15 Jun 2009

APABILA `TEMBAGA' HENDAK MENGAMBIL `ANAK EMAS' DI MANEK URAI

Oleh: WFAUZDIN NS

SUNGGUH Menggelikan hati apabila Umno/Bn berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai `anak emas' kepada mereka jika Bn menang di dalam PRK di kawasan tersebut nanti. Saya tidak tahu sebelum ini entah berapa banyak Umno/Bn melahirkan `anak-anak emas' mereka setiap kali pilihanraya diadakan. Jelasnya, sebelum ini Umno/Bn mungkin beranggapan kawasan-kawasan tersebut cuma `anak tiri atau anak tembaga' sahaja. Biasalah, kalau tidak berjanji bukan Umno namanya.

Cuma terfikir juga oleh saya, jika Umno/Bn hendak mengambil kawasan-kawasan tersebut sebagai `anak emas' mereka, adakah mereka sendiri juga dari kumpulan `emas' atau lebih dari itu? Tetapi jika Umno/Bn sendiri pun kini rakyat umpamakan seperti `besi buruk' , masuk akalkah parti tersebut berjanji untuk `menganak emaskan' mana-mana kawasan? Bukanlah lucu sangat tapi pelik sedikit.

Namun demikian, penduduk-penduduk di Manek Urai tentunya bertuah sekarang kerana sudah ada pasukan sukarela yang sanggup masuk kebun dan ladang getah mereka. Tidak beberapa hari lagi, Puteri Umno atau wanitanya akan datang juga untuk menolong rakyat di Manek Urai di dalam kerja-kerja membasuk kain, menyapu sampah atau pun kerja-kerja dapor. Memang Umno sungguh baik dan berjiwa rakyat. Itulah perubahan besar di bawah Presiden Umno Najib yang baru. Program-program melucukan ini sudah tentu idea Ketua Penerangan Umno yang baru dan tabik spring buat beliau kerana berani mencuba `hati dan iman' orang-orang Kelantan. Manalah tahu, orang-orang Kelantan ini boleh diubah minda mereka menjadi seperti orang-orang Sabah dan Sarawak. Bukankah Umno/Bn kuat di sana?

Biarlah berapa banyak `anak-anak emas' yang Umno/Bn ingin wujudkan. Bila sudah jadi `emas' jangan lupa kita gadaikan ke pajak gadai Pas. Beri ambil, pangkah Pas. Ibrahim Alkataki tentu setuju dengan saya, pasal beliau sendiri pernah mengajar orang-orang Pasir Mas bersikap bijak sedemikian. Malangnya, beliau pula menjadi dungu sekarang ini. / wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

C++ berkata...

Bhai..

Bukan dungu... tapi buta, tuli dan bisu....

Tanpa Nama berkata...

dulu pengkalan pasir pun anak emas jugak..siap ada jawatankuasa peringkat pusat lagi..last-last tak der apa-apa pun

ubatkuat berkata...

cakap berdegar degar pun tak guna macam ketok tong kosong,,,,nak tahu???kena tunggu prk manik urai k,,,,