KOTA BHARU, 14 Jun : - Kebangkitan PAS yang semakin hampir menggantikan Umno bagi mendominasikan kuasa politik negara turut mendapat perhatian menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini, hari ini bekas Perdana Menteri Singapura itu mengunjungi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.
Menteri Besar berkata, pada pertemuan itu Kuan Yew ingin mengetahui hubungan PAS dengan Singapura seandainya suatu hari nanti parti tersebut menguasai politik negara.
Menjelaskan perkara itu katanya, PAS mementingkan keharmonian kehidupan dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
"Masyarakat minoriti di negeri ini seperti kaum Cina dan India diberi layanan yang serupa sehingga mereka dapat hidup dalam suasana harmonis," katanya ditemui pemberita selepas menerima kunjungan tersebut.
Menurutnya, menteri mentor negara jiran itu juga memberitahu Kelantan semakin pesat membangun dan bukannya sebagaimana dilaporkan sesetengah media sebelum ini.
Katanya, beliau mendapati bandar Kota Bharu begitu bersih, bukan sebagaimana yang digambarkan sebelum ini. Di samping kehidupan rakyat juga berada dalam suasana aman.
"Allah mencipta orang Melayu, Allah juga cipta orang Cina, India dan sebagainya. Oleh kerana itu saya pandang semua rakyat di negeri ini sama sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.
"Sesiapa yang berpegang teguh kepada jalan Allah akan mendapat balasan syurga tanpa mengira bangsa atau kedudukan, sebaliknya kalau dia bersalah dengan Allah walaupun keturunan Arab akan mendapat balasan neraka," ujarnya.
Pada pertemuan singkat yang penuh bermakna itu, Kuan Yew memberitahu antara tujuannya bertemu dengan Mursyidul Am PAS untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan.
Beliau juga berkesempatan melawat rumah ibadat masyarakat Buddha, dan menemui pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di sini.
"Saya pula menceritakan kepadanya antara negara pertama yang dilawati sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar ialah negara China. Ini kerana negara tersebut menerima Islam lebih awal berbanding Tanah Melayu.
"Saya juga menjelaskan Islam sejak awal lagi memberi kebebasan seperti hak beragama, beribadat, ekonomi dan berbagai lagi sejak awal lagi dan bukannya selepas PBB diwujudkan pada 1948," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, PBB yang bertopengkan hak asasi manusia sebenarnya hanya dikuasai lima negara kuasa besar dengan diketuai Amerika Syarikat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau berbangga menerima kunjungan hormat bekas pemimpin yang bukan sahaja dikenali di peringkat ASEAN, sebaliknya peringkat antarabangsa.
Pada pertemuan terbabit Kuan Yew juga menjemput Menteri Besar Kelantan mengadakan lawatan ke Singapura.
Pertemuan hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajaran, Ng Eng Hen dan beberapa pegawai kedutaan Singapura.
Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemani Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Dato' Husam Musa, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Dato' Mohd Amar Abdullah. Harakahdaily.

6 ulasan:
orang Melayu memang begitu. mudah percaya dengan kafir. Pada hal Allah larang percaya dengan kafir, hatta seorang doktor pakar sekalipun. Malangnya orang PAS pun Melayu sehingga tidak kira siapa mereka pakai percaya.Orang Umno tidak mengapalah kerana mereka tidak ikut perintah Allah. Politik suku agama suku. Tidak ada sebab mengapa tidak percaya dengan orang kafir, kerana kafirlah yang membuat mereka dapat itu dan dapat ini. Hal ini ada persamaan dengan rakyat palestin yang percaya dengan Yahudi. Bukan setakat percaya, malah tanah tanah milik mereka dijual kepada Yahudi. Akhairnya apa sudah jadi. Tiap hari dibunuh dengan suka hati. Masjid al Aqsa pun sudah jadi milik Yahudi, kerana duduk dalam wilayah Israel. Demikian juga dengan Melayu Singapura. Apa yang terjadi atas orang Melayu di singapura. Sekolah melayu sudah tidak ada Lagi, sekolah agama apa tah lagi kecuali sekolah milik persendirian.Bahasa Melayu sudah tersingkir. Inilah punca kerana percaya dengan kafir yang memerintah singapura. Demikian juga dengan apa yang sedang berlaku di negara kita. Apa kurangnya dengan Umno. Umno sudah khianati bangsa sendiri. Bahasa melayu hendak dihapuskan dan bahasa Inggeris didewa dewakan. Halal haram tiada perbezaan.Pakai hentam asalkan dapat makan hingga berlaku anak dipangkuan dibiarkan kelaparan manakala kera dihutan disusukan.
Bercakap tanpa ilmu adalah kebodohan.Teringat ana kisah Rasulullah saw membuat perjanjian dengan kafir madinah untuk menentang kafir mekah.
Hebatlah Islam...banyak pemimpin hebat malaysia ni spt mahathir,najib atau pak lah, karpal singh,anwar ibrahim untuk dijumpai beliau..TTp, Tok guru nik abd Aziz yang membawa perjuangan Islam juga yang menjadi destinasi lee kuan yew.
