15 Jun 2009

MCA nak keluar barisan?

Satu pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dalam laman blog Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah dikeluarkan hari ini bersama-sama dengan pungutan suara yang lain.

Respons pertama kepada pungutan suara “Adakah Perlu MCA Keluar BN" dikemukakan pada 27 Ogos tahun lepas sewaktu Ong masih belum menjadi presiden parti itu. Setakat semalam, pungutan suara itu berjalan sperti biasa.

Akhbar harian berbahasa China, Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan bahawa 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar dari Barisan Nasional.

Bagaimanapun, bahagian pungutan suara itu telahpun dibersihkan pagi ini dan tiada soal selidik yang ditinggalkan di dalamnya.

Jurucakap MCA dan juga anggota jawatankuasa pusat parti Lee Wei Kiat ketika dihubungi hari ini berkata beliau tidak dapat menjawab bagi pihak Ong berhubung tujuan pungutan suara itu diadakan kerana ia ditempatkan dalam blog peribadinya.

“Bagaimanapun, kami menghormati dan menghargai respons di dalam pungutan suara itu..kami sentiasa mengkaji dan meneliti pendapat dan pandangan daripada orang awam demi kemajuan parti,” katanya.

Lee berkata orang ramai mempunyai kebebasan bersuara dan parti itu akan sentiasa menghormati pandangan umum sambil menambah parti itu akan terus memainkan peranannya di dalam BN dan terus berkhidmat untuk rakyat. - Bernama

16 ulasan:

ubatkuat berkata...

hoi UBN ...MCA pun bukan kebulur sangat nak duduk kat korang...percaya ke tidak atas ulasan ni korang tengoklah sendiri KEPANDAIAN TERLAMPAU TAHAP GABAN YG ditunjukkan oleh presiden MCA sendiri didalam blognya bilaman 76%(kalau betullah)ahlinya menyokong MCA keluar BN???amacam pendokong BN ,,aku menghasut tanpa fakta ke??lu pikirlah sendiri bro

Lebai Mangkuk berkata...

Sebenarnya MCA bukan hendak keluar BN, tetapi sudah pun keluar ber sama2 Parti Gerakan pada PUR12 yang lepas. Mereka sekarang sudah bersatu dalam DAP.

serupasekala berkata...

BAGUS LE TU . LEPAS NI JOIN PAKATAN.

Awanama berkata...

Ai ya, Ong Ta Kut mana berani nak bawak parti keluar dari BN??!!! Cakap saja la, duduk dalam BN dapat duit, dapat pangkat, makan kat hotel 5 bintang, buat apa susah payah minum kopi-o kat kopi tiam?? Sama macam UMNO, makan minum kat hotel mewah dibiayai duit rakyat, mana sanggup nak makan nasi bungkus denagn PAS?? Cakap saja..., memang senang nak tipu rakyat kat malaysia....

Make Money Online berkata...

bila join pakatan apa akan jadi?..terbelakah Islam..

Awanama berkata...

Para Pembaca

Pada pendapat saya, ahli ahli MCA,MIC,GERAKAN,
dan PPP sudah lama "meninggalkan" parti masing masing tetapi mengekalkan keahlian dan terus mengundi Pakatan Rakyat. Parti Parti ini bagaikan indah khabar dari rupa.

G
Belfast

member pencen keramat berkata...

Lepas ni ramai pakat join Kelab penyokong PAS

david ahmad muniandi berkata...

jom lompat parti jangan tak lompat sebab lompat parti dah jadi halal dan telah berleluasa hahaha....

Awanama berkata...

MCA = Malaysian CHINESE Association. Kasi tukar itu namalah. Selagi nama sesuatu parti itu mewakili etnik tertentu, orang takkan sokong.

PAS pula lain cerita, kerana agama Islam itu universal. Tapi nama etnik dalam sesuatu parti itu memberi gambaran racist atau assabiyah.

baba siam berkata...

Parti berasaskan satu2nya Agama & kaum sama saja pasti akan berkubur di masa depan.....

z berkata...

Nampaknya banyak parti dalam BN telah tamat tempuh had guna. PPP pun sudah hampir dan dah dilelong pada kadar diskaun 50%. Gerakan pun dah tak bergerak, menteri pun masuk pintu belakang. MIC cuma presiden saja yang berkokok. Nampaknya lebih baik BN buat lelong tutup kedai penghabisan stok.

Awanama berkata...

mic dan bn sudah lama terpisah.
tunggu nak formal sahaja.

Awanama berkata...

Orang melayu tempatan, nilah kulit sebenar orang warganegara. Sokong ikut angin, bila melayu dah nak rebah, baru mula nampak belang dia orang.

Awanama berkata...

MCA,PPP,Gerakan & juga UMno tak lama lagi akan jadi bahan hiasan & pamiran di Muzium Negaralah....

Awanama berkata...

Biarkan MCA kua. Pas nie cukupla korum diorang dalam pakatan rakyat. Pas 2 ambil alih malysia mcm singapore. pas 2 halau semua org melayu kua merempat: Anak Pejuang 13 Mei

Awanama berkata...

A'ah la. MCA nie hidup kt mana yang ada untung. Byk peluang kt BN sapu semua. Nie byk rezeki kt Dap dah nk lompat pulak.Bukan nak perjuang pun.Kita pas, jangan mudah melatah nk cepat naik. agama islam perkara utama kita kena fikir