23 May 2014

Tentera akhirnya rampas kuasa di Thailand

23 Rejab 1435. [MOD] -


Pemimpin tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha merampas kuasa daripada kerajaan Thailand petang ini atas alasan untuk memulihkan keadaan dan melaksanakan pembaharuan, dua hari selepas undang-undang tentera diisytihar.

Prayuth membuat pengumuman itu di kaca televisyen selepas mengadakan pertemuan dengan kesemua pihak bertelagah bagi mencari penyelesaian terhadap bantahan yang telah berterusan selama enam bulan, lapor Reuters.

“Bagi memastikan negara dapat kembali normal, Jawatankuasa Memastikan Keamanan Nasional tentera daripada tentera, pasukan bersenjata Thai dan tentera udara diraja serta polis perli merampas kuasa pada 22 Mei, jam 4.30 petang,” katanya.

Katanya, rampasan kuasa itu tidak menjejaskan hubungan antarabangsa.

Tentara merancang menghantar tentera dan kenderaan bagi mengiringi penunjuk perasaan keluar daripada tapak mereka berkumpul.

Penunjuk perasaan pro dan antikerajaan berkumpul di sekitar Bangkok sekali gus memanjangkan krisis politik negara itu.

No comments: