITI SEMASA DAN TIDAK MAHU lihat PAS berpecah belah hanya kerana isu berbicang politik dgn UMNO tp hasilnya adalah amat tipis utk dicapai.. sejarah dulu haruslah diajdikan iktibar mcm mana kerajuan campuran bertukar jadi lain dan akhirnya PAS berpecah belah.. sekrg pon belum ape2 pon lagi dah berpecah belah,,itulah yg cuba dihindarkan oleh TGNA.. iitu semua adalah demi PAS dan demi dakwah Islam juga especiallly kepada bukan islam.. oleh yg demikian jalan sebaiknya adalah terus lupakan kerajaan perpaduan sebaliknya terus kuatkan PAS dalam PR dalm masa yg sama teruskan kerja dakwah dgn lebih gigih kepada ORG2 UMNO dan bukan islam.. kita tak pernah lupakan kerja dakwah ini.. tp bukan dgn mengambil jalan pintas, yg boleh merosakkan jemaah yg akhirnya boleh membuatkan hampir semua gagal; pas pecah belah; dakwah umno tak berjaya; dakwah kepada bukan islam juga gagal...itu yg lagi teruk dan patut dielakkan...

mz berkata...

Part 3
OK..kat sini ramai gak kata.. kerajaan perpaduan bukan bergabung dgn umno dan berbincang bukan bergabung dgn UMNO... dan sudah dijelaskan oleh TGHH dan ustaz Nasha,,.. kata juga takde niatpon utk gabung dgn umno... tp adakah ini benar takder niat pon?.. saya rasa Ustaz Ahmad Awang sudah memberikan jawapan memang ada golongan yg fikir Bergabung dgn UMNO adalah lebih baik dr Gabung dengan PKR dan DAP.. memang ada.. jgan kata tak ada...dan memang ada kertas kerja pon; yg mudharat yg mana yg lebih ringan... dan perbincangan pasca Macrh 2008 pon adalah berkaitan kerjasama poltik-gabung juga.. memang wujud benda tuh.. dan sebenarnya OK utk tengok yg mana yg lebih baik utk ISLAM.. antara bersama PR atau UMNO... OK KITA KAJI detail2.. tp saya rasa, selepas kes perak (nasib baik Ustaz ahmad awang menolak dr tubuh kerajaan dgn UMNO) dan dgn tgk sokongan org bukan islam kepada pas selepas isu perak.. sudah jelas menunjukkan dengn PR is much2 better dr dgn UMNO ( sekali lagi dakwah dgn UMNO jgn ditinggalkan sekali2).. ..

atas sebab itulah utk kebaikan jemaah pas dan islam, nampaknya kita mesti bersatu dan jgn cuba utk memecah belahkan jemaah demi utk menegakka pandangan kita semata-mata..kalau pandangan dan idea kita itu (halal) tp boleh memecahkan jemaah lebih baik kita cepat2 undurkan diri dan bersatu balik utk jemaah..itu adalah terbaik...jgn jadi degil tak tentu pasal dan cuba menegakkan idea sampai semua org jadi keliru..cubalah kaji dari semua segi dulu dan cari jalan terbaik demi PAS.. dan amat JELAS jalan terbaik sekrg adalah lupakan dulu Kerajaan Perpaduan sehingga tiba masa yg sesaui nanti (sebab idea itu adalah amat bagus tetapi suasana semasa amat tidak mengizinkan.).... itu saja sekian..

p/s: kerajaan perpaduan yg terbaik sekrg adalah bukan berkerjasama politik dgn UMNO najib (sebab umno akan jadi terajunya-kalau lihat masa skerg lah), tp kerajuan perpaduan antara PR dan MP2 UMNO (geng paklah dan Kuli) ni OK.. atau MP2 Umno ni terus masuk PR dan jadi kerajaan PR.. Kalau UMNO yg jadi teraju percayalah tak akan kemananye ; itu adalah helah UMNO utk terus berkuasa saja)...

ubatkuat berkata...

TERUSKAN PERJUANGAN WALAU APA CARA SEKALIPUN,,YANG BAWAH TOLONG JOLOK YG DI ATAS KALU DIATAS TU TAK BETUL DENGAN PRINSIP PERJUANGAN ,,YG ATAS PERLU GAK SOKONGAN YG BAWAH SUPAYA POLITIK SURVIVAL DIA BERTERUSAN DAN DIBIMBINGI OLEH NUR ILAHI,,,YG KECIK DAN PERINGKAT BAWAH PUNYA IDEA DAN GAGASAN JANGANLAH DI RAMAS DAN DI TONG SAMPAHKAN OLEH PIHAK ATASAN,,TAKUT NANTI MASA PANGKAH,YG BAWAH NI TERASA HATI DAN MELENCONG LAK UNDINYA,,,SUNGGUH SAYA TAK NAK TENGOK SEMUA NI,,TAPI ITULAH ASAM GARAM POLITIK YG MASAK DAN NILAI PARTI YG TIDAK BERLANDASKAN DIKTATORSHIP,,BERANI TEGUR YG ATAS TAK SEMESTINYA YG ATAS TU BETUL JE,,GITU JUGA YG BAWAH ,, TEGUR NGAN BERHEMAH DEMI PERPADUAN,,,ISLAM TU DAH CANTIK CUMA KITA NI JE YG PERLU MEWARNAI NYA DENGAN KESANTUNAN BUDAYA MELAYU DAN IKUT ALQURAN DAN SUNNAH,,,

WALLAHU ALAM

Tanpa Nama berkata...

inamadia berkata-
Harakah dah wawancara TGHH bulan April lepas.Cadangan tu diberi masa Abdullah Badawi jadi PM.bila Najib jadi PM, TGHH dah ditarik balik pun cadangan tu.

mz berkata...
Part 1:
Part 2:
Part 3:

-dengan ulasan dan cadangan yang sangat panjang, konkrit dan membina, syabas, tapi hingga boleh mengelirukan pula.
Apa perlu ulas lagi,sudah lah, inamadia dahpun beritahu belum pada tu (baca atas tu). Jenis keras keng agaknya mz ni (ke keng steel), ataupun jenis hok orang semuanya tak betul, hok dia tak dak satu pun yang betul.

mat sabung berkata...

straib MSO la ni kot...huhu...dio hentam semua.do pon strain Berahim Aley tuh! Dok paham2 msg drp pimpinan, mcm mane ni n g bjuang nih? bapok!!

Allahu Akhbar!!