12 Mac 2013

Kini giliran Abim pula saman Utusan

29 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Selepas pemimpin parti-parti politik, kini giliran NGO iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Saman ini dibuat berdasarkan kepada artikel bertajuk “PAS BENARKAN TARIAN LUCAH, ABIM HINA ISTERI RASULULLAH?” yang dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia pada 8 Februari 2013 yang lalu.

"Abim menilai penyataan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan berniat jahat serta ingin menjatuhkan kredibiliti Abim selaku pertubuhan Islam utama di negara ini," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Sehubungan itu, Abim telah memanggil satu sidang media esok, 13 Mac bagi menjelaskan tindakan ini.

Ia akan diadakan pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: