15 Jun 2009

Judi, Cina hormat Islam tapi akhbar Melayu ?

Rozmal bin Malakan

Pada bulan Mac 2009 City Explorer di Seremban sebuah majalah pengiklanan telah menyiarkan iklan mengenai judi dimana beberapa nama orang Melayu telah dipaparkan menunjukkan keberkesanan khidmat nasihat untuk mendapatkan nombor ekor. Perkara ini telah dibantah dalam laman web AMKNS pada pautan berikut http://amkns. blogspot. com/2009/ 03/city-explorer -seremban- promosi-judi. html

Namun pada bulan Jun 2009 , City Explorer tidak lagi menyiarkan nama-nama Melayu pada iklan khidmat nasihat nombor ekor. Secara tidak langsung ianya tidak menggalakkan orang Melayu yang mengikut perlembagaan Malaysia adalah beragama Islam untuk berjudi di kedai judi berlesen ( Kalau tak berlesen mengikut istilah undang-undang Malaysia ialah Judi Haram).

Orang Cina pun sensitif terhadap perasaan orang Islam, walaupun hanya sedikit disentuh dalam laman web.

Tapi sayang seribu kali sayang, sebaliknya akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia pula dari dulu hingga kini mungkin tidak selamanya (itulah yang diharapkan) menyiarkan keputusan nombor ekor dari kedai nombor ekor berlesen (Judi Tak Haram agaknya). Ini secara tidak langsung menggalakkan orang Melayu yang beragama Islam untuk berjudi.

Kalau Berita Harian dan Utusan Malaysia tak siarkan keputusan nombor ekor , pelik juga nanti kita tengok orang Melayu duduk kedai kopi sebelah kedai ekor di Senawang atau di Rembau semua baca suratkhabar Cina, suratkhabar Tamil atau suratkhabar Bahasa Inggeris. Juga mereka orang Melayu di kampung-kampung dan tanah-tanah perancangan makin ramai akan langgan suratkhabar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris. Tak laku pula Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Cukup-cukuplah tu. City Explorer pun sensitif dengan perasaan umat Islam macamana Utusan Malaysia dan Berita Harian tak sensitif ?

Ke nak buat kempen boikot Utusan Malaysia dan Berita Harian selagi iklan judi disiarkan dilancarkan di seluruh pelusuk negara baru nak faham atau buat perhimpunan 100,000 baru nak faham ?

Agak-agaknya mereka yang membeli Utusan Malaysia dan Berita Harian ni ada tak saham sebesar zarah di akhirat nanti bila ditanya berkaitan iklan judi ?

Bukti City Explorer sensitif masalah judi di kalangan orang Melayu pada pautan berikut http://waghih. blogspot. com/2009/ 06/judi-cina- hormat-islam- tapi-akhbar. html

Rozmal bin Malakan
http://waghih. blogspot. com

2 ulasan:

david ahmad muniandi berkata...

tapi kena ingat bukan semua melayu itu islam...ada yang berugama kristian ada yang bahai....

dfario berkata...

Amat bersetuju dgn pandangan ini. Sepatutnya haramkan semua. Aku pasti judi ini hanya akan membawa keburukan kpd semua tak kiralah Islam atau bukan Islam. Kalau kaya dek kerana wang perjudian ini, hidup mereka pasti tak tenang. Hentikanlah bende2 haram ini.