Tabik pada Wali Allah yang tetap istiqamah dengan agenda islam!
Mengapa ambil kes Rasulullah SAW buat perjanjian dengan kafir Madinah untuk menentang kafir Mekah sahaja.
mengapa tidak ambil kerajaan Madinah yang dibentuk Rasulullah SAW dikhianati kafir.
Mengapa tidak ambil kes Rasulullah SAW minta Saidina Omar halau semua kafir dari Madinah dan Mekah.
Hingga hari ini tidak ada seorang kafirpun boleh duduk di bumi Madinah dan Mekah.
Kan Rasulullah SAW kahwin sembilan orang dalam satu masa. Mengapa tidak kahwin sembilan. (politik) Rasulullah SAW solat mayat Abdullah Ubay. Mengapa tidak ikut Rasulullah SAW berbuat yang Allah larang.
Allah larang ada didalam Quran bahawa kafir itu musuhNya. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ada yang boleh ikut. Ada yang tidak boleh ikut harus dijadikan sempadan dan pendoman kerana apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu hendak turun hukum hakam dengan ayatnya sekali, larang atau suruh (perintah).
Lihat Palestin yang buat perjanjian dengan Yahudi. Apa sudah jadi dengan umat islam Palestin. Sudah 60 tahun itulah yang terjadi hasil boleh buat perjanjian dengan kafir.Ambil pengajaran yang pernah Rasulullah SAW lakukan jangan pakai hawa nafsu bahawa kafir itu tidak diminta lahirkan kafir. Apakah kita yang mengaku islam ini kekal Islamnya. Kan kita boleh rasok akidah atas sebab cakap, buat dan ikrar dihati.Jangan kena sengat dua kali dalam satu lubang sudahlah.
Isteri yang berhurmat BN suka pakai gincu yg melampau cthnya macam rosmah, macam itulah islam deme macam gincu bibir sahaja , Jangan jadi bodoh org yg tunjuk jalan pada nabi waktu berhijrah ke madinah adalah kafir yahudi, Banyak makan benda haram sirah nabi pun tak tahu , puak umno ini ambik sahaja bidang agama hanya boleh jawab dalam kertas peperiksaan sahaja amalan tiada. Benda kedepan hanya rahsia allah kita tak boleh nak teka takut nanti kafir jadi islam yg islam akidah tak sempurna banyak buat dosa besar contoh makan rasuah, gunakan sihir contohnya jampi dewan undangan negeri,membunuh org ontohnya alantuya.
Abdullah bin ngah
mereka yg lahir islam dan mengucap di kenali sebagai muslim yg lebih baik drp muslim di kenali sebagin mukmin dan lebih baik dr mukmin di kenali sebagai mutaqin hinggalah seterusnya. kafir di bahagi 2 iaitu kafir harbi dan kafir zimie.Bumi Allah ini untuk makhluknya tidak kiralah samaada ia manusia, binatang,pokok dan lain-lain lagi. Neraka yg paling hebat sekali adalah untuk org munafik org macam ini ibarat islam ini macam gincu yang di pakai oleh wanita sekejap pakai sekejap tak pakai cuma nak bg cantik bibir di depan org shj. Di malaysia ini parti politik org melayu ada 2 iaitu yg islam dan yang satu lagi macam wanita pakai gincu.Dalam kad pengenalan islam tp tak takut pd tuhan dan berani lawan tuhan contoh macam Abdullah Bin Ubai . Dalam quran ini ada banyak cerita org munafik termasuklah ada surah munafik. Banyak org kafir memahami islam dan akhirnya masuk islam sebab terpengaruh dengan orang yg mukmin dan mutaqin bukan yg muslim. Nak cari pemimpinm yg mukmin dan mutaqin ada dalam PAS nak cari pemimpin yg muslim macam wanita pakai gincu banyak dalam UMNO.Lihatlah pemimpin wanita UMNO rambut dah beruban pun masih tak pakai tudung petapa beraninya mereka melawan Allah. Yg lelaki pula isteri masing-masing pun kebanyakkannya semuanya menentang perintah Allah mereka ini Allah izinkan makan rezekinya tp tuhan tak reda .Eloklah org spt saudara memahami apa itu izin Allah apa itu keredaan Allah. Jangan di fikirkan sangat mengenai org pakatan rakyat ini, takut nanti org-org kafir ini dapat hidayah Allah sebab berkawan dengan org-org mukmin dan mutaqin dalam PAS Berhati-hati puak yg islamnya macam wanita pakai gincu takut tergelincir Akidah dan banyak yg dr muslim jd kafir dan munafik. Cari kelemahan dan kekurangan diri sendiri dan berkawan dengan org yg mukmin dan mutaqin ingatlah pd Allah dan m,ati itulah ubat yg mujarab untuk hati.Allah menyuruh kita mencari kawan yg baik bukannya perasuah,penipu dan pembunuh.
Catat Ulasan