09 Januari 2013

Keganasan Israel tiada penghujungnya

26 Safar 1433H. [MOD] -

logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.
 
KEGANASAN tentera Israel tiada penghujungnya.

Terbaru, 13 warga Palestin ditahan di bandar berasingan di Tebing Barat kerana didakwa sebagai penjenayah dikehendaki pihak Israel.

Stesen TV Israel kelmarin melaporkan, warga Palestin yang ditahan telah dihantar ke lokasi berbeza untuk disoal siasat oleh pihak tentera Israel.

Walau bagaimanapun, nama mereka yang ditahan tidak didedahkan.

Rakyat Palestin perlu dibantu untuk mengurangkan penderitaan mereka yang sering ditindas oleh Israel terutama di wilayah Gaza.

Kita sebagai rakyat Malaysia boleh membantu menerusi sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza Sinar Harian yang mampu menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat Palestin di Gaza.

Terkini, jumlah dana berjaya di kumpul menerusi tabung yang diilhamkan tahun lalu adalah RM168,897.88.

Kepada yang ingin membantu, bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan kepada nombor akaun yang tertera atau terus menghubungi Kumpulan Media Karangkraf di talian 03-51013888.

sinar/-

Tiada ulasan: